METRO AHAD 21 SEPTEMBER 2014 – TAK SERIK MAIN SAHAM

PELABURAN LEBUR PADA USIA 19 TAHUN JADIKAN NORIZAM LEBIH BERMINAT

Oleh ANIZA ZAINUDIN
Gambar 1: RENCANA akhbar METRO AHAD bertarikh 21 September 2014.
   Berbekalkan Ilmu pelaburan dipelajari di dewan kuliah, Norizam Tukiman sudah berani menyertai pelaburan saham seawal usia 19 tahun.
   
   Ketika teman sebaya sibuk menggunakan wang tajaan bagi pembayaran yuran universiti, keperluan belajar dan aktiviti libur, Presiden Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia ini pula memperuntukkan pinjaman sebagai modal untuk melabur di Bursa Malaysia. Membeli saham sebuah syarikat tersenarai berharga 68 sen seunit dan berharap membuahkan hasil, lelaki berusia 33 tahun ini dididik dengan sistem pelaburan jangka panjang dan belum terdedah teknik pelaburan mengikut trend pasaran.

Gambar 2: Profil Norizam Tukiman
    “Menggunakan semua wang pinjaman, saya membeli saham syarikat terbabit. Apabila harganya semakin turun ke tahap paling maksimum, remisier mula menghubungi saya bertanya sama ada ingin menjual saham itu. 
     
     Harga saham itu mencecah 38sen seunit, namun saya percaya pelaburan jangka panjang,lantas tegas dengan keputusan dibuat iaitu tidak menjualnya.”

     “Natijahnya, saham itu terus merudum dan akhirnya saya mengalami kerugian sepenuhnya, malah syarikat berkenaan turut ‘ditendang’ keluar dari Bursa Malaysia,” katanya erkongsi pengalaman.

     Menariknya, Norizam tidak melihat ia sebagai kerugian mahupun kegagalan, sebaliknya mengajar dirinya mengkaji perkara dan pengalaman baru.

     Bergelar mahasiswa, anak kedua daripada enam adik beradik ini bijak mencari peluang menjana ekonomi sendiri bagi menampung kehidupan di universiti termasuk menjual makanan ringan. Apabila keuntungan daripada perniagaan kecil-kecilan dijalankan, anak jati Johor ini menggunakannya untuk melabur di Bursa Malaysia tanpa serik dengan kegagalan sebelum ini.
Gambar 3: Apabila keuntungan diperoleh daripada perniagaan kecil-kecilan dijalankan, anak jati Johor ini menggunakannya untuk melabur di Bursa Malaysia tanpa serik dengan kegagalan sebelum ini.
     Secara teorinya, ilmu pelaburan sudah dipelajari di kelas, namun kemahiran bermain saham mampu dijana menerusi pengalaman dilalui. Norizam mengaku kerugian dialami mematangkan dirinya dalam industri pelaburan saham, selain belajar darpada guru yang terdiri dari pelbagai jenis individu.

     Sejak berjinak-jinak dengan dunia saham pada usia 19 tahun, Norizam tidak berhenti melakukan pelaburan saham hingga hari ini meskipun bergelar Pengarah Zamsaham Lid Capital Sdn Bhd serta menjalankan kelas saham kepada orang ramai.

    
Gambar 4 : Zamsaham di Akademi ZAMSAHAM
     Mencungkil certa di sebalik cintanya terhadap saham, Norizam dibesarkan dalam keluarga yang menjadikan perniagaan sebagai punca rezeki utama. “Ayah saya menjalankan pelbagai jenis perniagaan sama ada kedai makan, kedai runcit, menjaja pisang goreng malah saya sendiri turut menjaja kuih-muih dan nasi lemak di sekitar kawasan kediaman. 
     
     Justeru, isu berkaitan penjaja sangat dekat di hati saya. Biasalah dalam perniagaan ada turun naiknya tetapi kita harus yakin dengan rezeki dikurniakan Allah SWT dari tempat yang tidak disangka-sangka. 
     
