26 Mei 2014- Bisnes Harian Metro Komen penswastaan MAS termasuklah kaitan Manchaster United
Harian Metro, Isnin 26hb Mei 2014 - Menurut Encik Norizam Binti Tukiman yang merupakan Presiden Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia (PPSMM) berhubung dengan penswastaan MAS.
Menurut beliau kerajaan perlu melepaskan seluruh pegangan saham yang ada di dalam Malaysia Airlines System (MAS) kepada pelabur baru. Biarkan perniagaan diuruskan oleh orang perniagaan dengan langkah penswastaan adalah lebih baik kerana kerajaan tidak perlu menanggung beban kerugian yang sepatutnya sudah lama pun dilepaskan.
Terkini, MAS rugi lagi RM443.4 juta pada suku pertama di mana insiden MH370 dilaporkan memberi kesan dramatik kerugian terbabit berbanding kerugian RM278.8 juta dalam tempoh sama tahun lalu.
Kesannya, harga saham MAS merudum ke paras terendah 17 sen pada awal dagangan 19 Mei 2014 yang lalu, mengakibatkan kerugian modal pasaran sahamnya melebihi RM1 billion berbanding harga sahamnya pada Januari 2014.
Sudah tentu, kerugian yang paling besar adalah Khazanah Nasional Berhad, sebuah syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia yang juga pemegang saham terbesar MAS dengan pegangan 69.3 peratus kepentingan.
Pelbagai usaha dilakukan kerajaan termasuk menyuntik dana melalui penebusan semua ‘Right Issue MAS’ dengan nilai suntikan modal tambahan RM2.1 bilion dua tahun lalu.

Suntikan modal ini bukan kali pertama sebaliknya kali ketiga selepas 2010 dan 2007.
Nampaknya berbilion dana suntikan tidak merubah arah tuju perniagaan MAS daripada rugi kepada keuntungan yang stabil.
Jangan disalahkan persaingan dan jangan juga disalahkan harga minyak mentah dunia yang mahal menyebabkan kerugian MAS.
Kita ambil contoh mudah kekalahan Manchester United (MU) bukan sebab kurang sokongan peminat, tetapi mungkin besar berpunca dari silapnya percaturan strategi selepas pencennya orang kuat MU iaitu jurulatih Alex Ferguson.

Hal yang sama mungkin berlaku pada kepimpinan MAS sekarang yang memerlukan kepimpinan tokoh korporat sehebat Tan Sri Tony Fernandes yang membeli dan berjaya mengubah syarikat AirAsia yang rugi RM40 juta pada tahun 2001 kepada syarikat penerbangan tambang murah nombor satu dunia sekarang ini.
Di sini bukan bermaksud, MAS perlu diswastakan kepada Tony, tetapi sudah sampai masanya diswastakan sepenuhnya kepada tangan ahli korporat Melayu berkelayakan dalam memulihkan perniagaan dengan matlamat perjuangan fardu kifayah.
Mungkin sentuhan Islamik sekecil berpakaian Muslimah kepada semua pramugari memberikan nilai tambah hebat kepada jenama MAS.
Kejayaan dan kegagalan bukan terletak kepada keadaan semata-mata, tetapi kepada perancangan strategik kepimpinan yang ada dari seluruh aspek luaran dan dalaman perniagaan MAS yang sememangnya diakui mencabar tapi bukanlah mustahil untuk dijayakan.

Sebuah syarikat yang bagus akan dikendalikan oleh kapten yang bagus.
Dalam kes MAS, seorang ketua pegawai eksekutif yang sehebat manapun pasti tidak dapat menjalankan tugas dan perancangan hebat jika tidak mendapat sokongan padu dari seluruh warga kerja MAS.
Kesatuan sekerja MAS perlu dikawal dengan fokus kepada mutu dan kualiti kerja.
Hanya pekerja yang cinta dan selari dengan matlamat dan visi pengurusan tertinggi pastinya akan memberikan kejayaan mengubah semula MAS yang malap ke tahap zaman kegemilangan MAS pada era 80-an dan awal 90-an.
Ada laporan yang mengatakan keadaan MAS yang semakin kritikal sekarang dipercayai menyebabkan semakin banyak bakat-bakat terlatihnya termasuk kru, juruterbang dan juruteranya beralih ke syarikat lain kerana syarikat penerbangan itu gagal memberi faedah dan gaji diharapkan.
Untuk menarik balik ‘semangat’ pekerja yang adalah tulang belakang jatuh bangun sesebuah perniagaan, MAS perlu segera diselamatkan dengan rombakan baru yang biasanya lebih mudah berjaya jika penswastaan dilakukan.
Sama ada kerajaan dan sebahagian pekerja MAS suka atau tidak, kita perlu pertimbangkan mengenai penstrukturan semula termasuk pilihan penswastaan ini.
MAS sudah lama beroperasi dan sudah macam-macam percubaan dibuat untuk kembali menjana keuntungan, tetapi gagal.

Saya percaya penswastaan adalah sesuatu yang positif kerana selagi syarikat itu berkaitan kerajaan, haknya untuk membuat keputusan adalah terhad.
Tindakan pelupusan pegangan saham MAS oleh Khazanah Berhad perlulah dibuat segera sebagaimana yang sudahpun dibuat pada PROTON Berhad, Pos Malaysia Berhad dan TIME Engineering Berhad.
-Admin Nor Saham-
2 comments:
Saya setuju dengan penswastaan MAS
Penswastaan MAS boleh mengurangkan beban kerajaan kita.
http://www.sahaminvestment.com
Post a Comment