SIDANG MEDIA PELANCARAN 'JELAJAH GEGAR SAHAM SYARIAH 2014'


SIDANG MEDIA PADA 17-12-2013 (SELASA)

Sidang media untuk Pelancaran Jelajah Gegar Saham Syariah 2014 telah berlangsung di Pejabat Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia, Johor.


Objektif Jelajah Gegar Saham Syariah.

1. Membetulkan tanggapan orang ramai tentang pelaburan saham di Bursa Malaysia. Ini kerana masih ramai yang beranggapan pelaburan saham diibaratkan sebagai judi dan haram.

2. Rebut peluang melabur dalam 10 sektor pelaburan syariah yang boleh dipilih merangkumi pelaburan dalam syarikat Pengguna,hartanah,perkhidmatan,perlombongan, infrastruktur , perladangan teknologi dan kewangan.

3. Rebut peluang melabur saham  dalam 653 kaunter syariah daripada 914 syarikat tersenarai berpotensi 
tinggi di Bursa Malaysia berasaskan Syariah seperti Tabung Haji Plantation Berhad (perladangan), MK
Land Properties (hartanah), Censof (it), MyEg (perkhidmatan) . Jika syarikat untung, Dividen yang diberikan pelabur sahamnya adalah halal.

4. Jenis pelaburan berasaskan syariah dan kenapa ia penting kepada umat Islam kerana pegembangan nilai harta perlulah dari sumber yang halal.

5. Cara kenal saham syariah termasuk cara urusniaga saham akan diterangkan  oleh wakil PPSMM di   setiap negeri.

6. Tanggungjawab sosial untuk mengajak orang ramai terutama Islam belajar dan memahami selok belok
pasaran saham.Lagipun inilah peluang yang ditunggu-tunggu kerana ekonomi sudahpun pulih dari kegawatan.

7. Peluang memilih saham syarikat tersenarai berpotensi berkembang yang berasaskan syariah yang mampu berikan dividen yang halal.

8.  Fokus kepada 71 peratus mengikut syariah sahaja supaya setiap pelaburan dan dividen yang diberikan halal.

 9. Jelajah akan bergerak ke seluruh Malaysia berdasarkan permintaan sama ada syarikat swasta, agensi
kerajaan, persatuan .

10. Gegar Saham Syariah - Pelaburan Halal Rezeki Barkah











4 comments:

bukalah mata anda..buang pemikiran lama...saham bukan judi...tapi perniagaan yang memberi erti...erti bermakna untuk mereka yg faham...

December 17, 2013 at 6:21 PM comment-delete

Pilih saham-saham yang syariah semestynyer HALAL..

December 18, 2013 at 3:02 PM comment-delete

Kalau saya, saya PILIH YANG HALAL.

December 19, 2013 at 1:33 PM comment-delete

langkah usaha yg baik

Anonymous
December 20, 2013 at 5:41 PM comment-delete