     “Saya sememangnya menyukai duit sebab itu saya memilih untuk menyambung pelajaran ke bidang analisa pelaburan yang dilihat sebagai cabang paling tinggi dalam perniagaan walaupun saya pelajar kejuruteraan elektronik di sekolah menengah,” katanya.
     
     Pernah memenangi anugerah remiser berjaya melahirkan jutawan dalam pertandingan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Norizam mengakui realiti dunia saham bukan hanya dipelajari melalui pembacaan, sebaliknya pengalaman. 

     Justeru, sebaik tamat pengajian peringkat diploma, beliau memilih untuk bekerja di sebuah bank selama setahun sebelum berpindah ke sebuah syarikat broker saham untuk bergelar remiser. 
     “Untuk menjadi remiser, saya perlu menyediakan modal sebanyak RM50,000 tetapi saya tiada duit, jadi saya membuat potongan bulanan dengan syarikat. Saya menjadi antara remiser termuda ketika itu berusia 23 tahun. 

     Tidak dinafikan agak sukar untuk meyakinkan pelanggan melabur kerana pelaburan saham ibarat virus kepada orang ramai. Jadi saya harus sabar dan menggunakan potensi, kelebihan serta ilmu saham untuk ditunjukkan kepada pelanggan. 
     Ia negatif bagi mereka yang tidak faham apakah sebenarnya pelaburan saham,” jelas Penasihat Pelaburan Kumpulan Wang Amanah Pelaburan Kejora Bhd ini. 

     Sebagai orang tengah antara penjual dan pembeli, Norizam sangat gembira apabila pelanggan berjaya memperoleh keuntungan dan kecewa apabila sebaliknya berlaku. 

    
Gambar 5: Bersama ahli Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia ke Suruhanjaya Sekuriti.
     Yakin dengan perkongsian ilmu dengan pelanggan, beliau sering menjadi rujukan teman dan pelanggan yang ingin mendapatkan tip atau trend pasaran saham. 

     Mengakui ilmu pelaburan saham perlu dipelajari, Norizam mengambil inisiatif membuka pusat latihan Zamsaham Training & Consultancy pada 2009. 
     Tambahan pula, ketika itu skim cepat kaya dan pelaburan Internet popular bak cendawan tumbuh selepas hujan, sedangkan ia bersifat menipu orang ramai. 

Gambar 6: Kenali Zamsaham lebih dekat.
     Menerima lebih 8,000 penyertaan sejak 2009, Norizam tidak melihat perkongsian ilmu pelaburan sebagai persaingan, sebaliknya pasaran saham terlalu luas melebihi satu trilion ringgit dan didominasi golongan bukan Melayu, jadi orang Melayu perlu mengambil peluang yang sama. 

     Nasihat saya, perlu berhat-hati dengan pelaburan. Jika ada peluang, jangan terus membuat keputusan sebaliknya dapatkan ilmu, pandangan orang bijak dalam perkara itu,” katanya mengakhiri perbualan. 
Gambar 7: Bersama Tan Sri Shahrir Abdul Samad ketika Ekspo Pelaburan dan Pasaran Saham Malaysia (MISEE) 2013.

 -  PETIKAN RENCANA DARI AKHBAR HARIAN METRO AHAD, 21 SEPTEMBER 2014.  -

2 comments:

Tahniah tuan. Semoga terus sukses..

October 12, 2014 at 4:34 PM comment-delete

Mendapatkan pinjaman hari ini @ 2% faedah dan menghidupkan semula perniagaan anda tanpa mengganggu, kami menawarkan jumlah pinjaman dari $ 3,000.00 kepada $ 20,000.000.00, e-mel kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan. sila hubungi kami di: gloryloanfirm@gmail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah.
{Lengkapkan borang di bawah pinjaman}
Nama anda: ===========
NEGARA: ===========
NEGERI ===========
ALAMAT: ===========
JANTINA: ===========
JUMLAH DIPERLUKAN: ===========
TEMPOH: ===========
NOMBOR TELEFON: =========== =============
akaun yang lebih baik daripada syarikat-syarikat yang sah.
Hubungi kami di e-mail ini: gloryloanfirm@mail.com
Puan Glory

April 3, 2017 at 11:42 AM comment-delete