APA AKAN JADI DALAM MASA TERDEKAT?
BERDASARKAN TEORI PUTARAN SAHAM ZAMSAHAM
• Maklumat suratkhabar menggambarkan Pasaran Saham akan naik lagi-Rujuk Berita Harian Bahagian Business-UBS Bank mengunjurkan kenaikan 10% pasaran saham pada tahun Hadapan
• Maklumat dari Bloomberg-Seorang pakar mengatakan kegawatan ekonomi Malaysia Sudah berakhir.
• GDP Malaysia disemak semula oleh pakar-pakar ekonomi Malaysia seperti:
"Ada kewajaran bagi kerajaan menyemak semula pertumbuhan ekonomi negara kepada 3.5 peratus bagi 2009 berikutan penyusutan pendapatan syarikat akibat penurunan harga eksport komoditi utama negara, kata Datuk Muhammad Salleh Majid hari ini ulasan dari pembentangan belanjawan untuk tahun 2010."
• Pelabur baru ramai buka akaun CDS
• Apek-apek dan Ahso dah ramai datang.Termasuk Presiden Persatuan Skudai Villa dengan yakin membeli saham dan simpan.
• Peserta Bengkel Jutawan Saham ada peserta yang umurnya 60 tahun.(Umur tua menunjukkan mereka adalah pelabur konservatif,dan hanya membuat pelaburan dengan mempercayai maklumat dari suratkhabar)
• Pelabur runcit terlalu yakin disebabkan untung kontra.
• Terdapat dana amanah saham baru dilancarkan.yang terbaru dari HLFG viatnam Investment Fund.-Dalam keratan akhbar The Star 28/11/09 iklanya menyatakan sudah untung 80 percent dan mengikuti trak rekod pelaburan di China.
• Ramai orang berebut-rebut membuka akaun cds dan takut terlepas peluang untuk turut sama mengaut keuntungan pelaburan.(Kawan-kawan mereka yang selalu memerhatikan pergerakan harga saham memberitahu mereka inilah masa yang paling sesuai untuk membuat pembelian.Mereka tidak boleh membuat pembelian akibat sudah rugi contra ataupun duit sudah habis beli saham yang mahal dan tidak terfikir untuk switch ke saham lain)
• Skandal korporat seperti LCL Bhd dilaporkan.Project di singapura ditamatkan lebih awal.Pengarah syarikat bergaduh,replacement of director dan penjualan saham secara besar-besaran oleh pengarah.Saham LCL pernah mencapai RM3.96 dari harga RM0.50 sahaja.
TEORI ZAMSAHAM:APABILA RAMAI BERANGGAPAN TIADA PENURUNAN BERLAKU SEBENARNYA ITULAH TANDA MARKET HENDAK TURUN.
KESIMPULANNYA:pembetulan pasaran pasti berlaku,ingat apabila ramai pelabur runcit berfikiran positif,maka inilah masa 'tangan ajaib'melepaskan pegangan saham mereka(walaupun mereka sudah menjual secara sedikit-demi sedikit tanpa kita sedari)
0 comments:
Post a Comment