KESILAPAN PELABUR SAHAM

MEMBELI TERLALU BANYAK KAUNTER SAHAM. Apa itu pelabur runcit dan bezanya dengan pelabur institusi?Orang yang mempunyai modal dibawah RM500,000 dikenali sebagai seorang pelabur runcit.Pelabur institusi pula mempunyai modal yang menjangkau berbillion Ringgit seperti EPF,Amanah Raya,Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan Tabung Haji.Inilah beza utama,kita sebagai pelabur runcit tidak boleh meniru cara orang besar melabur.Mereka mempunyai kapasiti untuk membeli bermacam-macam kaunter.Bukan sahaja dari segi kapasiti,mereka juga mempunyai pasukan/bahagian yang menilai dan mengkaji dari masa kesemasa akan pegangan pelaburan mereka.

  1. Anda mungkin pernah mendengar dalam pelaburan ada satu prinsip iaitu “ Don’t put all your egg in one basket“ Satu teknik yang mempelbagaikan kaunter untuk meminimakan risiko.Bermaksud,jika beli 10 dan 5 darinya turun,anda ada 5 lagi yang naik.Betul teknik ini akan meminimakan risiko,tetapi dalam masa yang sama ianya akan meminimakan keuntungan anda.Disamping itu,jika terlalu mempelbagaikan pelaburan,anda akan menghilang fokus kepada sesuatu saham.
  2. Bayangkan apabila trend pasaran turun mendadak seperti yang berlaku pada 11 September 2001. Serangan kapal terbang yang meletupkan’twin tower’di Amerika ini menyebabkan Bukan sahaja Pasaran Dow Jones turun menjunam,pasaran Bursa Malaysia yang jauh beribu-batu pun turun menjunam! Ketika ini,ramai pelabur panik yang terperangkap dengan keadaan dan tidak tahu yang mana satu saham hendak jual terlebih dahulu.Ini kerana 90% pasaran digerakkan oleh trend!
  3. (TIPS 1:Semasa trend turun,walaupun saham yang dibeli berkualiti ianya akan tetap turun.Manakala,jika trend menaik,syarikat yang dalam keadaan rugi pun boleh naik.
  4. TIPS 2,Walaupun peperangan,letupan atau apa jua perkara besar ingin berlaku,biasanya akan dapat dilihat didalam teknik ZAMCROSS dan TOTAL ZAMCROSS)
  5. Jika anda mempunyai kaunter saham yang sikit contohnya 5 counter,masalah panik dan tidak tahu mana yang perlu dijual dahulu tidak akan berlaku.
  6. Membeli kaunter saham yang banyak boleh juga diibaratkan mempunyai terlalu banyak jenis perniagaan yang perlu diuruskan.Memang boleh seseorang usahawan mempunyai kedai dobi dan dalam masa yang sama mempunyai restauran dan juga ladang ternakkan lembu.Tetapi,tanpa pembantu yang mahir dan boleh dipercayai agak sukar untuk memaksimakan keuntungan dari perniagaan yang dibuat.Adalah lebih baik memberikan fokus dan perhatian kepada jenis perniagaan yang sememangnya anda betul-betul expert dan yakin boleh untung banyak.Apabila anda fokus,istilah gagal dalam perniagaan biasanya akan dapat diatasi.
  7. Berbalik kepada cerita saham,daripada membeli terlalu banyak kaunter saham adalah lebih baik membeli kurang 5 kaunter saham sahaja.Anda dapat memaksimakan pemerhatian kepada kaunter yang dibeli.Jika mempunyai duit sampai berjuta ringgit,belilah mana-saham yang anda rasa ada potensi berkembang maju.Mana tahu, nama anda boleh tersenarai antara 30 pemegang saham terbesar syarikat.Apabila nama anda dikira sebagai ‚substantial shareholder‘ pandangan anda keatas segala keputusan syarikat akan diutamakan.
  8. Kesimpulannya:Beli saham banyak,bagus,Tetapi susah untuk mengawalnya.Pembelian terlalu banyak kaunter saham akan menghilangkan fokus dan matlamat pelaburan seseorang Pesanan:Untuk pemain contra,adalah digalakkan membuat penilaian dengan mengenal saham-saham sendiket dan jangan terpegaruh dengan volume yang banyak.Lihatlah kepada potensi untuk naik yang lebih tinggi dari melihat kepada volume sahaja.

next artikel tentang kesilapan ke 2 yang biasanya pelabur lakukan.

ZAMSAHAM

0 comments: