Bukan Salah Anak Najib tetapi Salah sendiri (Kisah Sersol Naik 500% dan Turun!)

Dalam dunia pelaburan untuk buat ENTRY CALL atau panggilan untuk MEMBELI adalah SUSAH... TETAPI ianya tidak lah sesusah mana kerana yang  paling SUSAH adalah EXIT CALL atau panggilan untuk MENJUAL sesuatu saham.seluruh Cerita SERSOL  nanti  ada kena mengena dengan carta 'EMOSI PELABUR RUNCIT' dibawah ini.

*Biasakan baca seketul-seketul dan lihat perlahan-lahan.


Berikut adalah kronologi awal saham  Sersol Berhad sehingga kejatuhan mendadaknya.

MASA ZAMAN SENYAP-SERSOL 2.5sen- 8sen tahun 2008-2011
1.Harga Saham Sersol  pernah mencecah paling rendah 2.5sen seunit atau 10000 unit bernilai hanya RM250 sahaja pada tahun 2008. Untuk tempoh 3 tahun iaitu dari tahun 2008 sehingga 2011 harganya berada dalam jajaran 2.5sen sehingga 8sen sahaja.Ketika ini seluruh Malaysia dan seluruh pelabur-pelabur saham tidak begitu ambil peduli akan saham ini.
2.Seperti biasa, Pelabur sepatutnya masuk ketika Harga sedang "senyap" dan pada permulaan Trend harga akan berubah.Tetapi masalahnya,tiada berita atau maklumat positif yang menyakinkan pelabur runcit untuk membuat pembelian.
3.Yang tahu,hanyalah ‘orang dalam’ akan potensi saham SERSOL untuk Naik.Apapun sebenarnya tanpa maklumat dalaman anda masih lagi dapat menghidu 'projek' orang dalam asalkan anda faham betul-betul konsep  ‘Price discount everthing’. Dengan memahaminya anda PASTI akan pada masuk pada harga 8sen atau lewat-lewat pun 10sen !  Sila rujuk lampiran carta dibawah untuk lihat pergerakkan harga SERSOL dari tahun 2008 sehingga 2011.Lihat harga sahamnya berapa?..lihat betul-betul..


MASA ZAMAN BISING
1.Harga saham SERSOL menjadi tumpuan semula pada awal tahun 2012 dan paling HOT adalah pada Julai 2013.
 2.Pelbagai berita positif masuk kedalam syarikat antaranya termasuklah perlantikan anak Tan Sri Nor Yakob (bekas menteri kewangan) sebagai Pengarah Urusan yang baru.Harga saham terus menjadi semakin panas dengan kenaikan dari 30sen ke 80sen.

3.Daripada zaman harga saham yang murah ,harga terus naik sehingga ke paras yang tidak dipercayai oleh pelabur runcit iaitu 80sen. Dan ketika harga 80sen barulah cerita -cerita berkaitan SERSOL diyakini oleh pelabur runcit.Kesilapan yang berulang kali tidak dikaji!

4.Dari 80sen harga terus naik ke RM1.00 dalam tempoh yang amat singkat kerana adanya berita  anak Najib akan masuk ke dalam syarikat Sersol..Anda boleh rujuk lampiran artikel bertarikh 25september 2013 dibawah.
5.Ketika berita ini tersebar ,pelabur-pelabur runcit beriya-riya membuat pesanan pembelian saham dengan kenyakinan yang amat tinggi akan syarikat SERSOL.Kenyakinan anak Najib akan memberi kesan positif kepada masa depan syarikat.
6.Masalahnya,pelabur runcit yang beriya-iya ini lupa harga sahamnya SUDAH naik hampir 1000% dalam tempoh tidak sampai 2 tahun dan sanggup membodohkan diri membeli pada ketika 'orang dalaman' mengambil kesempatan menjual atas keghairahan pelabur runcit membeli.*rujuk semula Carta Emosi untuk pemahaman lebih jelas.







