7 sebab mengapa harga FCPO akan naik ke 3600(2012) dari level 3000 mata sekarang!

Syukur nampaknya jangkaan FCPO naik dari paras terendah RM2770 sebelum ini nampaknya tepat! http://zamsaham.blogspot.com/2011/10/fcpo-akan-naik-semula-dari-paras.html. Kesimpulan yang lepas,pasaran FCPO naik dari level RM2900 sehingga 3250 mata tidak sampai dalam masa sebulan!.Ada yang untung berpuluh ribu dan sedang enjoy.Manakala anda yang terperangkap dengan Short position, mula tersenyum semula kerana harga turun balikAda juga yang awalnya untung,kini rugi balik akibat terLONG kat pucuk- 3200 baru-baru ini.Macam biasalah,sebab inginkan untung lebih dan tiada Take A break system dalam permainan FCPO... last-last terperangkap!(Apapun,yang terperangkap dengan LONG kat pucuk jangan risau sangat kerana FCPO dijangka sideway seketika sebelum meneruskan perjalannyanya trend Naiknya pada 2012 nanti!) Okey itu cerita lepas!
Apa pula cerita kali ini?
Soalnya adakah FCPO mampu naik ke RM3600 dari level 3000 sekarang? Berikut adalah 7 sebab mengapa FCPO 'berkemungkinan' akan naik ke paras RM3600:-
  1. Dato Najib sambung legacy ayahnya-Dato Najib dan Arwah Ayahnya Tun Abdul Razak amat sinonim dengan FELDA.Sudah tentu dengan kuasa yang ada,matlamat memajukan Felda akan lebih mudah.Promosi sawit untuk memastikan export minyak sawit berkembang pastinya akan diberi penekanan.
  2. Stok Minyak sawit dijangka susut- Menurut sahabat saya yang berkerja sebagai Pengutus Ladang sawit di Perak,Dijangka stock untuk beberapa bulan akan mendatang dijangka berkurangan akibat dari masalah banjir dan juga musim buah lawas.
  3. Cuaca banjir - Kesan musim banjir pastinya akan memberikan impak kepada pengeluaran hasil sawit.Jadi jika banjir ini berlaku di kawasan Ladang Sawit sudah tentunya akan memberikan kesan kepada harga sawit!.
  4. Stock Makanan Dunia- Stok makanan dunia semakin kurang!.Ini hari dianggarkan manusia yang menghuni dunia sudah sampai 7 billion! Orang makin ramai,kawasan penempatan lebih banyak berbanding pembukaan ladang-ladang untuksumber makanan.Jika ini berterusan berlaku bukan mustahil untuk lihat minyak sawit kita mampu mencecah RM4000 untuk beberapa tahun mendatang!
  5. Minyak Sawit Mula dikenali di arena Global- .Kini dengan adanya promosi yang dibuat oleh Bursa Malaysia Derivatives Bhd dalam memperkenalkan dagangan Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah di CME pastinya akan menarik 'mata dunia' untuk melihat minyak sawit Malaysia.Lebih-lebih lagi dagangan boleh dibuat mengunakan US dollar!
  6. Minyak Sawit ada Vitamin E semulajadi-Satu masa dahulu,barat mengatakan minyak sawit kita ada kandungan kolestrol yang tinggi.Kita laporan itu sudah dapat ditangkis.Maklumat dan kajian menyeluruh sedang dibuat untuk menunjukkan minyak sawit kita ada banyak zat nutrisi baik.Salah satunya Vitamin E.Jika ini dijadikan modal,sudah tentu permintaan minyak sawit dari masyarakat dunia akan meningkat.
  7. Faktor Politik-Dengan kenaikan harga FCPO pastinya akan memberikan kesan kepada harga FKPO.Bila harga naik sudah tentu boleh dijadikan modal politik untuk orang FELDA mengundi UMNO.Pada saya,kalau harga tidak naik sekalipun,Orang Felda perlu undi UMNO kerana sebagai tanda terima kasih kerana memberikan mereka peluang dan ruang semasa susah dahulu.Janganlah sekarang sudah senang dan anak-anak-berjaya masuk universiti (UMNO pencetusnya) kita lupa akan jasa UMNO yang paling banyak membela orang melayu.Sebagai contoh,saya pun dulu masuk OSK Investment Bank ini atas hasil perjuangan UMNO.Hasil penetapan Kouta Bumiputra 30% untuk wakil niaga bumiputera.Kalau ikutkan system meritrokasi,awal-awal lagi saya tak berpeluang kerja kat tempat saham ini!.Apapun,memang Umno tidak perfect, ada cacat celanya,tapi dapat ditutup dengan Jasanya yang banyak pada bangsa Melayu amnya! Apapun,saya tak mahir nak cerita hal politik cuma yang saya pasti politik begitu penting kerana ianya mendasari bukan sahaja kemajuan ekonomi malah permintaan minyak sawit itu sendiri.Politik stabil,sudah tentu orang akan lebih 'selesa' berurusniaga dengan Malaysia!
Itulah 7 sebab mengapa harga diramal akan naik ke 3600 untuk beberapa bulan mendatang dan 2012 secara amnya.Pasaran bergerak bukan dalam bentuk 'straight line' ianya bergerak dalam bentuk 'ziqzaq'.Maksud disini,jangan harap harganya berdesup naik! Perlu diingatkan saya bukan melihat harga FCPO ini naik dalam jangka masa short term. Saya melihatnya dalam sederhana panjang.Apapun,harga perlulah mampu bertahan dalam jajaran atas 3000-3100 untuk memastikan harga betul-betul kuat untuk naik keparas 3400 dan jika 'break' 3400 harga mungkin mencecah 3600.
#Jika anda mahukan maklumat short term samaada harga pada hari tersebut mahu naik,turun ataupun mendatar,bolehlah dapatkannya di facebook 'closed' group zamsaham FKLI FCPO trader.Setiap hari team zamsaham akan updatekan jangkaan arah pasaran dengan jangkaan harga sokongan dan rintangan sebelum pasaran buka.Ingat yang paling penting main FCPO adalah kemana harga hendak bergerak dalam jangkamasa short term.mid term dan juga Long term!
Okey sekian laporan pasaran hadapan Minyak sawit untuk Desember 2011-mid 2012,
Zamsaham,Bandar Putra IOI-4 Desember 2011
#Bukan indikator gerakkan harga tetapi harga gerakkan indikator!

7 comments:

market esok dijangka sideway lagi...

December 4, 2011 at 4:23 PM comment-delete

latest and updated daily FCPO info boleh masuk FCPO FKLI trader di zamsaham fb closed group saya!

December 4, 2011 at 4:24 PM comment-delete

yang belum join closed group,segera bertindak...jgn bazir masa lg

Jay Futures
December 4, 2011 at 4:57 PM comment-delete

apa cerita ni bro? email saya maklumat mhbo952@gmail.com

December 12, 2011 at 9:20 AM comment-delete

best..tak sia2 hold long above 3000..

ramzi
December 24, 2011 at 10:25 PM comment-delete

Harga setakat 27 Dec 2012...FCPO kontrak ke 3 dah naik balik ke paras 3160...kenaikan hampir 160 atau RM4000!! itu untuk 1 Lot

December 27, 2011 at 11:48 AM comment-delete

Maklumat Harian jangkaan pasaran Hadapan ..(sebelum pasaran berlangsung)..ada di Facebook Zamsaham FKLI FCPO trader!!

Jangan Lepaskan Peluang!

December 27, 2011 at 11:49 AM comment-delete