Keghairahan melabur EMAS yang menghampakan...


Gambar: Semua orang kata EMAS bagus...hati-hati 
Marilah kita semua baca Alquran dan Fahamkan Maksudnya... 

Ini adalah pencetus kepada saya dan idea yang terbaik untuk mengatakan ...

EMAS sudah tinggi beberapa tahun lepas.Ramai yang bertanya di Kelas Saham dengan menyatakan pelaburan Emas adalah baik ketika itu.Kemuncaknya adalah pada tahun 2011 dan awal 2012.Ramai betul yang ingin melabur dalam Emas...Semua orang ghairah untuk melabur emas,Termasuklah bank-bank semua pun ada kaitkan produk mereka dengan emas.Seperti akaun Emas ,dan hadiah emas sebagainya..

Saya banyak Mengkaji dan menyemak buku pelaburan saham..tetapi hasilnya masih menghampakan..Akhirnya, saya dapat rasakan mesti ada sesuatu yang ISTIMEWA dengan ALquran..Telahan saya tepat,Dalam Alquran banyak sebut supaya kita jangan beremosi dan perlu banyakkk BERSABAR. Dalam hal Saham ,ianya 100% tepat!!!

Akhirnya, ada satu ayat di Alquran dan saya berpegang dengan ayat itu,saya mampu membuat SELL CALL atau pangilan jual pada harga tertinggi ..termasuklah SELL CALL Eastland tepat pada harga RM1.30sen sekarang dah tinggal bawah 50sen, Sumatec Sell call tepat pada 88sen now dah tinggal 27sen, SELL CALL Sersol pada harga tepat RM1.00 sekarang dah bawah 48sen dan banyakkkk lagi...

Satu ayat yang saya maksudkan adalah dari Surah Albaqarah iaitu..

"Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui” Surah al-Baqarah, ayat 216"

Apabila saya teliti ,MAJORITI PELABUR Di Bursa Malaysia,Malah pelabur seluruh dunia membuat keputusan pada waktu yang salah. Membeli saham ketika SEMUAAAAAAA orang ghairah untuk membeli dan MENJUAL ketika SEMUAAAAA orang ingin menjual..Sebab itulah 90% pelabur saham tidak dapat untung dengan saham kerana membuat keputusan pada waktu yang salah.(panjang hendak huraikan)


Pendek cerita..Bagaimana saya tahu EMAS sudah tinggi pada tahun 2010 adalah disebabkan SEMUAAAAA orang sampaikan berita BAIKKK akan emas kepada saya.. Jadi apabila SEMUAAAA orang positif dan mengatakan pelaburan emas baik. saya lihat semula trend pergerakkan emas sudah melampau-lampau kenaikan yang bermula rancak dari tahun 2000...SEPATUTNYA beli Emas pada tahun 2000 dan lewat-lewat pun pada tahun 2005..Tetapi MAJORITI mengatakan emas baik untuk dilabur dan dibeli pada tahun 2010 dan 2011.Walhal, ianya adalah waktu membeli palingggg salah!

Itulah kesilapan pelabur yang BEREMOSI dan Ghairah tak tentu pasal tanpa membuat sebarang kajian.Akhirnya Harga EMAS sekarang sudah turun 38% dari kemuncaknya beberapa tahun lepas.

Merujuk kepada Surah Albaqarah...

"Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui” Surah al-Baqarah, ayat 216

-------
Apabila SEMUAAAAA orang positif mungkin berita itu buruk pada kita..Kita ambil peluang Jual Saham. Apabila SEMUUUAAAA orang negatif mungkin itu peluang berita baik kepada kita,Kita Beli Saham"-zamsaham

Saya akan kongsikan penjelasan dan huraikan hal ini di Kelas Advance Fenomena Saham Esok di Pejabat Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia.

Sekian...

Zamsaham- 20-12-13

4 comments:

Manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi mereka gagal untuk merancang.

December 20, 2013 at 6:32 PM comment-delete

3 tahun dulu jugalah Zamsaham cakap jangan labur dekat Emas. Ini hari kata-katanya TEPAT!. Menuntut ilmu mestila pada yang tahu dan berpengalaman.

December 21, 2013 at 12:19 AM comment-delete

Emas murah..orang perempuanla yang paling suka..termasukla saya!

December 22, 2013 at 3:01 PM comment-delete

Harga emas yang murah boleh lagi murah....lupakan emas

November 2, 2014 at 1:16 PM comment-delete