BURSA MALAYSIA VS DOW JONES

Pelabur pasaran saham terutama 'kaki contra' begitu panik nampaknya.Aras 'votality' indeks menunjukkan kenaikan yang begitu ketara bukan sahaja di Malaysia malahan satu dunia.Perkara perkara berikut adalah antara yang membimbangkan pelabur:
  1. Masalah debt rating Greece yang dikategorikan sebagai 'Junk Bond'.iaitu suatu penarafan yang paling teruk untuk bond dan boleh disamakan sebagai sampah!-
  2. Masalah rusuhan dalaman Greece yang membabitkan 3 orang pegawai bank telah mati akibat bom petrol meruncingkan lagi keadaan.
  3. Masalah Goldman Sachs yang tidak habis-habis.
  4. Masalah Tumpahan Minyak Dunia di teluk.
  5. Masalah 'kumpulan baju merah' yang ingin mengambil tampuk pemerintahan kerajaan Thai.
  6. Perlawanan Bola Sepak World Cup pada bulan 6.Pelabur akan menumpukan kepada Judi Bola pula.
  7. Pasaran saham US jatuh mengiler malam tadi sehingga 1000 point dan tutup dengan 350mata atau bersamaan 3.2%.namun pasaran Bursa Malaysia ini hari turun tidak sampai 1%.Bermaksud correlation kita tidaklah begitu tinggi.

Jika anda merasakan ini adalah fasa pembetulan pasaran sememangnya ada kerana dari apa yang saya perhatikan ianya bermula dari pengumuman semakkan semula kadar pertumbuhan dalam negara kasar (KDNK) pada awal April dahulu.Ini merupakan petanda yang selalu saya ceritakan di dalam bengkel yang mana ianya merupakan petanda penting pasaran sudah naik.

antara petanda lain adalah ramainya apek-apek dan ahso-ahso memasuki pasaran.Ini adalah petanda yang agak pelik rasanya,tetapi itulah hakikatnya.Setiap kali meraka masuk,pasaran akan turun.Oleh itu,jika ahso sudah takda mungkin pasaran akan mendatar semula dan inilah peluang baik untuk masuk..

Kesimpulan: dari apa yang saya perhatikan,ramai orang beranggapan penurunan berterusan akan berlaku.Manakala sebahagian yang lain mengatakan pasaran akan naik semula.Oleh yang demikian saya beranggapan,jika dua pemikiran ini berlaku pasaran akan menunjukkan suatu trend pembetulan yang sihat..

Untuk pelabur runcit,mana-mana saham yang sudah ada signal daily Dead ZC boleh take profit dahulu atau lihat kepada Weekly chart dan buat tindakan segera jika sudah Dead ZC.walaupun begitu,Trend pasaran still bullish untuk 3-4 bulan mendatang.

Selamat Melabur dengan tiada emosi.

Relax,profit dan enjoy.."Setiap berita buruk yang datang kita seharusnya melihatnya sebagai berita baik,dan setiap berita baik kita harus melihatnya sebagai berita buruk" wallahualam.

zamsaham-OSK Investment Bank Sutera Utama.

0 comments: