Mengenang Jasa Arwah Dato Salleh Majid-Alfatihah

Petang tadi jam 3.50 sahabat dari KL menyampaikan berita pemergian seorang tokoh Kewangan,Ekonomi dan Pelaburan Malaysia ke rahmatullah!.Beliau yang saya maksudkan adalah Arwah Dato Salleh Majid.Beliau menjadi kapten BSKL dari tahun 1984-2003 yang mana pemergiannya adalah kehilangan besar kepada sumber pencernaan idea-idea berkesan dalam memantapkan ekonomi orang-orang melayu khususnya. Saya mengikuti perkembangan dan coretan ideanya berkaitan hal-hal pelaburan semasa saya menuntut di Uitm lagi.Antara idea terbaru ialah berkenaan penubuhan BUMIPUTERA STOCK EXCHANGE. Kebetulan beliau juga adalah lepasan produk ITM juga.Rasa berbangga kerana banyak produk UITM atau ITM yang berkualiti. Apapun, semoga idea dan wadah perjuangannya dalam melihat ekonomi melayu berkembang dapat dijadikan panduan bersama. Marilah bersama-sama kita sedekahkan Alfatihah dan didoakan semoga arwah Dato Salleh Majid dirahmati Allah SWT.
Sekian,
Zamsaham.Senai Kulai 2-1-12

2 comments:

Al-fatihah kpd pejuang bangsa!

Hamba Allah
January 3, 2012 at 1:17 AM comment-delete

al-fatihah...kehilangan besar rasanya kpda bangsa..

January 3, 2012 at 11:01 AM comment-delete