 "WARNING: SERSOL BAWAH RM1.00 sudah kena VIRUS..Bawah 98sen jangan pandang SELL!-Zamsaham  25 September 2013
 MASA HARGA RM1.00 .( Orang Sibuk Membeli,Team Zamsaham Sibuk menyuruh pelabur runcit menjual dan jangan Sentuh)

Sila rujuk lampiran facebook tertutup Zamsaham Private Client untuk AMARAN JUAL SAHAM SERSOL!
1.Pada tarikh 25 September 2013 4.12pm, ketika ramainya orang ghairah membeli,Zamsaham membuat panggilan kepada rakan-rakan ZPC untuk menjual saham SERSOL. Ada juga 'WARNING' dengan jangkaan harga mampu untuk turun seperti LIMIT DOWN (penurunan yang mendadak)
2.Semasa harga berada pada RM1.00 ramai juga rakan-rakan ZPC yang anggap saya 'pelik' membuat SELL CALL ketika orang dan forum-forum ghairah untuk membeli.
3.Sila lihat lampiran 'Najib's Son Nazifuddin becomes substansial shareholder of 1 Malaysia Paint'  dan baca seketul-ketul . Ketika itu jika anda berada dalam pasaran saham dan membaca berita ini PASTI akan terghairah juga untuk membeli pada harga RM1.00.Apakan tidak..ada bahagian yang meletakkan sasaran potensi projek supply cat yang boleh mencecah berbillion ringgit!

Anak Najib Beli Kepentingan SERSOL BERHAD..Berita buruk kepada yang faham!



Sila rujuk dan clik gambar dibawah untuk bukti Sell call saham SERSOL: Ketika itu harga berada pada RM1.00 dengan warning jika bawah 98sen mesti SELL dan jangan pandang lagi.Itu cerita pada 25september 2013 dan hari ini harga sudah berada pada 37sen! * 16 Oktober 2013.


1.Seperti biasa,inilah contoh kes 'JANGAN SAMBUT PEDANG YANG DICAMPAKKAN'..biarkan pedang jatuh ketanah terlebih dahulu..Harga yang disangka rendah boleh rendah lagi. RM1.00 turun ke 70sen turun ke 50sen dan terkini harga RM37sen!..penuruna pantas dalam tempoh seminggu!...

2.Jika ada orang yang membeli RM10,000 ini hari duitnya tinggal RM3700 sahaja.Menanggung kerugian RM6300 kerana berharap dan tidak tahu bila masa sesuai untuk menjual kerana tidak percaya dan 'menafikan'
penurunan saham SERSOL yang semakin hari semakin turun.Inilah tanda-tanda orang yang bakal kecewa dengan pasaran saham!

3.Itulah dia cerita tauladan untuk tidak terlalu pandang sepi 'SEMUA' saham yang sedang 'sunyi dan sepi (harga 2.5sen- 8sen) DAN Cerita kejayaan ahli-ahli ZPC untuk menjual SERSOL pada harga paling pucuk RM1.00 dan tidak menyentuhnya lagi selepas itu.

4.Apapun,perkara yang paling pokok untuk saya sampaikan disini adalah 'JANGAN TERLALU GHAIRAH DENGAN BERITA POSITIF KERANA IANYA BOLEH JADI BERITA BURUK..Kajilah dengan catitan dan pastikan emosi diri sendiri dan pelabur-pelabur lain dimana.InshaAllah ada REZEKI jika kita pandai mengkaji emosi !

Sekian,

Selamat melabur dengan bijak dan janganlah terlalu ghairah membeli dipucuk-pucuk di setiap wave kenaikan!

 Zamsaham.
(Yuran Kelas Advance Fenomena Saham 100 kali lebih murah dari kerugian yang bakal ditanggung jika melabur tanpa pengetahuan dan PETA)

2 comments:

BELI SAHAM KENA PAKAI OTAK...bukan main beli sahaja berdasarkan keghairahan!

October 16, 2013 at 11:36 PM comment-delete

Rujuk www.zamsaham.com untuk cerita terbaru

December 14, 2015 at 10:36 AM comment-delete