PANIK ATAU RELAX?

Salam Semua, Pasaran Saham nampaknya sudah mula menunjukkan 'votality' yang sedang meningkat naik.Ini bermaksud, kebanyakkan pelabur dalam keadaan 'confuse' dengan pasaran saham.Ada sesetengah kata mahu naik, disebabkan fundamental ekonomi yang sedang pulih.Dan sesetengahnya pula berfikiran pasaran sudah sampai puncak dan akan berlaku pembetulan kerana indeks Bursa Malaysia naik dari sekitar 840 mata pada bulan 3 2010 sehingga 1300 mata ketika ini. Masalah yang dihadapi. Apabila pasaran macam ini adalah baik bagi pelabur melihat kepada charting daily trend..Jual apabila sudah ada perubahan kepada trend .Jangan melihat carta atau pergerakan 'intraday'.Anda akan rugi atas keuntungan yang anda buat selama ini,rugi masa,dan rugi yang paling teruk iaitu--EMOSI YANG TIDAK STABIL. Take A Break! Ingat! apabila kebanyakkan orang panik ...biarkan.Saham akan turun menjunam..Beli hanya apabila kebanyakkan pelabur sudah betul pesimif akan sesuatu saham...dan buat pembelian ketika harga mendatar dan bantai cukup2 apabila sudah ada Golden Cross. Jangan buat pembelian walaupun pada pandangan anda harga sudah murah,kerana harga boleh lagi murah dan sebaliknya ketika harga naik. Saya percaya kepada bekas peserta ceramah saya,akan faham apa yang saya maksudkan. "RISIKO HANYA AKAN ADA APABILA KITA TIDAK TAHU APA YANG AKAN BERLAKU" zamsaham 3.46am Isnin 25 Jan 2010

0 comments: