Kelas Advance Remisier King pada 8,9&10 Ogos 2015 di Kota Damansara berlansung dengan jayanya!

Alhamdulillah...Kelas Advance Remisier King kali ini berlangsung di AKADEMI ZAMSAHAM Kota Damansara mengumpulkan pelabur baru dan yang sudah berpengalaman.
Ada yang datang 'ulang' kelas advance bagi memantapkan lagi ilmu yang pernah dikongsikan sebelum ini agar lebih faham lagi kata mereka yang pernah hadir.
Yang baru pertama kali pula kata, rupanya ada cara nak beli saham, Saham tak haram dan ada yang patuh Syariah lagi. Baru faham. Dari tidak tahu kepada tahu inshaAllah Remisier King Zamsaham akan curahkan segala ilmu dan pengalaman beliau yang lebih 16 tahun berkecimpung dalam pasaran saham.
Para peserta juga diberi pemahaman berkaitan saham secara lebih terperinci dan membetulkan salah faham tentang pasaran saham sebelum ini. Sekurang-kurangnya dah ada 'SEBAB' untuk beli saham dengan betul.
Yang istimewanya datang ke Kelas Advance Remisier King ini juga ialah para peserta dapat mengkaji menggunakan Diary Invest Saham yang diperkenalkan oleh Remisier King Zamsaham untuk membetulkan strategi mengadap screen saham dari pagi hingga ke petang yang hanya menjanjikan lebih penat dari untung. Itu yang diberitahu melalui testimoni secara live mahupun bertulis.
Remisier King Zamsaham juga ada menjelaskan dengan FAKTA kepada para peserta JANGAN RISAU keadaan Pasaran Saham Bursa Malaysia yang seminggu dua ini dikaitkan dengan isu 1MDB, Ringgit Jatuh ,Pelabur asing keluar dan sebagainya. Semuanya telah dijelaskan di Kelas Advance Remisier King kali ini.
Jangan terikut-ikut dengan sentimen saham negatif yang ditambahkan dengan melihat harga saham yang MERAH semata-mata.
Dalam merah adalah peluang terhidang kepada yang hadir kelas Remisier King kali ini dan InshaAllah nampak potensi saham seperti 11saham yang dikaji di kelas kali ini antaranya:
1. Hovid 0.44
2. Idmension Berhad 0.13
3.Caely Bhd 0.50
4.Opensystem 0.38
5.Takaso 0.55
6.Comcorp 0.30
7.Trive 0.08
8.Latihan Ceo Dnonce Bhd
9.Latihan Ceo D&O Bhd
10.Latihan Ceo FLBhd 
11.Latihan Ceo Saudee burgerrr Bhd

Semoga 3 hari kelas belajar saham sebenar bersama Remisier King Zamsaham ini akan dapat dimanfaatkan dan menjadi pedoman terbaik para peserta kali ini sepanjang pelaburan di Bursa Malaysia. Ramai yang berjaya dapat 100% pulangan pelaburan dan bukan mustahil anda adalah testimoni seterusnya....
Niatkan belajar betul-betul dan bersungguh-sungguh untuk habiskan Diary Invest Saham  yang diberikan. Masukkan segala catitan sebelum sesuatu keputusan beli atau jual dibuat.
Ingat juga, jangan aggresif dengan saham kerana lagi aggresif lagilah mudah anda terperangkap dengan emosi dengan membeli dikala harga dipucuk dan menjual ketika harga berada pada terendah. (InshaAllah tak berlaku pada anda jika tidak ikut-ikutan)

Kepada yang terlepas peluang lokasi seterusnya adalah di Hotel Zamsaham, JB pada 22,23&24 Ogos 2015.
Info lanjut dan pendaftaran online di register.zamsaham.com
Hotline Pn Nor 013-7788048/En Halim 012-7448843

-Admin Nor Saham-



1 comments:

Semoga para peserta yang menghadiri Kelas Advance Remisier King berjaya dalam dunia pelaburan saham.Memang sudah ramai berjaya..semoga bertambah2 lagi kejayaan mereka..
Ada ilmu dan amalkan ilmu..inshaAllah berjaya..Aminn

Nor Saham
August 11, 2015 at 2:09 PM comment-delete