MAKSUD SAHAM OVERVALUED?

1.Saya baru sahaja habis personal coaching dengan Dr Malek di Skudaivilla JB. Saya suka kerana Dr Malek seorang yang rajin dan memberikan komitmen untuk mendalami bidang pelaburan.Beliau ada membaca 2 buah buku. 2.Buku yang beliau beli membicarakan pelbagai perkara dari segi teknikal dan fundamental. 3.Apa yang saya beritahu adalah penting kita tahu 'mengapa pasaran saham itu diwujudkan' dan intipati sebenar pasaran saham dari mentelaah bermacam-macam buku yang ada.(Ada sesetengahnya, masih tetap mengalami kerugian walaupun berpuluh buku dah habis dibaca) 4.Saya masih ingat pesan orang tua,"Tidak perlu belajar tinggi-tinggi,jika perkara asas tidak dikaji secara mendalam.Biarlah belajar sedikit,asalkan mengkaji banyak' 5.Dr Malek ,ada bertanyakan saya apa maksud overvalued?Kalau mengikut teori yang biasa diajar,kita akan tahu overvalued adalah disebabkan harga saham semasa sudah melebihi dari harga sebenar. Overvalue= Harga Semasa>Harga Sebenar.Jika harga semasa melebihi harga sebenar ini bersamaan Overvalue.Antara intipati untuk mengiranya, kita perlu mencari maklumat Dividen,Growth Potential dan juga pendapatan syarikat. 6.Seringkali ramai yang tidak sedar maklumat yang dijadikan intipati untuk pengiraan harga saham sebenar ini adalah maklumat yang datang dari akaun yang tidaklah boleh dianggap 100% betul. Banyak maklumat yang dimanipulasi untuk kepentingan agenda syarikat. 7.Walaupun harga saham sebenar sudah sampai target, biasanya para analyst akan menyemak semula target price dengan menyemak semula potential earning syarikat yang kekadang dijustifikasi dari pendapatan yang yang belum pasti. Apabila, harga tidak sampai ke target, Analyst akan menyemak semula harga dengan memberikan alasan yang mudah diterima. Alasan yang biasa kita dengar apabila harga saham naik ialah ekonomi pulih. Apabila saham turun,mereka akan menyalahkan harga minyak naik, ekonomi kuasa dunia turun,politik tidak stabil,dan sebagainya alasan logik untuk memperdaya pelabur. 8.Pada saya maksud tersirat overvalued itu lebih mudah difahami jika kita kaitkan dengan emosi. EMOSI dan PERSEPSI YANG MELAMPAU akan menaikkan saham ketahap yang diluar kebiasaan. Apabila kenaikkan dipengaruhi dengan emosi dan ditambahkan pula dengan cerita-cerita 'bagus' syarikat inilah yang dinamakan overvalued sebenarnya. 9.Selepas overvalued, harga akan jatuh semula disebabkan 'tiada lagi duit tunai/limit untuk membeli dan support harga untuk terus menaik'. 10.Kesimpulannya, saham itu perlu dikira 'Value'nya berdasarkan persepsi dan emosi pelabur ke atas sesuatu saham.

0 comments: