MALAYSIA KALAHKAN SINGAPURA!
Suatu tajuk yang pasti ramai orang suka.
1.Saya adalah peminat setia pasukan bola sepak Malaysia.Antara perlawanan yang ditunggu adalah perlawanan menentang Singapura.Walaupun Malaysia masih belum cemerlang dari Tangga FIFA,tetapi perasaan begitu bangga jika pasukan Malaysia berjaya menewaskan Sinagapura!
2.Dari aspek ekonomi,walaupun kita mempunyai sumber kekayaan hasil bumi yang banyak tetapi kita masih tewas dan kurang dikenali diperingkat antarabangsa berbanding Singapura.
3.Tetapi kini Malaysia pasti mampu menandingi Singapura dalam masa beberapa tahun yang akan datang.
4.Diantara faktor -faktor yang biasanya dipakai oleh pakar ekonomi bagi mengambarkan kemajuan adalah :-Kadar Keluaran Negara Kasar naik GDP naik,Export data meningkat,Kadar cukar yang stabil,Kadar gaji meningkat,Peluang pekerjaan banyak,Business naik,Suasana pelaburan yang kompetitif,pelabur asing ramai datang ke malaysia.Manakala pasaran saham menjadi semakin rancak!
5.Atas dasar apa Malaysia boleh maju menandingi Singapura? Saya menjangkakan ini akan berlaku kerana....RATA-RATA MALAYSIA MEMPUNYAI RAMAI RAKYAT YANG BERUMUR 40 TAHUN KEBAWAH.Kalau anda perasan kemana anda berjalan ramai muda - mudi yang anda akan jumpa.Ini kerana Malaysia mempunyai kadar kelahiran yang sentiasa tinggi(dalam peratus) berbanding Singapura.Bahkan suatu masa dahulu pernah kerajaan Singapura mengawal kadar kelahiran rakyatnya.Sekarang negara yang sedang mengawal kelahiran bayi,adalah negara China.Satu orang bayi untuk satu keluarga.Saya menjangkakan ini akan memberi kesan buruk dalam masa 25-35 tahun yang akan datang.
6.Generasi muda ini adalah pemangkin kepada pencorak dan peluang pekerjaan.Jika ramai orang berumur 55 dan ke atas mana mungkin mereka boleh seligat atau sekuat semasa muda dahulu.pastinya anak-anak penyambungnya.Jika anak tidak ramai,macam mana? siapa mahu kerja? siapa nak jadi ketua-ketua jabatan? siapa nak main badminton jadi juara dunia? siapa nak panjat gunung everest? dan paling utama siapa yang hendak main saham .Ini kerana kita perlukan ramai pelabur,lagi ramai lagi menarik pasaran saham.Pasaran akan rancak.Ada kecairan.
7.Oleh yang demikian,faktor nisbah orang muda yang ramai ini akan mampu mengubah segala indikator asas penunjuk kemajuan ekonomi Malaysia.Lihat dan InsyaAllah Malaysia akan lebih kenali berbanding Singapura dalam tahun-tahun mendatang.Mana tahu, kita mungkin akan merasai zaman kegemilangan Melaka cuma zaman dan keadaannya berbeza.Paling tidak pun selewat-lewatnya tahun 2020.Suatu idea Dr Mahathir.
Kesimpulannya,anak ramai bukan sahaja mendapat rahmat untuk suami isteri,tetapi untuk ekonomi secara keseluruhannya.So,jagalah dan didiklah anak baik-baik.
Sekian,
Zamsaham.Johor Bahru. 9.00 am
0 comments:
Post a Comment