TIPS SAHAM IRIS PANTUL JULAI 23sen (Updated 28-29sen) - IRIS dapat projek apa?
Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada semua pelabur saham sekalian,
Ini hari Raya ke-11 dan masih lagi dalam mood hari raya…Saya ucapkan
selamat berhari raya. Tahniah juga kepada yang dah kaut untung dengan 8
tips saham Pantul yang dikongsikan sebelum hari raya lepas. Kepada yang
terlepas membaca sila klik gambar 1 di bawah ni. Ada info juga kepada
yang faham jika harga berada atas 0.265sen.
Gambar 1 : Hasil kajian IRIS Berhad yang pernah dikongsikan sebelum ini.
|
Mungkin ada yang baca lampiran tips saham Update IRIS ini dan sempat
beli atau memang tak nak beli sebab faktor ‘persekitaran’ yang
negatif. Jangan jadi pelabur runcit yang suka beli apabila harga dah
bergerak pantas ke atas. Biasakan beli ketika harga ‘senyap’.
Kepada yang masih tidak tahu untuk membuat pembelian saham secara
online bolehlah sertai kelas Remisier King kerana anda bukan sahaja
diajar buat urusniaga saham tetapi diberikan amaran untuk tak main
‘bedal’ sahaja saham-saham call warrant ataupun saham yang TREND
UTAMAnya turun. Saya akan tunjukkan contoh-contoh saham yang TRENDnya
JELAS Turun di kelas nanti.
Berbalik cerita saham IRIS yang mula disenaraikan di Bursa Malaysia ini ada macam-macam business dan salah satunya adalah bina rumah guna IBS. Gambar 3: Paparan Muka depan wesite perumahan rakyat 1 malaysia. Boleh klik untuk maklumat lanjut. |
Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia yang dilancarkan oleh
kerajaan menggunakan teknologi IBS.Kalau diikutkan, IRIS dalam laman
webnya ada tunjukkan tentang penglibatan syarikat dalam penggunaan
teknologi ini secara meluas.Persoalannya,bolehkah IRIS dapat projek dari
Government ini?
Jikalau ikut track record, IRIS Corp Berhad banyak dapat projek dari
Kerajaan termasuklah pembinaan Projek Rumah Rimbunan Kaseh Felda dan
Projek-projek Keselamatan berkaitan teknologi yang lain.Tahun 1998
dahulu, IRIS adalah company yang buat semua kad pengenalan kita.Oleh
itu, kalau IRIS dapat projek ini, saya percaya akan ada kesan positif
kepada pendapatan syarikat seterusnya harga saham pun boleh naik semula
atas 30sen.
Dilaporkan IRIS pun ada buat Projek rumah Geheru Height di Papua New Guinea yang menggunakan teknologi IBS.
Gambar 4: Paparan Laman Website IRIS Corp Berhad yang mempunyai teknologi pembuatan rumah pantas IBS. Persoalannya, adakah IRIS Berhad dapat projek PR1MA? |
Gambar 5: Perkongsian cerita IRIS dari Alumni Kelas Advance Remisier King. Untuk makluman, Team Zamsaham akan update banyak info lebih awal di ruangan facebook tertutup ‘Zamsaham Private Client’. |
Sertai Kelas Remisier King yang akan diadakan bulan Ogos nanti untuk dapatkan latest update
berkenaan saham IRIS dan juga bagaimana membuat kajian semua saham-saham lain secara sendirian. (Hanya Bekas Student Kelas Advance Sahaja boleh sertai FB tertutup ini).
berkenaan saham IRIS dan juga bagaimana membuat kajian semua saham-saham lain secara sendirian. (Hanya Bekas Student Kelas Advance Sahaja boleh sertai FB tertutup ini).
Gambar 6: Pergerakkan carta saham IRIS Monthly
Chart yang menunjukkan harga saham sudah turun hampir setahun dari
kemuncaknya 60sen.
|
Sebelum ini harga 23sen dan jangkaan pantulan nampaknya benar-benar berlaku
dan sudah sampai keparas target 29sen. Sekarang harga belegar-legar
pada 0.285sen-29sen dan sedang mencuba untuk ke paras target berikutnya
pada 33sen.
Kenaikan Pantulan lebih mudah sebab sudah Oversold dengan kekuatan
kenaikan yang lebih baik untuk kali ini.Selagi harga mampu bertahan atas
0.265sen dan harga sekarang 0.285sen-29sen kekal menyerap semua
tekanan jualan, paras target seterusnya adalah 33sen.InshaAllah cerah
Naik.
Jika Kekal 33sen, Target ke-2 (rujuk carta di atas) saya menjangkakan
harga mudah untuk naik ke paras 56sen semula! Iaitu kenaikan 100% dari
harga sekarang! So, cuba tawar-menawar dan intai peluang sekarang.
Jika harga melepasi 56sen target seterusnya adalah 80-90sen dan bukan
mustahil mencecah RM1.00 jika syarikat dapat projek-projek lain.Syarat
yang paling utama company kena buktikan tahun 2015 syarikat boleh untung
dan tahun 2016 syarikat kena semakin untung. Selepas itu jangan
berangan hendak jadikan saham macam kasino beli pagi jual petang atau
hendak cuba-cuba kontra. Beli Saham ikut kemampuan dan Jangan
Kontra.Biasakan beli saham dan Simpan kerana potensi perniagaannya.Harga
saham mencerminkan potensi yang lebih awal kerana konsepnnya ‘Price
Discount everything’.Kepada yang dah beli, nanti AGM boleh datang dan
tanyakan sendiri dekat Director yang sudah dilantik akan
perkara-perkara berkaitan syarikat. Gunakan kuasa untuk tanya apa mereka
sudah buat dengan syarikat anda ini...Saham anda tanggungawab anda!
Kesimpulannya:
Saham IRIS sudah pantul dan dijangka masih ada potensi untuk terus PANTUL melepasi atas 33sen.
Target untuk beberapa tahun mendatang adalah RM1.00 dan saya kekal
positif sebagaimana kenaikan kali pertama tahun 2013 yang lepas. Sebelum
ini ramai yang berjaya beli pada harga terbaik dan semoga kali ini
menjadi lagi.
Apapun, Syarat kenaikan akan terbantut jika harga tidak dapat bertahan pada 0.265sen. Jika kekal, selamat IRIS untuk terbangggg!
(Temui saya bulan Ogos ini di Akademi Zamsaham bagi Kelas Advance Remisier King)
Pesanan:
- Buat Kajian sendiri dan semak sendiri kerana itu yang terbaik.
- Beli ketika harga baru bergerak naik.
- Jangan Terlalu ghairah membeli ketika semua orang sibuk membeli.
- Simpan Saham (selagi ada potensi dan Trend Menaik)
- Jangan Aggresif( banyak komisyen)
- Jangan KONTRA! (Jiwa tertekan)
Wallahualam, Bukan cadangan sekadar pandangan.
Zamsaham
Remisier King
# Beli saham bukan sebab harga saham semata-mata tetapi lebih kepada pemilikkan perniagaan.
(Harap maklum kami jarang update di blog ini tetapi MOHON LAYARI www.zamsaham.com untuk berita terkini. Sila tinggalkan emel tuan puan di www.zamsaham.com/subscribe untuk menerima update terus yang lebih pantas.)
1 comments:
Are you looking for free Instagram Followers?
Did you know you can get them AUTOMATICALLY & TOTALLY FOR FREE by getting an account on Like 4 Like?
Post a Comment