CERITA DARI BUKU:TUNGGU APA LAGI? Oleh NOBISHA

Semasa saya dan Team Zamsaham buat ceramah di PWTC bulan bulan lepas.Saya tak ketinggalan menjengok pesta buku yang sedang berlangsung.Pusing-punya pusing jumpa satu buku..Buku ini bertajuk TUNGGU APA LAGI? Buku ini tiada kena mengena dengan pasaran saham,tetapi ceritanya mempengaruhi kehidupan semua pemain pasaran saham.Ini kerana dengan faktor politiklah pasaran boleh jadi stabil dan sebaliknya..begitu banyak bahagian yang menarik,tetapi saya nak kongsikan pada bahagian 'Kuala Bestari':
  1. .Pada saya cerita sebuah jalan di Bukit Bintang iaitu Jalan Alor perlu ditukar kepada Jalan Kejora begitu mengelikan saya...mana tidaknya,beliau berpendapat DBKL sudah tiada kerja lain( seperti membantu memajukan orang melayu berniaga) tetapi lebih nampak nama Jalan Alor yang sudah berpuluh tahun digunakan perlu ditukar kepada Jalan Kejora.
  2. Saya sangat-sangat-sangat-sangat bersetuju dengan isu banyak Penjaja Melayu yang dipindahkan ke tempat Jin Bertendang".
  3. Beliau pernah melihat pegawai PBT membuang minyak penjaja goreng pisang semata-mata mahu menyita Kuali!
  4. Selagi DBKL berfikiran atau mana-mana PBT tidak peka kepada tugasnya,tidak mustahil nama Kuala Lumpur pun akan ditukarkan.Yalah,Lumpur kan kotor? Apa kata ditukar kepada Kuala Bestari!
  5. Selain itu,Isu politik Muafakat yang diutarakan memang sesuai diamalkan.Tidak perlulah sesama sendiri fitnah menfitnah kerana hala tujunya ialah memastikan Malaysia ini maju.Begitu juga YB yang mencanangkan diri sendiri untuk dilantik tetapi tidak menjawab panggilan telefon bahkan sms. Walaupun buku ini berkisar lebih kepada politik,cara penyampaian yang santai dan topik yang tidak menyebelahi mana-mana parti pastinya akan membuatkan sesiapa yang membacanya tidak boring... Tahniah kepada Nobisha,semoga idea beliau dapat diketengahkan dan diamalkan oleh semua ahli-ahli politik Malaysia.Sebab saya percaya jika diamalkan,politik yang stabil mampu melonjakkan dan menaikkan nama Malaysia ke persada dunia.Sudah bertaraf dunia,barulah Bursa Malaysia lebih mantap dari biasa!

1 comments:

Hidup politik melayu..
pas umno pkr...lawan DAP baru boleh maju

April 10, 2010 at 8:22 AM comment-delete