TREND PASARAN SAHAM/INDEKS MENURUN

Bismillahhirrahmanirrahim... Pasaran Saham menakutkan ramai pelabur runcit semalam,manakan tidak indeks turun sehingga 1300 mata! penurunan sehingga 30 point dalam masa 6 jam trading! BERIKUT ADALAH MAKLUMAT DAN KOMEN SAYA BERKENAAN PASARAN SAHAM DAN JUGA INDEKS BURSA MALAYSIA:
  1. Melalui pemerhatian saya,sudah ada banyak petanda untuk kita melihat pasaran akan terjun.Antara tanda yang saya nampak adalah berita kenaikan KDNK 10.1%,IPO(saham terbitan baru) seperti MAXIS,KELINGTON,HOMERITZ,MASTERSKILL,MSPORT dan lagi.Tanda lain seperti banyaknya pelancaran dana -dana unit trust.
  2. Tanda yang paling pelik yang saya ingin kongsikan ialah masih ramainya APEK-APEK di Interpacific Securities (Berjaya Times Square).Saya selalu risau bila mereka masuk pasaran.Kenapa? tanda malapetaka! market akan turun selagi mereka ada di situ.Mereka ini adalah golongan pelabur runcit yang paling lambat memasuki pasaran di setiap kali gelombang kenaikan.
  3. Jika pemain saham ingin membuat duit,anda boleh SHORT pasaran hadapan.Jika short dari minggu lepas(pada 1340) ini hari anda sudah meraih keuntungan sebanyak RM2000.Ini hanya bermodalkan RM3000 untuk 1 lot.Bermaksud dalam peratus hampir 67% keuntungan tidak sampai sebulan.
  4. Anda Untung 67% dari orang yang long pasaran.Untuk makluman jika anda untung satu pihak lagi mengalami kerugian.Anda untung dan anda happy!
  5. Satu orang lagi,rugi dan sedang menangis!
  6. Ini bermaksud,adalah penting untuk semua pelabur mengetahui TREND.Dengan mengetahui trend sajalah anda mampu menjana keuntungan.Walaupun begitu,banyak kajian dan aspek perlu dilakukan.
  7. Saham dijangka akan terus menerima berita buruk terutama dari Eropah.

Untuk pemain saham,masuk pasaran semula dengan memerhatikan perkara berikut:

  1. Anda boleh bersiap sedia untuk masuk semula apabila Indeks dan banyak saham tidak turun,walaupun ada berita negatif yang keluar.
  2. Anda boleh lihat pada indeks Bursa Malaysia dan saham.HARGA STATIK.Bermaksud,semua maklumat sudah diabsorb oleh pasaran.
  3. Market akan sideway dahulu.
  4. Buat pembelian semula hanya jika ada Golden ZC terutama pada Weekly chart.
  5. Untuk short term trader,ikut betul-betul daily chart.Keluar bila ada Dead ZC.
  6. Ataupun relax dahulu,tenangkan fikiran dengan anak-anak,kalau takda lagi anak boleh keluar dengan awek..tengok "filem lautan biru" di rumah lagi baik

Orite semua,semoga anda melabur dengan penuh kebijaksanaan.Labur dengan system bukan main rasa-rasa sahaja!

Sekian,

ZAMSAHAM BERJAYA TIMES SQUARE,KL

2 comments:

En. Zam. Sila komen skit psal cimb ni. tup tap tup terus menjunam harge die. kat news tv, paper sumne xde crite. komen byk pn xpe

May 20, 2010 at 8:18 PM comment-delete

share split bro...

May 21, 2010 at 9:07 PM comment-delete