CUT LOSS STRATEGY(system jual,bila harga turun berapa %)..TEKNIK SENGAL

Dengan suasana pasaran saham yang turun naik,adalah penting pelabur mempunyai sistem di dalam pelaburan.Ini kerana tanpa sistem yang berkesan adalah sukar dalam menjana keuntungan berkekalan dalam pasaran saham.
  1. Ramai yang menggunakan teknik ' cut losses' position didalam trading mereka.Untuk saya,sebenarnya teknik ini adalah teknik yang boleh memerangkap diri sendiri didalam 'emosi' yang tidak stabil.
  2. Baru-baru ini,saya ada baca sebuah buku yang mencadangkan JUAL apabila 30% return naik/lebih atau cut loss jika harga saham turun 10% turun.
  3. Pada pandangan saya, ini adalah antara kesilapan utama pelabur runcit.Teknik cut loss seperti ini akan menjahanamkan anda!Tiada istilah cut loss dalam teknik zamsaham.Teknik cut loss adalah untuk orang yang tiada sistem dalam pelaburan mereka.
  4. Kalau ikut banyak buku diluar sana..mereka ajar "let the profit run and cut it short"..Betul, cuma saya hendak anda fikirkan sejenak apa yang saya ingin sampaikan dengan melihat carta dibawah.(pelabur runcit suka masuk dan beli saham di kemuncak harga di setiap kali 'wave)'
  5. Contohnya begini:Bayangkan selepas anda membeli sesuatu saham pastinya anda mengharapkan harganya naik. Tetapi sebaliknya berlaku, harganya turun 10%..dan anda pun jual (10% cut loss strategy) Tetapi selepas jual, saham tadi naik semula.Contohnya anda beli RM1.00,tiba-tiba harga nya turun RM.90sen... anda pun jual.Malangnya,selepas anda jual, harganya naik semula ke paras RM1.00.Bertambah malang dan kecewa, saham yang telah dijual tadi naik mendadak sampai 2-3 ringgit.
  6. Pasti ,ramai pelabur diluar sana akan memahami apa yang saya maksudkan.Selepas anda jual,harga saham naik,..naik lebih tinggi dan tinggi lagi.
  7. Saya berikan contoh saham kategori 'rubber' seperti Supermax Corporation Bhd .Melalui pengalaman saya,pelabur biasanya akan masuk pada harga yang dirasanya sudah tinggi.Ambil contoh diatas,anda masuk pada harga RM1.70 pada 28 April 2009.Selang beberapa hari, harganya turun ke RM1.50..Jika anda ikut teknik "Cut loss 10% strategy sudah tentu anda mesti jual saham ini.
  8. Alangkah sayangnya,tidak lama selepas itu harganya naik sampai RM3.00.Anda pun beli balik saham ini akibat marah dan dendam.Tetapi malang selepas beli harganya turun sehingga RM2.75.Anda panik dan jual.Tidak lama selepas itu harganya naik RM5.00.(Jika tidak faham,sila rujuk carta diatas)
  9. Pastinya,jika anda sudah kenalpasti arah trend menaik saham yang dibeli,janganlah applykan percentage cut loss strategy in kerana ianya memang sengal.

FAKTA KESILAPAN PELABUR

  • Percaya pada teknik cut loss(So carilah arah major trend dahulu)..kalau salah wajib cut loss!!
  • Beli semula saham yang sudah dijual pada harga yang lebih tinggi dan jual semula pada harga yang rendah.(Pelabur runcit suka masuk pada harga kemuncak 'wave')
  • Tidak mencari sistem dalam pelaburan.
  • Beli pakai rasa-rasa dan terelalu percaya pada Tips.
  • Jika anda fikir sesuatu saham itu tinggi,anda sebenarnya silap,kerana harganya boleh tinggi lagi.Begitu juga sebaliknya,harga yang disangka sudah rendah,boleh menjadi lagi rendah

9.Jadi, apa yang ingin dikongsikan adalah jika anda ada sistem dan teknik yang betul sebenarnya anda tidak perlu panik atau gelabah dengan memikirkan adakah harga saham anda akan turun 10% atau tidak.Ini kerana 90% pelabur gagal dalam pelaburan disebabkan tiada sistem dan teknik dalam mengawal emosi ketika melabur.

10.Kesimpulannya,masuk pasaran hanyalah anda tahu kemana arah pasaran.Jika anda sudah kenapasti arah pasaran,masuklah at the posibble entry dengan menggunakan intraday chart.Untuk pasaran saham,dapatkan support level yang sesuai.

Apabila pembelian sudah dibuat,hold/simpan sahaja saham yang dibeli sehingga ada tanda perubahan kepada arah 'major trend' saham tersebut.Maka dengan itu, cut loss strategy (System jual berapa peratus harga turun) pastinya tidak perlu diaplikasi.Ingat kenalpasti trend adalah penting,kerana ianya rakan baik anda!

