PELUANG TERHIDANG 2015



Assalamualaikum dan Salam Menyambut Tahun Baru 2015.

Pelbagai kenangan pahit manis 2014 semuanya menjadi catatan sejarah perjalanan kehidupan sebagai pelabur saham.

Yang gagal direkodkan.
Yang berjaya dikekalkan dan diperhalusi.

Tahun 2015, tahun yang saya namakan tahun "PELUANG TERHIDANG" kepada yang suka mencari peluang di sebalik masalah kehidupan.

Sekilas info Bursa Malaysia.

1. Walaupun ada yang kata gawat, sesetengah saham berjaya ditutup paling tinggi dalam sejarah penyenaraiannya.(Tahun 2014 harga sahamnya tutup lebih tinggi berbanding tahun sebelum-sebelumnya) contohnya adalah Greenyb,Efficen dan Tenaga Nasional Bhd.

2. Walaupun pelbagai isu negatif dunia, Indeks Bursa Malaysia ditutup pada 1761 dan  menjadi  penutup tahun tertinggi dalam sejarah pasaran saham tempatan.

3. Untuk rekod, saham-saham Teknologi berjaya naik dan membuka lembaran baru potensi perniagaan yang semakin cemerlang. Lebih-lebih lagi selepas penyenaraian Alibaba dengan modal pasaran hampir 1Trillion USD. Kesan potensi dunia IT dan Teknologi dijangka semakin rancak bagi keseluruhan tahun 2015.

4. Tahun 2015 ini  mungkin bukanlah tahun yang baik kepada kebanyakkan Tokey-Tokey dan pemilik saham Oil & Gas ekoran harga minyak dunia yang turun. Ianya memberikan kesan negatif kepada perancangan projek-projek Petronas. Jika Petronas kurangkan Budget, kesan berantai dijangka dirasai kepada Vendor-Vendor dan yang berpaut padanya.

5. Masalah harga minyak yang turun ini mungkin menjadi BERITA BAIK bagi kebanyakkan industri kerana KOS UTAMA sudah turun. Jika jualan tahun 2014 berjaya dikekalkan dan harga minyak kekal berada pada bawah USD60 saya percaya prestasi kewangan pada kebanyakkan syarikat tersenarai ataupun yang tak senarai akan bertambah bagi tahun 2015 nanti. Pasaran saham kekal akan rancak.

6. Tokey-tokey mamak pula akan bertambah kaya bagi tahun 2015! Sebelum ini,Tokey-tokey kedai mamak menaikkan harga roti canai dan teh tarik. Alasan harga minyak naik. Tetapi kali ini, bila harga minyak sudah turun mereka tidak pula turunkan harga..mana aci ini macam!

7. Esok 1 Jan 2015, harga minyak di petrol stesyen bagi RON95 turun ke RM1.91. Penurunan hampir 20% akan menggalakkan pembelanjaan extra pada kehendak dan keperluan yang lain. Jumlah extra 20% bagi budget RM500 minyak sebagai contoh adalah satu jumlah yang banyak.

8. Saya percaya tahun 2015, limpahan perbelanjaan  Extra ini memberikan berita baik bagi usahawan-usahawan yang meniaga runcit, yang meniaga pisang goreng, apam balik, ayam goreng Uncle Bob hatta tempat-tempat percutian di seluruh Malaysia. Pendek cerita, ekonomi domestik dijangka akan BOOM!  So, kalau hendak meniaga apapun, meniagalah betul-betul...insha Allah akan menjadi!

9. Saya amat besimpati dengan bencana banjir yang teruk ketika ini. Ada gambar rumah yang bergerak ke bumbung rumah orang lain..Kuatnya air yang senyap meranapkan beratus-ratus rumah...Terima kasih pada pemimpin baik UMNO, PKR mahupun PAS yang mengetepikan politik dan bersama-sama membantu mangsa. Apapun, kepada peniaga-peniaga perabot dan keperluan pembinaan dijangka akan dapat kesan positif. Perhatikan saham-saham perabot seperti Liheen, Latitud dan kajilah yang lain juga dengan Diary Invest saham 7.0, mana tahu ada peluang terhidang pada yang minat sektor perabot.

10. Banjir akan memberikan kesan kepada sawit. Buah dijangka BERKURANGAN dengan teruknya pada 1/2 pertama tahun 2015. Berita ini buruk pada pemilik ladang kerana pengeluaran kurang TETAPI mungkin berita yang 'amat baik'  pada pedagang dan pemain-pemain FCPO (pasaran hadapan minyak sawit Malaysia). Mereka boleh LONG(beli) kontrak sekarang dan jual semula(short) pada harga yang lebih tinggi nanti. Setiap satu mata jika betul kenaikkan berlaku adalah RM25. Penutup kontrak ini hari(31 Dec 2014) FCPO March 2267 dan jika mengikut kajian Manager Ladang, harga FCPO mampu naik atas RM2500 -RM2800 bagi tahun 2015. Bukan mustahil juga ke RM3000 katanya...Jika betul tentu senyum pedagang FCPO semua. (Anda boleh sms ke 0132224006 jika serius hendak belajar FCPO).

