MENGAPA SAHAM TURUN?

Salam Semua... Mengapa Saham Turun?! Ini antara soalan yang biasanya bermain dalam kotak pemikiran pelabur.Apabila pasaran turun mereka akan cuba mencari jawapan mengapa saham turun.Mungkin ada yang kata disebabkan oleh 'China Economic Bubble' dan Masalah Ekonomi US yang masih tidak selesai.Benar pasaran turun atas sebab 'logik' yang digembar- gemburkan oleh media utama.Tetapi sebenarnya,maklumat ini adalah maklumat yang sudah dirancang waktu penyebarannya! Mungkin anda tidak faham apa yang saya maksudkan: Ambil contoh,jika anda ingin berkahwin.Maklumat pertama sudah tentu pasangan anda-->diikuti dengan pembincangan keluarga yang menetapkan tarikh pertunangan dan pernikahan dan hal2 berkaitannya-->selepas itu barulah buat kad jemputan dan sebar ke semua orang...ini bermaksud kad jemputan kahwin hanyalah diterima selepas semua orang dalaman tahu. Ingatlah setiap maklumat baik atau buruk sudah ditapis oleh bermacam 'level' yang ada. "dalam dunia saham,setiap berita buruk yang datang anda harus mengangapnya berita baik" Begitu juga dalam masalah berkaitan skandal ekonomi..pastinya ditapis oleh akauntan dahulu.Jika berita negatif dia jual dulu..bos2 sudah tentu..lepas itu berita sampai ke wartawan..wartawan pula jual..sampai ke editor,editor jual saham dia..sampai ke kilang cetak atau ke pemberita..mereka pun jual saham mereka..ketika anda dapat maklumat...hanyalah selepas semua orang2 besar jual..(mereka bukan bodoh untuk mengeluarkan berita buruk ,baru jual saham mereka) anda jual, mereka beli. sebenarnya jika anda kaji semua tanda penurunan sudah ada seperti: 1.Pelabur Runcit sudah menunjukkan kenyakinan tinggi akan pasaran 2.Banyak Pakar Ekonomi Menyatakan GDP akan disemak semula. 3.IPO baru Banyak dilancarkan. 4.Media Melaporkan pasaran sudah melepas 1 trillion Ringgit. 5.Semua orang bergembira atas keuntungan kontra yang dibuat 3-4 bulan yang lepas. 6.Dana Unit trust banyak dilancarkan. 7.Saham-saham disemak semula target price nya. Ini adalah sebahagian dari faktor-faktor yang membuatkan keyakinan pelabur untuk memasuki pasaran saham.Seringkali mereka tersilap dengan memasuki pasaran apabila ianya sudah hampir sampai puncak.Sebenarnya,ketika anda membeli,TANGAN AJAIB melepaskan pegangan mereka. Berita sesuatu event yang tidak baik yang diumumkan oleh media serata dunia hanyalah bertujuan menghalalkan penurunan pasaran saham.Ini supaya mereka dapat membeli semula pada harga rendah... Pelabur perlu memahami putaran saham.Kejayaan anda membaca emosi pelabur lain? dan bertindak sebaliknya boleh menguntungkan anda dalam pelaburan.Ini kerana saham dan emosi adalah berkait rapat.Teori fundamental hanyalah untuk menyokong logik akal kita dalam keputusan pembelian dan penjualan saham... Percayalah, pasaran akan naik semula apabila pelabur sudah mula berfikiran 95% negatif akan pasaran...pasaran mendatar...dan naik semula tanpa adanya berita yang menyokong kenaikan ini...Pasaran naik...berita berkenaan pasaran keluar...anda beli..rugi lagi... SINDIKET INTERNATIONAL DAN SINDIKET RETAILER. Satu masa dahulu saya ada membincangkan berkenaan jenis sendiket.Hari ini saya akan merungkaikan golongan sendiket pula. Di dunia saham yang penuh dengan tipu daya ini,terdapat 2 jenis sendiket besar.Satu bersifat global dan satu lagi bersifat local. 1.Yang global ,mereka akan berspekulasi saham-saham berwajaran tinggi. 2.Yang local,mereka akan bermain saham-saham yang modal pasarannya kecil. Sebab itu anda melihat indeks naik,tetapi saham kecil tidak naik.Begitu sebaliknya,indeks turun saham kecil naik...hahaha...mereka mempermainkan ramai pelabur diluar sana tanpa kita sedari. Saya akan sambung bahagian teknik mengawal emosi yang tidak sempat ditaipkan untuk tatapan semua. Sekian zamsaham,OSK Investment Bank.6.35 pm

0 comments: