Kes Trasmile:Mahkamah Jatuhkan Hukuman Denda dan Penjara!

Bekas Pengarah Transmile didenda, penjara
KUALA LUMPUR 28 Okt. - Dua bekas Pengarah Bukan Eksekutif Transmile Group Bhd. (Transmile) didenda RM300,000 dan penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mengemukakan pernyataan mengelirukan dalam laporan syarikat kargo tersebut kepada Bursa Malaysia Securities Bhd.
Jika gagal membayar denda tersebut, hukuman penjara ke atas kedua-dua tertuduh, Chin Keem Feung, 46, yang kini merupakan seorang peguam dan Shukri Sheikh Abdul Tawab, 47, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak didakwa di mahkamah, boleh ditambah enam bulan lagi. Kedua-duanya bagaimanapun berjaya mendapat penangguhan pelaksanaan hukuman selepas Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh membenarkan permohonan mereka. Hakim itu menjatuhkan hukuman tersebut pada akhir kes pembelaan selepas meneliti keterangan 11 saksi pendakwaan dan keterangan bersumpah kedua-dua mereka. Ketika membacakan keputusannya, hakim menyatakan, pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes berkenaan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shanti Geoffrey dan dibantu oleh pegawai pendakwa, Nor Rifhan Rozi manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mohd. Firuz Jaffril dan Tan Hock Chuan. Keem Feung dan Shukri, didakwa pada 14 November 2007 atas tuduhan secara sedar memberi kuasa untuk mengemukakan pernyataan yang mengelirukan berhubung syarikat Transmile di dalam Laporan Keputusan Kewangan Sebelum Audit Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2006. Pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 122B(b)(bb) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 122B akta sama yang memperuntukkan hukuman denda RM3 juta atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya. Ketika mengemukakan rayuan, Keem Feung menyatakan, sebarang hukuman akan menyebabkan lesen guamannya ditarik balik sedangkan dia adalah penanggung tunggal keluarga. Shanti bagaimanapun menegaskan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua tertuduh menyebabkan ramai pelabur tertipu.
Komen Zamsaham:
  1. Sebab itulah seorang pelabur perlu tahu,dalam pasaran ada empat jenis pemain.Pelabur Runcit,Pelabur Instusi,Pemain Kontra dan last sekali Pemanupulator atau sendiket.
  2. Dalam Kes transmile,yang kena tipu bukan pelabur runcit sahaja,malah beberapa pelabur institusi pun kena tipu juga! Dikhabarkan ada pelabur rugi berpuluh juta!
  3. Banyaknya pelabur ditipu kerana maklumat yang disebarkan melalui media dan research report.Sebab itu kita perlu buat kajian sendiri dan jangan percaya maklumat media tanpa kajian sendiri!
  4. Dalam kes transmile,Director dah kena hukuman.Harga kat atas baru berita penipuan keluar!...Tetapi,harga takkan bergerak mengiler dari bawah RM1.00 ke paras RM15.00 kalau tiada yang 'goreng'.
  5. Yang pasti buat kerja jahat ada kumpulannya..tidak mungkin berita sahaja dah cukup push harga naik mengiler..sudah tentu ada pemain pasaran yang goreng dan 'trigger'kan harga untuk menarik pelabur runcit dan pelabur institusi yakin saham berpotensi untuk dibeli.Inilah tugas 'sendiket'.
  6. Sekarang company Transmile dah delisted,cuba kita selidik balik mungkin rangkaian 'owner' yang asal membeli semula pada harga terendah.
  7. Biasalah,selepas jual pada harga pucuk kepada 'kambing hitam' sudah tentulah akan pungut semula saham pada harga terendah!..macam mana boleh beli balik pada harga rendah?..mereka boleh beli balik pada harga rendah kerana pelabur runcit dan institusi panik dengan penipuan skandal penipuan akaun ini.
Oleh itu,semoga kita pelabur runcit menggunakan kajian teknikal analysis dalam membuat keputusan.Dan sebab itulah, jangan terlalu percaya teori percaya simpan jangka masa panjang! Sebaliknya simpan saham selagi dalam trend utama dalam aliran menaik!
Sekian, Zamsaham,PalmVilla 30 Oct 2011
#Antara kes lain yang masih belum diputuskan mahkamah adalah kes IRIS Corp berhad.Digoreng dari 16 sen keparas RM1.60 dalam masa kurang setahun!

0 comments: