9/4/2014 - KIGSS MALAM INI DI AUDITORIUM TUN DR. SITI HASMAH, MENARA SSM@SENTRAL,KL MEMANG RAMAI!

Syukur, Alhamdulillah...

Kelas Intro Gegar Saham Syariah (KIGSS) yang berlangsung di Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah,Menara SSM @ Sentral, Kuala Lumpur pada malam ini berlangsung dengan jayanya. Dengan kehadiran para peserta yang bukan sahaja di kawasan sekitar Kuala Lumpur sahaja tetapi ada juga yang datang dari Perak, Pahang, Kelantan dan lain-lain lagi. Semakin hari semakin ramai para peserta yang mengikuti Kelas Intro Gegar Saham Syariah ini. Sambutan yang begitu mengalakkan terhadap Kelas Intro Gegar Saham Syariah (KIGSS) ini menunjukkan kesedaran para peserta terhadap pentingnya  mereka melabur dahulu dengan ilmu sebelum melabur terus di Bursa Malaysia.

Jangan terpengaruh dengan pergerakkan turun naik harga saham setiap hari, kerana ianya membuang masa. Tahniah kepada peserta yang hadir, ini adalah langkah pertama untuk menjadi pelabur yang bijak!

Lokasi seterusnya untuk Jelajah Kelas Intro Gegar Saham Syariah ialah di Setia Tropika, Johor Bahru pada 15-4-2014.
Untuk maklumat lanjut lawati www.zamsaham.com atau www.zamsahamsyariah.com

Semoga segala urusan dipermudahkan.

Sebar-sebarkan kebaikan...

-Admin Nor Saham- 




4 comments:

Carilah dan rebutla peluang keemasan untuk mencipta sebanyak mungkin keuntungan selagi ZAMAN FENOMENA SAHAM yang sedang berlangsung ini.

April 10, 2014 at 12:13 AM comment-delete

mana-mana yang tak faham saham syariah itu apa..digalakkan sangat-sangat untuk datang ke program ini..biar anda faham....

April 10, 2014 at 9:49 AM comment-delete

saya dah hadir dan faham...saham bukan judi...tapi perniagaan...terima kasih kpd en Zamsaham yang memberikan penerangan

Khalid
April 10, 2014 at 9:50 AM comment-delete

Siapa yang pernah hadir kelas bersama ZAMSAHAM akan dapat bezakan judi dan saham. cukup besar perbezaan antra 2 itu.

Hidup hanya sekali.. tuntulah ilmu agar kita Kaya Dunia Kaya Akhirat fi sabilillah

April 18, 2014 at 9:57 AM comment-delete