9 PETUA MAIN SAHAM-ZAMSAHAM
9 PETUA PASARAN SAHAM
1)Pahami Carta emosi Pelabur-Dengan memahami carta emosi pelabur anda akan tahu bila masa masuk pasaran dan keluar pasaran. Apabila ramai orang beranggapan pasaran atau sesuatu saham itu tidak bagus, anda perlulah melihat kepada potensi yang ada. Ini seringkali berlaku apabila majoriti orang terlalu negative, ianya petanda baik untuk saham naik semula.
2)Masuk Pasaran Saham Ketika Aliran Trend ‘Baru Hendak Naik-Timing merupakan perkara pokok dalam permainan saham. Oleh itu, pelajari ‘technical analysis’ untuk melihat carta yang sederhana panjang untuk mendapatkan saham-saham yang ‘baru’ hendak naik kerana dapat meredakan kerisauan harga dari jatuh.
3)Buat Keputusan Pada Waktu Relaks atau Sehari Sebelumnya-Untuk masuk pasaran, anda perlu membuat keputusan selewat-lewatnya sehari sebelum membuat pembelian. Jangan membuat keputusan ketika pasaran sedang berlangsung kerana ianya boleh mempengaruhi emosi anda.
4)Set Limit Dalam Urusniaga-Anda jangan ‘memegang’ saham melebihi 3 kaunter. Ini ditakuti emosi anda akan terganggu. Lebih-lebih lagi untuk pemain kontra !
5)Wajib Menulis Setiap Keputusan Beli Dan Jual-Walaupun mungkin anda tidak aggresif membeli dan menjual saham, anda perlu menulis di dalam sebuah buku khas pelaburan anda. Dengan mencatit, emosi anda akan menjadi lebih stabil.Orang nak business mesti ada buku catitan!...kalau takda tunggang-langgang lah business!!
6)Jangan Beli Saham Melebihi Kemampuan-Beli saham dengan modal yang bukan dipinjam Jika menggunakan duit pinjaman anda akan mendapat tekanan. Apabila ada tekanan, anda biasanya tidak akan menjual pegangan saham (takut rugi) walaupun anda sudah tahu ianya akan turun.
7)Jangan Terlalu Mempercayai Tips Dan Khabar Angin- Percaya kepada tips boleh, tetapi janganlah tidak membuat apa-apa kajian terlebih dahulu. Jikalau tips yang anda porolehi ketika harga belum naik,itu bagus.Tetapi jika tips harga saham dah naik,anda perlu lebih berhati-hati!
8)Jangan Melihat Harga Saham Yang Berkelip-kelip-Apabila anda melihat harga saham di screen komputer, anda tidak dapat melihat arah trend pasaran sebenar. Lagipun ianya membuang masa dan menganggu emosi anda dalam membuat keputusan yang baik.
9)Jangan Terlalu Kerap Main Saham
Take A Break !-Jangan terlalu kerap memasuki pasaran. Anda perlu berehat apabila sudah untung atau rugi sekurang-kurangnya 3 hari. Buatlah perkara lain seperti berenang atau bercuti bersama keluarga. Masuk semula pasaran dengan energy yang baru.Bak pepatah,'hari-hari ada bus..tertinggal ada lagi kat belakang..siap ada banyak seat lagi kadang tu!!..takpayah kelam kabut main saham ini..
"Selamat berjuang dalam pasaran saham yang penuh dengan pancaroba ini"-zamsaham 26 Nov 2011
1 comments:
Suruh pi berenang yg tak tahan tu!
Post a Comment