MASALAH DUBAI & TANGAN AJAIB
Pada 30 November 2009 Pasaran hadapan turun hampir 20 point dan naik semula pada jam 10.30 pagi.Pada jangkaan saya ramai orang yang mengambil kesempatan atas penurunan ini.walaupun sebenarnya ini adalah teknik yang silap!.Penurunan ini disebabkan oleh laporan kegagalan syarikat hartanah Dubai membayar pinjaman dengan bank.Antara syarikat tersebut ialah Nakheel Dubai Waterfron yang penyata setengah tahun 2009 rugi sebanyak 3.6 Billion US atau 10Billion Ringgit.
Pandangan Zamsaham akan Masalah di DUBAI:
Pada hemat saya,pembangunan secara mendadak semacam dirancang oleh sekumpulan yang inginkan Dubai menjadi pusat hartanah termaju dunia.Bermacam yang dirancang sehinggakan Pulau pun hendak dibinanya,dan pelbagai pembanguanan terbesar tertinggi di dunia.Ini pastinya mewujudkan perasaan bersaing sesama ahli perniagaan di Dubai.Oleh itu,ahli perniagaan akan berlawan sesama sendiri untuk melihat siapakah yang lebih hebat.
Pada awalnya mereka(Orang Dubai) yang membina semuanya,tetapi kesan dari kegawatan ekonomi projek tidak dapat diteruskan akibat permintaan pembelian hartanah yang kurang.Hutang yang dibuat dalam bentuk Bond harus dibayar mengikut masa perjanjian.(Kebanyakkan projek mega di Dubai bermula dari tahun 2001).Projek yang sudah berjalan dengan pinjaman yang mencecah berbillion harus diteruskan.
Maka,apabila krisis kegagalan membayar hutang berlaku,kebiasaanya hutang korporat akan disusun semula dengan pertukaran saham.Projek yang asalnya dibiayai dalam bentuk bond pastinya akan ditukar dalam bentuk ekuiti atau saham pemilikan hartanah mega ini.Bermaksud, tangan ajaib’ sudah berperanan besar dalam menentukan hala tuju negara Dubai Ini.Lagipun Dubai lebih dekat sedikit dengan Israel dan muka buminya lebih selesa diduduki oleh mereka-mereka’ ini berbanding di Eropah dan Amerika Syarikat.
Harus diingat setiap kali kegawatan ekonomi akan ada satu pihak yang akan meraih keuntungan!
2 comments:
bro check this out...
Dubai Asks Zionist Rothschild Help With $10B Fund
http://pakalert.wordpress.com/2009/04/08/dubai-asks-zionist-rothschild-help-with-10b-fund/
aku rasa yang akan duduk kat pulau tu nanti geng-geng yahudi... the hidden has show their face!!!
Post a Comment