Komen Zamsaham akan Peluang Beli Saham masa kegawatan 2009 yang lepas TEPAT!
- Jika anda masih ingat,2 tahun yang lepas iaitu pada March 2009 adalah bulan terburuk pasaran saham Bursa Malaysia.Indeks ketika itu berada pada paras 850mata!. Bukan sahaja Malaysia,malah satu dunia!.semua pasaran saham merudum dengan teruknya!.
- Selang beberapa bulan kemudian,pada bulan July 2009 saya ditemuramah secara ringkas oleh wartawan Kosmo akan pasaran dan peluang pelaburan saham.Komen saya simple,' rebut peluang keemasan dengan membuat pelaburan di pasaran saham'.(sila clik paper cutting di atas)
- Ketika itu,ramai orang yang meragui akan pandangan saya.Lebih-lebih lagi,pelabur runcit dan orang-orang yang 'terlalu' taksub dengan maklumat fundametal kegawatan di media-media.Walhal,sebenarnya maklumat fundamental yang dihidangkan kepada kita biasanya adalah lambat.(ditapis oleh pelbagai pihak untuk kepentingan diri sendiri)
- Macam saya selalu,cakap di Klinik Saham,buatlah pembelian ketika ramai orang yang berfikiran negatif akan pasaran saham!..Alhamdullillah ada juga yang memberanikan diri membeli saham Maybank pada harga purata Rm4.50 dan sekarang masih lagi tersenyum sebab harga saham atas RM8.00. Untung berapa percent tu?...kan hampir 100%!!
- Itu cerita lepas,yang menunjukkan ketepatan jangkaan saya akan peluang beli saham pada harga murah...Syukur pada Allah SWT..
- Bagaimana pula kali ini?
- Sila click pada carta yang saya dah poskan 4 hari awal di facebook 'closed group' zamsaham private client.Di chart dibawah ini ada kesimpulan akan trend semasa dan kebarangkalian akan masa depan pasaran Bursa Malaysia.
Kesimpulan dari Kedua-dua petikan:
- Rebutlah peluang membeli saham ketika ramainya orang berfikiran negatif.Sebagai perbandingan,jika hendak pergi ber'shopping sudah tentulah ketika adanya 'sale' .Barang-barang dijual secara murah dan adakalanya pada harga super diskaun dari nilai sebenar!
- Saya tidak berapa berkenan dengan orang-orang yang melabelkan saham-saham 'penny stock' adalah saham-saham yang perlu dijauhi oleh pelabur.Kenapa tak berkenan?
- Nak huraikan panjang...ringkaskan,cuba anda lihat saham SEG yang harganya cuma 20sen pada Januari 2010 tetapi sekarang harganya RM1.90!..masa harga 20sen,bukankah ketika itu saham tersebut adalah dilabelkan sebagai penny stock?!...dan adakah kita sebagai pelabur runcit hanya membuat pembelian ketika 'analyst' membuat target dan penilaian 'BELI' pada harga atas RM1.00 yang berdasarakan maklumat Fundamental positif SEG?! sudah tentu anda sudah terlalu lewat,walaupun trendingnya mungkin berterusan naik..
- Contoh lain...masih segar dalam ingatan saya saham Supermax yang dipandang sepi dan lesu oleh banyaknya pelabur.Ketika itu harga supermax cuma RM70sen..selepas harganya naik sampai RM6.00,barulah banyak pakar-pakar yang mencadangkan BELI...pada saya jika cadang BELI masa harga RM6.00,kita sudah terlalu lewat!
- Jadi,jika hendak masuk awal dan hendak untung berlipat-lipat kali ganda,pelabur runcit boleh memilih saham-saham penny(kecil yang murah) dengan mengenalpasti prospek dan potensi sesuatu syarikat.
- Untuk lebih baik,sila gabungkan dengan pengetahuan teknikal analsyis dengan melihat lebih kepada trending indikator pada Monthly dan juga Weekly chart.Dengan carta yang lebih panjang anda akan dapat melihat trend sebenar sesuatu saham..paling bagus jika anda dapati andanya signal SGZC pada weekly dan potensi untuk membentuk sourcer pattern!..lambat tetapi berbaloi2 keuntungannya!
- Apapun,Pelabur perlul bijak memilih saham berpotensi.Bukannya membeli berdasarkan rasa sahaja.Kerana jika anda pakai rasa tanpa system dan strategi,alamatnya anda akan beli sesuatu saham pada harga pucuk...harga pucuk disetiap 'wave' kenaikan harga saham!
- Ingatlah selalu,disebalik masalah yang melanda mungkin adanya peluang,dan disebalik berita gembira mungkin adanya masalah yang bakal mendatang.
5 comments:
Keseluruhan pasaran sideway...kejap naik kejap turun dalam satu jajaran..
Macam dikongsi pasaran akan bergerak diantar 1406- 1512..
Untuk Long Term...jika berjaya pecahkan 1600,bukan mustahil indeks akan naik 2000..
superbull run tu!
Jangan Lepaskan peluang keemasan mcam sekarang ini...(walaupun orang kata tak bagus membeli sbsb masalah ekonomi eropah)
Baca statement atas tu...dan klik !..InsyaAllah anda akan dapat apa yang saya maksudkan !
-Jika indeks dapat bertahan atas 1445--yang berada dipasaran hadapan sesuai untuk LONG!!
Jika yang main saham...overall pasaran akan 'steady' jika indeks main atas 1512..
Bukan Mustahil indeks akan NAIK SAMPAI 2000!!! dengan syarat paras rintangan 1600 dapat dipecahkan!!
Post a Comment