PPSMM di Himpunan Belia Iskandar Johor 2012
PPSMM DI HIMPUNAN BELIA ISKANDAR JOHOR 2012.
Baru-baru ini pada 17hb Mei
sehingga 20hb Mei 2012, Himpunan Belia Iskandar Johor 2012 telah berlangsung
dengan jayanya di Johor. Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia (PPSMM) telah
turut serta dalam aktiviti Himpunan Belia Iskandar Johor 2012 yang merangkumi
13 Segmen dan 75 aktiviti di dalamnya.
Flyers "10 Cara Mengenal Skim Cepat Kaya" |
PPSMM telah membuka 1 booth di
Plaza Angsana, Johor Bahru dengan tema “KAMI BELIA BENCI SKIM CEPAT KAYA”. Boleh dibanggakan
apabila lebih 2,000 keping Flyers “10 Cara Mengenal Skim Cepat Kaya” dan “Lebih
Baik Labur Terus ke BURSA MALAYSIA” berjaya diedarkan kepada pengunjung. PPSMM juga berjaya mengumpul tandatangan
para pengunjung yang bencikan skim cepat kaya.
Flyers "Lebih Baik Labur Terus Ke Bursa Malaysia" |
Matlamat penyertaan PPSMM dalam
Himpunan Belia Iskandar Johor 2012 adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat
supaya dapat mengenal pasti dan menjauhi skim-skim pelaburan cepat kaya yang
menggunakan pelbagai helah untuk memerangkap individu-individu yang gelap mata setelah
dijanjikan keuntungan terlalu lumayan
dalam masa singkat. Harapan besar semoga, flyers yang diedarkan dapat
menyedarkan masyarakat dan sekaligus memilih cara pelaburan lebih selamat dan
diiktiraf kerajaan iaitu melabur terus ke pasaran saham Bursa Malaysia.
Alhamdulillah usaha murni PPSMM
dalam memberi kesedaran kepada belia-belia dan masyarakat mendapat perhatian
wakil media cetak dan diselitkan dalam akhbar Harian Metro bertarikh 19 Mei
2012,Sabtu.
Kempen PPSMM "Kami Belia Benci Skim Cepat Kaya" di Harian Metro. |
Lebih membanggakan apabila beberapa orang VIP
turut menunjukkan sokongan kepada kempen Benci Skim Cepat Kaya iaitu YB Tuan Haji Md Jais bin Sarday (EXCO Belia
dan Sukan Negeri Johor), Saudara Anuar Manap (Presiden Majlis Belia Felda
Malaysia) dan Saudara Rizam (Pengarah Projek Himpunan Belia Iskandar Johor 2012) yang hadir menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan mereka.
YB Tn. Hj Md Jais bin Sarday sedang menurunkan tandatangan beliau |
Saudara Rizam turut menyatakansokongan beliau |
Sokongan dari saudara Anuar Manap |
Dari kiri: Norizam, YB Tn Hj Jais dan Anuar Manap |
Secara keseluruhan penyertaan PPSMM kali ini berjaya menarik minat pengunjung untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pelaburan saham di Bursa Malaysia. PPSMM berjaya membuka minda para pengunjung mengenai sistem pelaburan yang diiktiraf kerajaan dengan mengelakkan ditipu oleh skim-skim pelaburan yang belum tentu selamat dan diiktiraf.
Norizam memberi penerangan kepada pengunjung berkenaan pelaburan di Bursa Malaysia |
Pengunjung turut mendapat penerangan pelaburan dari Ahli PPSMM |
Gambar-gambar aktiviti PPSMM di "Himpunan Belia Iskandar Johor 2012" di Plaza Angsana, Johor Bahru. |
2 comments:
terbaiklah...
dapat jugak sampaikan maklumat mengenal penganjur skim pelaburan penipu..
2000 risalah habis diedarkan.Tapi adalah mereka baca dan faham maklumat yang diberikan?!..
Post a Comment