"PRICE DISCOUNT EVERYTHING"-Perkara pokok dalam pemahaman kajian teknikal analisis.

Hebatnya penggunaan "Technical Analysis" ialah pemahaman kepada maksud 'Price Discount Everything' yang membawa erti pergerakkan harga yang berlaku sudah ada maklumat di dalamnya. Sebab itulah saya jarang sekali mengaitkan harga turun-naik Minyak Mentah (Crude oil) atau pergerakkan Indeks Dowjones dalam kajian saya di 'Facebook Tertutup Zamsaham Private Client (ZPC)' atau pun di Zamsaham FKLI&FCPO trader. Pada saya setiap maklumat pasaran yang berkaitan sudah 'di absorb' oleh harga pasaran.
Maka dengan itulah, banyak kali mungkin anda akan lihat pasaran saham US naik beratus mata tetapi pasaran saham pada keesokkan harinya tidak naik!. Begitu juga sebaliknya...pasaran saham US turun beratus mata malam tadi belum tentu akan memberikan kesan negatif kepada pasaran saham tempatan. Inilah pentingnya pemahaman 'Price Discount Everything' supaya anda melabur dengan penuh ketenangan.
Jika anda bermain FCPO atau Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah Malaysia, setiap pergerakkan harga yang membawa kepada arah pembentukkan trend sama ada naik, turun ataupun mendatar sudahpun 'di discount' dengan maklumat berikut:-

1. Stok Simpanan Minyak Sawit.

Harga naik atau turun dipengaruhi oleh stok bahan itu sendiri, contoh bagi FCPO, kenaikkan dan penurunan harga minyak sawit turut dipengaruhi oleh jumlah stok yang ada ketika ini. Jika stok simpanan tinggi, harga boleh dijangka akan rendah dan sebaliknya pula jika tiada stok dalam
gudang. Melalui kajian teknikal, kita mampu mengetahui lebih awal sama ada, stok minyak ada atau tidak sebelum berita itu disebarkan di media utama.

2. Pengeluaran

Jika harga pasaran hadapan selama berbulan-bulan diniagakan dalam 'Trading Range' RM2900-RM3000 dan tiba-tiba harga naik melepasi paras RM3000 ini menandakan pasti ada sesuatu yang berlaku. Kita ambil contoh harga naik dari paras tertinggi Rm3000 sehingga RM3200. Pada harga RM3200 barulah maklumat yang mengatakan pengeluaran buah sawit berkurangan dilaporkan di media utama. Walhal, kepada yang mengaplikasi Teknikal Analisis sudah membuat tempahan LONG berdasarkan 'breakout' pada paras halangan RM3000 tanpa perlu bergantung kepada maklumat pengeluaran. Disinilah kelebihan Teknikal Analisis berkonsepkan 'Price Discount Everything' yang bertindak masuk pasaran lebih awal berbanding mereka yang mengunakan maklumat pasaran.

3. Import dan Eksport.

Permintaan minyak sawit dari negara-negara luar juga dapat diceritakan dalam analisis carta. Dari carta kita mampu meramal sama ada import atau eksport kita bakal meningkat atau berkurangan.

4. Minyak Mentah.
Harga komoditi selalunya bergerak seiringan, jika kita meramal carta FCPO akan naik,kita akan dapat lihat yang pergerakan harga Minyak mentah juga bakal naik. Maksud di sini, jika anda lihat harga Crude Oil naik bukan bererti harga FCPO sekarang akan naik, tetapi harga FCPO sekarang sudahpun di 'discount' oleh berita kenaikan harga Crude Oil tadi. Inilah yang anda perlu fahamkan walaupun agak berbelit untuk diterangkan.

5. Soya
Begitu juga dengan pasaran Soya yang dikatakan berkait rapat dengan FCPO, ada yang meramal bahawa pergerakan harga FCPO dipengaruhi oleh pergerakan harga Soya, tetapi sebenarnya kita mampu meramal pergerakan harga Soya melalui kajian carta FCPO. Pelik tapi Benar, Kajian dalam Facebook ZAMSAHAM FKLI FCPO TRADER tidak pernah mengikut pergerakan Soya atau komoditi lain. Jangkaan harian untuk FCPO menggunakan hanya carta FCPO sahaja.

6. Komoditi lain

Seperti disebut tadi, hanya dengan kajian carta FCPO juga mampu meramal pergerakan harga komoditi-komoditi lain bukan hanya Soya. Ini kerana, kebiasaan bagi harga komoditi untuk bergerak seiringan.

7. Pasaran U.S
Jika anda betul-betul memahami akan maksud 'price discount everything' indeks pasaran saham Bursa Malaysia ini hari sudahpun memcerminkan apa yang bakal berlaku pada pasaran saham US malam nanti. Mungkin agak keterlaluan dan kontrovesi tetapi itulah hakikatnya. Sebagai contoh jika lihat penutup Indeks Bursa Malaysia hari ini dalam trending menaik, berkemungkinan besar malam ini pasaran saham US akan naik juga. Begitu jugalah sebaliknya.

8. Emosi pelabur/spekulator.

Selain harga, emosi pelabur juga dapat di"baca" dari carta. Ini kerana pelabur atau spekulator sentiasa memerhatikan harga. Kita boleh tahu bila pelabur sedang gembira dan sangat gembira atau pelabur sedang panik dan sangat panik. Sebagai pelabur atau spekulator yang bijak, kita mampu menjangka pergerakan harga berdasarkan emosi majoriti pelabur. Sebagai contoh, jika pemain saham berada dalam keadaan panik, biasanya indikator Stochastic akan berada pada 'oversold'. Begitu juga dengan indikator RSI. Oleh yang demikian, anda boleh meramal tahap emosi pelabur lain berdasarakan kajian teknikal.

Oleh yang demikian, janganlah terlalu terpengaruh dengan turun dan naik indeks Dowjones dalam meramalkan apa yang berlaku kepada porfolio pelaburan anda. Tetapi fokuslah lebih kepada pergerakkan harga setiap saham yang anda beli. Jika anda berspekulasi dalam FCPO, fokuslah dalam kajian pergerakkan carta harga FCPO dari risaukan pergerakkan komoditi utama dunia yang lain. Itulah yang dimaksudkan dengan 'PRICE DISCOUNT EVERYTHING'.
Sekian sahaja coretan kali ini.
Sekian, Zamsaham,KL
#Apapun yang anda buat,pastikan buat keputusan dalam keadaan tenang.Tenang dan sabar adalah rakan baik yang mampu memberikan anda kejayaan dalam urusniaga saham dan pasaran hadapan.

3 comments:

tips yg menarik....thanks for sharing.minat2 ni..

April 20, 2012 at 7:31 PM comment-delete

banyak maklumat boleh diketahui dari pergerakkan harga.

May 22, 2012 at 5:43 PM comment-delete

Are you looking for free Instagram Followers and Likes?
Did you know you can get these ON AUTO-PILOT & TOTALLY FOR FREE by using Like 4 Like?

July 10, 2018 at 6:45 AM comment-delete