ADAKAH KEGAWATAN AKAN MELANDA MALAYSIA?

Adakah kegawatan akan melanda Malaysia?

  1. Satu soalan cepu emas yang diberikan kepada saya baru-baru ini.
  2. Ekonomi Gawat sememangnya berpotensi melanda Malaysia.Ini kerana dunia ini hari adalah dunia tanpa sempadan dan hubungan ekonomi yang saling kait-megait diantara satu peniaga dan peniaga yang lain.Hubungan rantaian ini tidak terhad disitu sahaja tetapi melangkaui hubungan dari sebuah negara kesebuah negara yang lain.Amerika Syarikat dan beberapa negara utama dunia sudahpun masuk 'round kedua' kegawatan.Bahasa financial dinamakan sebagai 'Double Dip'.Pastinya kesannya akan sampai ke negara kita.
  3. Kita jangan ingat syarikat besar sahaja yang gawat,peniaga warung termasuk penjual kuih raya baru-baru ini pun seakan sudah merasai kesan kegawatan ekonomi.Jualan kueh raya tidak sehebat tahun lepas!
  4. Gawat bahasa mudah untuk kita pahami adalah masalah kepada keupayaan kita untuk meneruskan kelangsungan hidup seperti sedia kala.Keupayaan pendapatan dalam menunaikan tanggungjawab menyara perbelanjaan sara hidup dan juga komitment pembayaran hutang berkala seperti rumah,kereta,Bil utiliti air dan elektrik,Bil Astro,Bil telefon.
  5. Jadi 'ibu' masalah gawat ekonomi ini pastinya pendapatan yang berkurang ataupun terjejas hasil susutnya perniagaan.Yang berkerja pula gawat sebab gaji berkurang kerana tiada Overtime,tiada bonus dan kurangnya insentif dari majikan.Yang lebih teruk pula ada yang diberhentikan kerja kerana kurangnya pengeluaran produksi kilang.
  6. Walaupun begitu,melalui pengamatan saya kegawatan ekonomi ini jangan kita jadikan satu alasan untuk kita turut sama terperangkap seperti mana orang lain yang juga terperangkap.Jangan sesekali salahkan keadaan tetapi cuba kita cari jawapan bagaimana untuk keluar dari kegawatan.Jadi jawapan sama ada Malaysia gawat atau tidak.... pada saya itu tidak penting! Ini kerana Gawat macam mana sekalipun ekonomi pasti ada orang yang senang dan mampu beli kereta Porche Cayenne baru dan jika ekonomi bagus sekalipun pasti ada orang yang susah dan dapat surat lawyer bertalu-talu.Jadi gawat bukan isunya.Yang menjadi isu bagaimana keadaan ekonomi kita ketika masa ekonomi gawat ataupun ketika ekonomi bagus.
  7. Oleh itu,kita perlulah kekalkan kemahuan kita dan berterusan bersikap optimis dalam menghadapi masalah kegawatan yang sudah ataupun sedang menghampiri kita.Anggaplah gawat satu perkara yang normal dan rajinlah mengintai peluang dan ruang dalam setiap masalah yang timbul.
  8. Percayalah,susah atau senang kita adalah sesuatu perkara yang kita mampu lalui kerana dugaan yang diberikan Allah SWT adalah mengikut kemampuan seseorang.Wallahualam..

Sekian,

Zamsaham.

#Indeks bursa sudahpun melorot dari paras 1550(Jun) kepada 1450 sekarang ini.Rumah lelongpun dah start banyak semula

4 comments:

Selagi US dan EU tidak mengambil langkah konkrit untuk solve pblm utang mereka, selagi tu ekonomi dunia payah nak stabil.
p/s aik cam minat porsche jer tuan, leh amik sebijik tu

Anonymous
September 12, 2011 at 7:11 PM comment-delete

saya paling sokong point no 6.

"Jangan sesekali salahkan keadaan tetapi cuba kita cari jawapan bagaimana untuk keluar dari kegawatan.Yang menjadi isu bagaimana keadaan ekonomi kita ketika masa ekonomi gawat ataupun ketika ekonomi bagus"

bak kate Stephen Covey, "focus on your circle of influence"

September 12, 2011 at 11:48 PM comment-delete

US walaupun ekonominya defisit dan banyak hutang..pada saya itu bukan masalah kepada mereka.

Bayangkan kita hutang orang..banyak sangat hutang orang ..tetapi sebenarnya kita boleh pergi belakang rumah dan cetak duit seberapa banyak untuk bayar hutang tersebut!

Itulah temberangnya dunia.

Jepun negara yang paling banyak surplus(simpan cash) tetapi terpaksa mengeksport barangnya keluar.Tak esport negaranya akan semakin pasah!

Yang US pula..walaupun defisit,mereka tetap kena berbelanja.Kalau tak belanja negara lain akan susah pula.

hahaa..peliknya teori ekonomi dunia ini.

September 13, 2011 at 12:01 PM comment-delete

kingjoke:

hehe...Porsche itu memang kawan minat.

Angan2 dan kemahuan sedang menuju arah itu.

Bila nak dikabulkan agaknya tu..?

September 13, 2011 at 12:02 PM comment-delete