11. Mungkin anda tidak perasan kita sudah selesai 7 tahun kegawatan jika dikira dari 2008. Maka tahun 2015 pada saya tahun bermula REAL punya kenaikkan ekonomi yang cemerlang. Ada juga bayang tahun 1995 dengan kesan suasana dan penyanyi Gegar Vaganza 90an. Pasaran Saham 2015 dijangka kekal mengejutkan pelabur-pelabur yang 'negatif' dengan potensi tahun 2015....

12. Saham-saham banyak yang turun ketika paniknya pelabur dengan isu masalah ekonomi Greece dan juga masalah minyak dunia dan lain-lain yang pada saya adalah berita baik kepada pelabur-pelabur saham tulen. Rebut peluang beli ketika orang panik dan bukannya ikut panik. 'Contrarian' biasanya success cuma kena banyak sabar dan betul-betul teliti sebelum masuk membeli.

13. Tahun 2015  permulaan kepada kejayaan sebenar saham kepada yang terus mengkaji..jangan berhenti mengamalkan ilmu dan terus semak saham anda di diary Invest Saham 7.0 terbaik... Yang berjaya biasanya akan pernah rasa gagal.

14. 'Best buy' pada setiap kepanikkan pelabur yang dijangka kekal akan berlaku pada awal tahun 2015. Harga yang dijual murah akibat kepanikkan pada sesetengah pelabur yang suka Kontra dan aggresif  mungkin takkan jumpa lagi selepas masuk 2nd half 2015...

15. Tahun 2015 bakal juga menyaksikan peralihan secara perlahan-lahan kepada generasi muda baru pada banyak pentadbiran perniagaan termasuk juga politik negara. Kuasa kepimpinan berada dalam proses perubahan. Jadi kepada yang ada idea, beranikan bawa ketengah.

16. Tahun 2015 adalah fasa penting bagi kita semua menempatkan diri dalam kelompok yang merasa pembangunan kemajuan tahun 2020. Kita jangan leka dan sering salah menyalahkan keadaan. Ubahkan mentaliti buruk yang bersarang dalam diri kepada yang lebih positif. Itu pesan saya untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang lain.

17. Kita sama-sama mengintai, berkongsi dan sering berbincang untuk mencapai DREAM yang ada. DREAM atau impikan yang besar-besar. Kita mahu rumah besar, kereta besar, anak-anak belajar selesa, bercuti sana sini...itu semua impian yang kita semua mahukan. Impian 2015 tidak ubah seperti impian 2014 jika kita kekal duduk diam dan tidak berubah.

Akhir kata, "Peluang Terhidang" akan ada kepada yang bersiap sedia. Niatkan yang baik-baik dan kerana Allah swt, InshaAllah tahun 2015 akan menjadi titik permulaan, sejarah kejayaan bukan sahaja saham tetapi dalam dunia perniagaan  dan juga kehidupan yang sementara ini.

Kita kejar keduanya...kita kejar Akhirat dan Kejar Dunia juga.

Paling last...Hormati dan jangan lupa salam ibu dan bapa esok pagi. Biasanya matlamat & impian 2015 akan lebih berkah..

Okey, secara ikhlasnya saya ucapkan.

"Selamat Tahun Baru 2015 dan Salam Saham untuk semua pelabur-pelabur saham"
Wallahu'alam

"subhana kallahumma wa bihamdika ash-hadu an la ilaha illa anta astaghfiruka wa atubu alayk"

Sekian.
Zamsaham
31 Desember 2014

2 comments:

Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

February 5, 2015 at 8:11 AM comment-delete



Kelas Pelaburan Bursa Saham - RM69 shj !


Kandungan Kursus Asas Pelaburan Bursa Saham (Personal Coaching):

Sesi Advance: Analisa Teknikal Saham (Swing Trading)
Sesi Intermediate: Value Investing Strategy
Sesi Beginner: Asas Bermain Saham Tanpa Remiser



Kelas dijalankan di Seluruh Negara pada hari Ahad atau Rabu di kawasan sekitar...

...Kuantan, Chini, Perak, Miri, Kota Kinabalu, Sandakan, Bintulu, Kuching, Klang,Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka, Seremban, Port Dickson, Terengganu, Kerteh, Pulau Pinang, Labuan, Puchong-Putrajaya, Kelantan, Langkawi & Kerteh


*Kelas juga boleh diambil secara Online


Pendaftaran boleh dibuat di : http://www.BursaCourse.com.nu
Maklumat lanjut di : http://KLFX.blogspot.com



*****Share INFO ini di Wall Facebook Anda !


April 28, 2015 at 4:03 PM comment-delete