90% Pelabur Seluruh Dunia masuk pelaburan pada waktu yang salah! ---Zamsaham

"90% pelabur seluruh dunia masuk pelaburan pada waktu yang salah"     - Zamsaham

1)Pelabur seluruh dunia sering masuk pada waktu yang salah.Masuk ketika harga saham sudah berada di pucuk-pucuk di setiap wave kenaikan.
Sebab itulah 90% pelabur saham mengalami kerugian kerana membuat tindakan di penghujung trend.Seperti mana ramainya pelabur saham yang rugi pada tahun kegawatan ekonomi 1997 dan awal 2008. Mereka menyalahkan keadaan ekonomi yang gawat atas kerugian yang mereka tanggung.Hal kerugian ini bukan sahaja dialami oleh pelabur runcit malah pelabur Institusi pun rugi juga.

2)Hal yang mereka lupa,adalah kegagalan mengenal penghujung trend sesuatu pelaburan.

3)Sebelum sampai kepada konklusi jawapan penyelesaian masalah ini,Mungkin anda tahu ramai yang melibatkan diri dalam perniagaan Ikan Keli dan lintah suatu masa dahulu.Mana-mana ada sahaja orang yang menceritakan peluang perniagaan ini. Ramai yang terikut-ikut dengan perniagaan ini sehinggakan di setiap daerah ada sahaja orang yang membela ikan Keli.Ada juga Spa rawatan bekam khas Lintah di buka di bandar-bandar utama. Hari ini,hampir keseluruhan perniagaan Keli dan lintah ini gagal dan gagal!.

4)Untuk menjelaskan lagi hal kesilapan ini,pada tahun 2010 sehingga 2012 adalah waktu puncak ramainya orang minat untuk melabur emas.Ramai orang yang mengatakan harga emas akan melepasi 2000USD per Ounce dari harga semasa ketika itu adalah 1300-1900Usd per ounce.Ramai pelabur baru ’terikut-ikut’ membuat pelaburan emas.Apa sahaja yang dikaitkan dengan emas dikira baik.Sehinggakan banyak bank di Malaysia seperti Maybank,Public Bank hatta Kuwait Finance House pun ada bukan akaun bank yang dikaitkan emas. Pelbagai teori hebat emas keluar di media-media. Sehinggakan banyak juga si penipu Skim cepat kaya yang melancarkan program emas seperti Virgin Gold Mining Corperation (VGMC) dan juga Genneva Gold yang sudah pun terbukti menipu duit pelabur emasnya melebihi RM5 billion!.Hari ini, harga emas telah pun turun hampir 30% dari kemuncaknya tahun 2011 dahulu.

6)Sebab itu, sering saya katakan ” Berita yang Baik datang pada kita,mungkin itu berita buruk.Manakala berita yang buruk datang kepada kita mungkin berita baik”...Apapun hal ini, perlu difahami tanpa bulat-bulat mengatakan setiap yang baik itu buruk pula.Kerana ada berita yang baik sememangnya baik!

7)Oleh yang demikian, untuk selesaikan masalah BERAT ini pelabur patut TAHU masuk seawal mungkin permulaan ataupun di pertengahan TREND sesuatu pelaburan . Hal ini akan diterangkan panjang lebar di kelas Advance nanti...

90% pelabur seluruh dunia masuk pelaburan pada waktu yang salah.
-Zamsaham- 10 Jan 2014
www.zamsahamsyariah.com


2 comments:

Assalamualaikum wbt tuan rumah. Terima kasih di atas perkongsian yang menarik ni. Teruskan update!!!

January 20, 2014 at 12:13 PM comment-delete

Saya tidak dapat berterima kasih kepada perkhidmatan pembiayaan lemeridian yang cukup dan membiarkan orang tahu betapa saya bersyukur atas segala bantuan yang anda dan kakitangan pasukan anda telah menyediakan dan saya berharap untuk mengesyorkan rakan dan keluarga sekiranya mereka memerlukan nasihat atau bantuan kewangan @ 1,9% Kadar untuk Pinjaman Perniagaan .Via Hubungi:. lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com. WhatsApp ... + 19893943740. Teruskan kerja hebat.
Terima kasih, Busarakham.

Anonymous
January 5, 2020 at 11:53 PM comment-delete