8 TIPS SAHAM NOV 2014 ZAMSAHAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pelabur-pelabur saham sekalian...

Ini hari 20 November 2014, Pasaran saham sekejap 'jerebu merah-sekejap jerebu hijau...hanya yang ada ilmu dan amalkan ilmu sahaja biasanya akan tenang...
Berikut adalah 8 saham yang saya jangkakan akan ada kenaikkan.

8 TIPS SAHAM UNTUK ANDA KAJI DAN MILIKI:
  1. SYSTECH harga semasa 0.25sen Target insha Allah mampu ke 0.34sen hingga 0.40sen. PROFIT 36%-60%.
  2. JAG harga semasa 0.225sen Target insha Allah mampu ke 0.30sen hingga 0.38sen. PROFIT 36%-50%.
  3. EFFICEN harga semasa 0.345sen Target insha Allah mampu ke 0.52 - 0.50sen..Simpan Trending RM1.00 PROFIT 50%-100%.
  4. MPAY harga semasa 0.215sen Target insha Allah mampu ke 0.26 - 0.30sen. Simpan TRENDING >>> 0.40sen PROFIT 18%-100%.
  5. CENSOF harga semasa 0.54sen Target insha Allah mampu ke 0.60sen. PROFIT 40%-50%.
  6. PRIVA harga semasa 0.165sen Target insha Allah ke 0.25sen hingga 0.40sen. PROFIT 50%-120%.
  7. NOVAMSC harga semasa 0.145 Target insha Allah ke 0.185 hingga 0.30sen. PROFIT 50% -100%
  8. DNEX harga semasa 0.32sen Target insha Allah ke 0.42sen hingga 0.50sen. PROFIT 31% - 56%
zamsaham 1Gambar 1: Harga saham semasa dari platform saham RHB Investment Bank. 8 Tips saham untuk anda Kaji, anda teliti dan ambik peluang jika yakin harga sahamnya mampu naik.

Kesemua 8 saham yang dikongsikan ada bersangkut-paut dengan dengan TEKNOLOGI dan DUNIA IT. Dunia IT dan teknologi adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan saya, anda dan  hampir seluruh penduduk Malaysia. Ini hari kita membuat bayaran secara online, membaca surat khabar, menghantar surat, shopping, bayar cukai tahunan, bayar hutang bank, mencari jodoh, mencari maklumat sekolah, Membaca Alquran...Semua perkara ini ada tangan anda, semuanya di handphone ...Sehinggakan lampu picit pun di handphone!...

Sedikit info supaya anda tidak salah faham akan tips di atas.

HARGA SEMASA: Cuba tawar menawar 8 tips saham di atas. Jika turun, itu mungkin rezeki anda.

TARGET PRICE: Itu adalah berdasarkan kajian di Diary Invest saham dan jika anda cukup sabar, insha Allah target price di atas mampu dicapai dalam jangka masa 1 hingga 24 bulan dari sekarang. Perlu diingatkan, target price adalah jangkaan ke mana harga saham itu akan naik kerana mungkin ianya akan sampai tepat pada harga yang dinyatakan, mungkin  kurang atau mungkin harganya akan naik LEBIH TINGGI. Yang utama adalah pemahaman kita akan TREND dan Potensi perniagaan yang diterjemahkan oleh harga sahamnya pada TREND UTAMA. (Kaji guna Diary Invest Saham untuk rekodkan Target Price dan Pintu Kecemasannya sekali).

PROFIT: Itu jangkaan 'peratus' kenaikkan harga saham dari harga semasa (sekarang) dan potensi kenaikannya dalam masa 1 hingga 12 bulan.
gambar 2
Gambar 2: Dalam 60saat pelbagai perkara luar biasa berlaku dalam dunia IT. Rebut peluang dengan pelaburan saham yang terlibat dalam dunia IT adalah cara orang-orang yang bijak dalam perniagaan. Orang lain berkerja anda meraih hasilnya.

