BERSIAP SEDIAKAH ANDA UNTUK MENJADI JUTAWAN?

Seringkali kita mendengar orang berkata 'Siap sedia menghadapi kegawatan, siap sedia menghadapi hari susah".Tetapi hari ini anda perlu bersiap sedia untuk menjadi kaya raya atau jutawan. Ini kerana pernahkah anda mendengar orang menjadi lupa daratan bila menjadi kaya. Tidak kenal kawan sekampung, tidak lagi tahu menghormati orang yang sudah banyak berjasa seperti ibu bapa,rakan seangkatan dan sebagainya. 1.Pernahkah anda mendengar ada orang menjadi 'gila' apabila mendapat RM3 juta hasil menang nombor ekor.Cerita yang saya dengar dari salah seorang pekerja saya ini ( ada 11 orang pekerja) tidak termasuk pekerja ladang sawit. Dia menceritakan si pemenang RM3 juta tadi tidak menyangka nombornya bertuah. Banyak lagi cerita yang pelik-pelik apabila menang wang hasil nombor ekor. Cuba anda selidiki cerita saya ini dan kongsikan jika ada.

2.Pernahkan anda mendengar cerita artis yang lupa diri apabila menjadi terkenal? Tidak mengaku ada isteri,tidak mengaku ada suami, berasal dari orang susah.Mereka semua sanggup menidakkan latar belakang diri sendiri termasuk sejarah keluarga akibat dari kejayaan yang dikecapi.

3.Paling tidak pun pernahkah anda menonton atau mendengar cerita "Si Tanggang yang disumpah oleh ibunya menjadi batu!"Si Tanggang lupa asal usul diri sendiri dan hasil berkat doa ibunya,dia menjadi senang dan dapat berkahwin dengan puteri Raja. 4.Maksud yang ingin dikongsi bersama, sebagai manusia yang lemah kita perlu bersiap sedia dengan melakukan perancangan dan strategi sebelum menjadi jutawan dan hartawan. Lagipun, ini sebenarnya suatu teknik yang saya percaya akan menggerakkan minda separa sedar anda untuk merancang ke arah menjadi jutawan. 5.Ini kerana menjadi jutawan bukanlah susah,yang paling susah, mengekalkan kekayaan dan menghindari hinaan dari orang sekeliling.Percayalah, 'Hidup kaya pun susah, Hidup susah pun susah'. Tetapi itu semua tidak penting, kerana yang lebih penting adalah kebahagiaan. (Biar seseorang itu jahat, asal tahu dirinya jahat) Zamsaham

0 comments: