MATAHARI TERBIT DARI MANA?
1.Dalam dunia pelaburan pasaran saham,anda dikira pelabur bijak jika dapat mengetahui apa yang akan naik.Tekniknya bukanlah suatu rahsia, anda hanya perlu mencari yang paling kurang diminati dan dibualkan kerana itulah yang akan naik nanti.
2.Dalam mencari pasaran saham negara manakah yang akan mengalami kerancakkan dalam masa mendatang, saya menjangkakan pasaran saham Jepun. Di Malaysia pasarannya Bursa Malaysia,di Jepun pula dikenali sebagai Nikkei 225.
3.Pelabur hari ini terlalu menumpukan kepada pasaran China. Memang betul pasaran China akan mendominasi trend turun - naik , pasang surut pasaran negara Asia.Tetapi pelabur tidak seharusnya melupakan kuasa ekonomi yang begitu dekat dengan Malaysia, iaitu Jepun.Pelabur satu dunia harus melihat potensi dari negara matahari terbit ini.
4.Hanya sekadar ulasan Nikkei 225. Pasaran Jepun pernah mencapai 40,000 mata pada tahun 1989 tetapi turun terendah dalam tempoh 27 tahun pada tahun 2009.Hampir 70% saham di Nikkei 225 masih lagi rendah jika dibandingkan harga 20 tahun dahulu.Diantara punca utama kegawatan ekonomi Jepun adalah disebabkan oleh masalah ‘real estate bubble' yang sama berlaku seperti di Amerika baru-baru ini.Untuk pengetahuan anda, negara Jepun dan Amerika adalah kawan baik.Dan saya tidak teragak-agak untuk namakan mereka ini adalah Mafia utama dalam pembentukkan sistem kewangan dunia. Bapak mafianya pula adalah Israel, yang hanya mengatur disebalik tabir dan sistem yang direncanakan.
5.Tahun 2010 pasaran Tokyo adalah pasaran terpantas naik setakat ini.Walaupun begitu masih lagi dikira termurah dan paling tidak diminati/digemari oleh pelabur/spekulator satu dunia.
Atas alasan apa Mr zamsaham katakan saham Jepun akan naik?
1.Politik Jepun dalam proses untuk disusun semula. Yukio Hatoyama Perdana Menteri yang baru dilantik ini pasti akan buat sesuatu yang ‘canggih’ untuk pasaran Jepun.
2.Jepun antara negara yang yang mempunyai ‘cash surplus’ tertinggi didunia.Kita akan lihat rakyatnya akan main saham semula.
3.Selepas untung di Amerika, mereka akan memasuki negara Jepun dan memanipulasi di Jepun pula.Yang menariknya, Spekulator/International Fund Manager/Hedge Fund akan menaikkan pasaran saham Jepun dan dalam masa yang sama di negara serantaunya. Ini termasuklah Malaysia,Thailand,Indonesia dan Singapura.
Ini adalah jangkaan apa yang akan berlaku pada pasaran Jepun dalam tahun-tahun mendatang. Adalah mustahil negara Jepun dibiarkan oleh bapak Mafia(Israel) untuk terus diambang Deflasi. Deflasi bermaksud:barang banyak dikeluarkan tetapi wang didalam pasaran kurang. Apabila wang kurang, nilai duit akan bertambah.
Zamsaham. Serangoon Singapore 2.30pm
3 comments:
Sudah pasti lepas ini akan memberi kesan kepada pasaran Asia dan serantau... time to take advantage...
orite...next millionaire in the making through share market industry.
orite...next millionaire in the making through share market industry.
Post a Comment