Rahsia RULE 5 "S" untuk pelabur yang berjaya...
  1. Sendiri kaji 8 tips saham di atas kerana mungkin kajian anda adalah lebih baik. Jika anda pernah hadir kelas saya, pastikan anda rekodkan sebab-sebab kenapa saham tersebut boleh dibeli dan pastikan juga pintu kecemasannya.
  2. Sendiri SEMAK tips saham di atas. Selepas kajian dibuat anda perlu semak dan rekodkan hasil kajian di dalam Diary Invest Saham. Tidaklah perlu melihat harga saham berkelip-kelip setiap hari tetapi cukuplah 15minit sehari ketika pasaran saham sedang tutup. Untuk pengetahuan semua, waktu kajian saham terbaik adalah pada ketika pasaran saham sedang tutup.
  3. Sendiri Beli 8 tips saham di atas. Jika boleh beli 3 sahaja dari tips saham di atas atas fokus kepada 1 sahaja saham yang anda betul-betul minat dan faham. Ingatan saya pada rakan ZPC adalah jangan berikan wang anda untuk dilaburkan kepada orang lain. Labur sendiri sendiri puas hati!
  4. Sabar untuk MEMBELI. Pelabur hebat dan berjaya tidak terburu-buru. Cuba anda tawar-menawar harga saham di atas dan pastikan anda beli saham pilihan ketika harga sahamnya "senyap" (Insha Allah huraian 'senyap' akan saya kongsikan pada kelas KES90an MEGA di PWTC pada Desember 2014 nanti)
  5. SABAR UNTUK TUNGGU HASILNYA. Tips saham sudah ada, ilmu pun sudah ada, antara perkara pokok pelaburan saham adalah anda kena faham saham adalah pemilikkan perniagaan. Harga saham berkait rapat dengan 3 perkara pokok. Untung, Potensi Untung dan harga saham yang naik kerana Emosi yang  terlampau. Jika harga saham bagi 8 tips saham ini naik, emosi diri sendiri dan orang lain yang terlampau itu mungkin petanda anda perlu menjual sebahagian atau semua saham yang ada. Insha Allah, orang yang sabar akan merasai nikmat kepuasaan luarbiasa dalam pelaburan sahamnya. Yang hendak untuk segera, sesegera mee segera biasanya akan kecundang!
Insha Allah, Jika ada kelapangan saya akan update info berkaitan pasaran saham secara mingguan di blog ini. Kepada yang hendakkan info harian, pandangan naik dan pintu kecemasan saham, boleh mohon masuk di Facebook tertutup 'Zamsaham Private Client' .(terhad kepada bekas perserta kelas Advance Saham serta ikut terma dan syarat)

Inshaa Allah, saham IT dan Teknologi berada dalam potensi amat terbaik untuk sekarang dan beberapa tahun mendatang. Potensi luarbiasa, sebagaimana hebatnya seorang peserta saya yang untung lebih hampir 500% dengan pelaburan dalam saham Ifcamsc-nya baru-baru ini.Beliau beli sejurus tamat Kelas Advance dan Sabar menjual pada 0.70sen baru-baru ini. Kepada yang lain, kekal fokus pada amalan ilmu, kerana jika ada banyak ilmu saham sekalipun, tetapi malas untuk amalkan...pada saya ianya adalah sia-sia.

SIMPAN SAHAM IT dan TEKNOLOGI.

Itu sahaja buat masa ini, saya hendak bersiap-siap ke CHINA bersama rakan-rakan ZPC dalam program 'Kembara Beijing Bersama Zamsaham'.

Saya doakan anda berjaya dalam pasaran saham...

Sekian,
Zamsaham
20 Nov 2014

# Insha Allah Kelas KES90an MEGA 2014 yang terakhir akan dibuat di PWTC, yang dah datang boleh datang lagi dengan diskaun 50%. Sila call Event Director 013 7788048 Puan Nor Saham.

5 comments:

terima kasih tn Zamsaham, lebih yakin dengan kajian sendiri dan panduan Tn Zamsaham, Team Zamsaham terbaik!

Pelabur Baru
November 20, 2014 at 11:04 AM comment-delete

ada 8 tips saham berguna...dan kena fahamkan 5 'S' yang perlu sebelum anda buat keputusan membeli saham

November 20, 2014 at 11:13 AM comment-delete

Inshaa Allah, saham IT dan Teknologi berada dalam potensi amat terbaik untuk sekarang dan beberapa tahun mendatang.

November 20, 2014 at 11:19 AM comment-delete

Alhamdulillah banyak panduan dan ilmu yang saya dapat dari ZAMSAHAM, bila masok kelas advance lagi jelas pengisiaannya..saya cadangankan kepada pelabur-pelabur baru datang ke kelas anjuran ZAMSAHAM ini..memang mantapp!! Speaker nya pun berpengalaman 10 tahun..banyak yang di kongsikan di dalam kelas. Tahniah ZAMSAHAM

Berjaya dan Kaya!
November 20, 2014 at 11:19 AM comment-delete

salah satu tips dari 5s adalah SABAR .

# sabar bukan berharap . Ramai yang jutawan KERJA KERAS dan SABAR bertahun2 untuk hasilnya .
Ingat ! Berusaha dan berkerja keras lah untuk berjaya dan mengubah kehidupan anda , kerana Allah tidak akan mengubah nasib makhluknya melainkan dgn usahanya sendiri .
Ilmu itu juga penting sebagai panduan untuk berjaya . Jadi datang lah beramai2 ke kelas yang seterusnya untuk mencari ilmu baru tentang pelaburan anda.

Anonymous
November 20, 2014 at 4:47 PM comment-delete