Sebelum orang lain Beli kami dah BELI...ketika orang lain belum JUAL kami dah jual..TERBAIKKK!

Salam Semua Pembaca Blog Zamsaham.

"Sebelum orang lain Beli kami dah BELI...ketika orang lain belum JUAL kami dah jual.."

Maksud kepada perkara diatas adalah untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya,kita perlu membuat keputusan membeli sesuatu saham ketika harga sedang 'senyap' tetapi berpotensi untuk NAIK. Mungkin ramai orang yang tidak tahu untuk membeli saham yang bakal naik secara pantas dalam tempoh 1-12 bulan pelaburan,tetapi tidak bagi team zamsaham.


Seperti mereka yang sudah datang kelas Full Basics to Advance Fenomena Saham akan faham apa yang saya maksudkan. Begitu banyak saham yang hendak NAIK lebih dari 10% dalam tempoh 1-12 bulan dan ada sesetengahnya bukan 10% tetapi lebih dari 50% dan ada juga yang lebih dari 100%

Anda boleh klik dan baca 'seketul-seketul' Gambar dibawah.Cari 3 maklumat berikut:
1. Apa yang anda faham dengan maksud "BELI dan KAJI EASTLAND 0.275?
2. Bila Tips Saham tersebut diberikan?
3. Bandingkan tips saham diberikan dengan berita yang dipaparkan dimedia. Mana satu lebih awal?

Gambar 1: Tips Saham  tidak dapat komen yang banyak itu sebenarnya yang bagus-zamsaham


Gambar 2:Carta kenaikan mendadak saham EASTLAND berhad dari bawah 30sen ke RM1.30sen!

1-Jika anda rujuk gambar 1 dan banding dengan gambar 2,anda pasti terkejut sebenarnya untuk tahu sesuatu saham akan NAIK bukanlah susah. Ini kerana Team Zamsaham sudahpun kongsikan tips kenaikan saham EASTLAND pada 16 Julai 2012.Ketika orang lain buat tak tahu..kami sudah 'nampak' potensi kenaikan saham EASTland ini.
2- Dalam diam-diam saham Eastland naik secara pantas sehingga mencapai kenaikan 400% pada 9 Julai 2013.Genap setahun dari masa tips saham dan pesanan untuk Simpan diberikan di Facebook Tertutup Zamsaham Private Client.
3.Ketika saham berada pada harga Rm1.30.Seluruh Malaysia bising dengan cerita kenaikan hebat saham ini dan terdapat FORUM-FORUM yang mengatakan anak Najib akan masuk kedalam syarikat Eastland. Mereka percaya untuk membeli berdasarkan khabar angin dan menjual apabila berita keluar!
4. Itu adalah teknik yang salah!..Membeli bukan lah berdasarkan khabar angin dan menjual bukan berdasarkan berita yang keluar,tetapi Belilah saham 'sebanyak' mungkin pada 'permulaan TREND dan juallah saham secara sedikit-sedikit pada perjalanan trend .Apabila majoriti  orang 'BISING' akan kehebatan TREND sesuatu saham maka ketika itulah kita menjual keseluruhan pegangan saham KITA!. TREND itu yang paling penting kerana diTRENDlah wujudnya emosi pelabur-pelabur yang kurang bijak untuk dijadikan REZEKI kepada yang faham
5.Maka sebab itulah kami di Zamsaham Private Client (ZPC) membuat panggilan menjual saham / SELL CALL ketika ramainya orang yang ghairah membeli pada harga RM1.20-RM1.30sen.Anda boleh rujuk bukti SELL CALL kami yang betul-betul berada pada harga pucuk  pada tarikah 9 Julai 2013.Senyumlah ahli ZPC kerana untung dan selamatlah dari terikut-rikut membeli saham berdasarkan emosi.
6.  TETAPI berita malang kepada orang yang ghairah membeli pada 9 Julai 2013, dan  percaya kepada teknik BELI berdasarkan khabar angin dan menjual berdasarkan berita tidaklah tepat kerana  awal-awal lagi sebelum berita keluar, harga sahamnya sudah pun turun mendadak. Hal ini lebih parah apabila berita 'penafian' anak Najib dalam Eastland keluar di media  pada 11 Julai 2013. Harga dari RM1.30 turun lebih 30% dalam masa 2 hari!

Gambar 3: Berita penafian anak Najib dalam saham EASTLAND Berhad 2 hari selepas Sell Call di buat di ZPC.

nota 1:Sebab itulah sering saya kongsikan, jangan percaya untuk untung dalam saham mesti kenal orang dalam atau sebagainya.Ini kerana kami di ZPC hanya kaji berdasarkan Diary Invest Saham sudah dapat 'detect' harga akan naik seawal setahun sebelum kenaikannya! * Allah Maha Adil..sebab itu kena ada ilmu.

nota 2:Sebab itu jugalah jangan melabur berdasarkan teknik karut iaitu beli saham berdasarkan khabar angin dan menjual berdasarkan berita yang keluar.Kerana silap langkah akan jadi macam kes Eastland ini yang membeli di pucuk dan  terperangkap kerana harga turun mendadak apabila berita negatif pula yang keluar!

nota 3Apapun,satu kelebihan kepada yang sudah ada pengetahuan kerana pastinya dapat masuk ketika orang lain tidak membeli dan dapat menjual ketika orang lain belum menjual!

"Itulah kuasa dan kelebihan mengkaji SEJARAH yang lepas-lepas dan percaya kepada konsep Price Discount Everything!"

Sekian,

Zamsaham
(Yuran Kelas Advance Fenomena Saham 100 kali lebih murah dari kerugian yang bakal ditanggung jika melabur tanpa pengetahuan dan PETA)

1 comments:

Kaji dengan Diary Invest Saham itulah jawapan terbaik!!1

October 17, 2013 at 12:02 AM comment-delete