Sekian..

ZAMSAHAM JB

10 comments:

Ye... ini adalah teknik sengal seperti sengalnya kepala lutut aku setiap kali tengok harga kaunter macam nak junam tapi tak junam pun.

Anonymous
February 24, 2010 at 3:31 PM comment-delete

Orite...ada satu lagi teknik yang 2 kali lebih sengal,iaitu percaya simpan saham untuk jangka masa panjang.Saya akan huraikan nanti.InsyaAllah.

February 24, 2010 at 5:32 PM comment-delete

salam,

dah tue bagaimana kalau harga saham tu menjunam gila sebagai contoh AEM bila time turun 1.07..pastu turun lagi 1.03 hold punya pasal akhirnya jual pada 0.82.tapi esoknya lagi teruk jadi 0.70..bleh sifoo tunjuk ajar..kalau berhadapan dgn situasi mcm ni??

Anonymous
February 25, 2010 at 9:25 PM comment-delete

1.Masuk kena ada system,jual pun ada system.
2.Maaf,Orang yang masuk pada 1.07 sebenarnya adalah orang yang tiada system dalam pelaburan dan kurang mahir dalam membezakan saham permainan sediket.
3.Kepada yang sudah mempelajari Teknik Zamcross dan Total zamcross Daily SELL signal sudah ada pada RM1.26sen pada tarikh 9 feb 2010.
4.Kepada yang paham ,mereka pasti tidak sentuh kaunter ini dan tidak akan beli pada harga yang anda maksudkan.
4.Selepas jual,biarkan harga turun dan jangan masuk selagi tiada buy signal.
5.Just untuk info.Ini adalah saham sendiket!
6.Anda pastinya tidak datang ke bengkel saya lagi.Datanglah,..boleh sama2 belajar.

February 26, 2010 at 12:53 AM comment-delete

Kena tengok signal dan indicator pada charting baru tau sesuai jual atau tidak. Kalau dah ada petunjuk "dead cross" baru boleh jual..

Kena datang bengkel baru tau apa tu "dead cross" dan "zamcross"

February 26, 2010 at 4:47 PM comment-delete

salam,
terima kasih kerana mempelawa saya untuk join bengkel.insyaallah satu hari nanti saya akan datang juga bengkel ni.buat masa ni terus terang saya katakan saya dah broke..semua saham saya dah stuck.saya beli IRIS,AWC,Penta,pphb,amtek,pruden,time semuanya akan rugi kalau saya jual sekarang..saya dah habis 11k kat kaunter2 ni.AEM saja saya dah rugi 1k..asalnya saya untung jadi ghairah itu yg beli kaunter2 ni..jadi apa yang patut saya buat?ada tak cara paling mudah untuk selesaikan masalah saya ni..aduii tolong laa.

ada tak kaunter yg boleh bagi untung cepat untuk cover duit yg dah loss so bleh la pi bengkel cepat2..hehehe..harap sudi membantu saya.tq..

saiful

February 26, 2010 at 7:04 PM comment-delete

salam,
terima kasih kerana mempelawa saya untuk join bengkel.insyaallah satu hari nanti saya akan datang juga bengkel ni.buat masa ni terus terang saya katakan saya dah broke..semua saham saya dah stuck.saya beli IRIS,AWC,Penta,pphb,amtek,pruden,time semuanya akan rugi kalau saya jual sekarang..saya dah habis 11k kat kaunter2 ni.AEM saja saya dah rugi 1k..asalnya saya untung jadi ghairah itu yg beli kaunter2 ni..jadi apa yang patut saya buat?ada tak cara paling mudah untuk selesaikan masalah saya ni..aduii tolong laa.

ada tak kaunter yg boleh bagi untung cepat untuk cover duit yg dah loss so bleh la pi bengkel cepat2..hehehe..harap sudi membantu saya.tq..

saiful

February 26, 2010 at 7:04 PM comment-delete

salam,

tumpang bertanya satu lagi soalan..ada tak software yang memudahkan utk buat trading..cuma maklumkan je jenis sesuatu saham tu bila nak buy dan sell..
saya bukan selalu dapat online..sentiasa ada di merata-rata..

February 27, 2010 at 1:57 AM comment-delete

Saiful,takpa anda boleh buat kerja yang anda suka dan dalam masa yang sama anda ada melabur saham atau CPO.
Saya akan tunjukkan masa bengkel nanti.

zamsaham

March 9, 2010 at 12:37 PM comment-delete

if nk belajar pasal teknik2 tu kene pg kelas jgak ke? zamsaham sendiri ada kuarkan buku/ ebook / video tutorial? teringin nk pg kelas tp xbole

March 30, 2014 at 4:22 PM comment-delete