Kelas Advance Remisier King pada 9 Mei-11 Mei 2015 memang mantap!

Alhamdulillah.. Kelas Advance Remisier King yang berlangsung selama 3 Hari selesai dengan jayanya. Kelas kali ini diadakan di PWTC,KL pada 9Mei - 11Mei 2015.
Para peserta yang hadir bukan sahaja dari sekitar Kuala Lumpur, tetapi dari Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor. Itulah semangat yang dapat dilihat oleh para peserta kali ini. Jarak bukan penghalang untuk memperolehi ilmu pelaburan saham sebenar dengan Remisier King Zamsaham. Kelas memang PENUH!
Di Kelas Advance Remisier King kali  ini juga pelbagai Isu semasa dan Strategi unik pelaburan berjaya dikongsikan oleh Remisier King Zamsaham. 
Dikongsikan juga beberapa contoh saham dinamakan Tragedi Saham sebagai panduan akan kesan membeli secara ikut ikutan tanpa sebarang usul periksa.
Remisier King Zamsaham juga memberikan juga perbezaan bagi potensi naik dan juga yang bakal turun. Kepentingan Entry strategy dan exit strategy juga dibuat.
Saham kajian semasa kelas kali ini antaranya merangkumi:
1.Efficient 0.30 masih sideways tapi kekal OK
2.Iris 0.295 tunggu 0.34 untuk meletop
3.Mpay 0.34..mungkin akan sideways.minggu depan.
4.Bonia 1.06 cash company ada RM70juta dan profit quaterly nampak stabil.
5.Saudee Burger harga atas 49sen baru sahaja bermula kenaikan.
6.Nestle bagaimana kesan trending ke RM70seunit
7.Alam Maritime sepatutnya jual masa harga RM1.40 itulah yg terbaik.
8.Saham MHB pun masih lemah
9.Saham cybert,dvm,nicorp,harvest dan ingenco adalah saham Virus.
Semua kajian direkodkan dalam Diary Invest Saham untuk memudahkan keputusan yang waras dibuat.
Beliau juga mahu melihat pelabur melabur bukan sahaja melabur untuk untung dari perbezaan harga tetapi lebih dari itu.
Para peserta juga diberikan latihan & kajian saham pada hari kedua yang perlu disiapkan untuk semakkan hari terakhir di kelas Advance Remiser King. Dengan kajian lebih saham agar para peserta lebih faham dengan menggunakan ilmu yang telah di sampaikan pada hari pertama dan kedua kelas.

Selesai kelas,pada para peserta dinasihatkan supaya meneruskan kajian mengikut turutan dengan tekun dan kosisten. Inilah yang dimaksudkan dengan Sabar. Sabar yang berusaha bukannya sabar dalam mengharap.Teruskan semakkan untuk dapatkan masa terbaik untuk menjual saham yang dibeli. SABAR dalam kajian itu adalah DUIT! Yang rajin sahaja dapat mengubah masa hadapan...Kami dari Team Zamsaham mendoakan ANDA para peserta Kelas Advance Remisier King 9 Mei-11 Mei 2015 berjaya dengan cemerlang dalam pelaburan saham dunia dan akhirat! Insya Allah.

Akhir sekali, jadikan Kelas Advance Remisier King ini satu permulaan untuk mengkaji saham-saham yang berpotensi naik dengan kajian trend di DIARY INVEST SAHAM. 
Pada yang terlepas peluang sebelum ini untuk mengikuti Kelas Advance Remisier King sudah boleh mendaftar di register.zamsaham.com untuk tarikh kelas 6,7 &8 Jun 2015 lokasi di Akademi Zamsaha, Kota Damansara. Hotline 013-7788048/012-7448843

Rahsia keajaiban saham sebenar Bersama Remisier King Zamsaham.

Sekian.

-Admin Nor Saham-


1 comments:

Kelas Advance Remisier King ini satu permulaan untuk mengkaji saham-saham yang berpotensi naik dengan kajian trend di DIARY INVEST SAHAM.

Nor Saham
May 12, 2015 at 10:38 AM comment-delete