JANGAN SAMBUT PEDANG YANG DICAMPAKKAN!

JANGAN SAMBUT PEDANG YANG DICAMPAKKAN! Perhatian:Jika ada orang mencampakkan pedang atau pisau kepada anda,jangan sesekali sambut.Melainkan anda mempunyai pertalian darah Ah Kungfu terkenal seperti Brucee lee atau Mat Kilau barulah boleh sambut pedang itu.Jika tidak handal seperti mereka,hah jawablah berdarah tangan nanti! Apa yang saya maksudkan,jangan membuat pembelian baru jika pasaran sedang turun.Ini kerana harga yang anda fikirkan murah,mungkin boleh jadi lagi murah! -ZAMSAHAM- Saya ingin mengambil contoh harga saham Transmile!
  1. Jika anda masih ingat saham ini dahulunya pernah mencapai harga RM15.00 pada tahun 2007.Selepas 'tangan ajaib' melepaskan pegangan saham mereka pada harga yang tinggi kepada POS.Keluarlah berita skandal kewangan-penipuan Acc syarikat yang disengajakan.
  2. Selepas berita itu keluar,pelabur yang membeli pada harga tinggi mulai panik! harga turun menjunam dari RM15 kepada RM10.00!
  3. Semasa penurunan berlaku,ada juga client yang merasakan harganya akan naik semula.Selamat client tersebut sebab tidak membuat pembelian kerana harga RM10 tadi turun sehingga RM5.00!
  4. Semasa harga RM5.00 ada client yang 'berani' membuat pembelian kerana mereka rasa harga sudah turun jauh.Yelah Harga dari RM15.00 turun sehingga RM5.00.Diskaun sudah banyak!
  5. Jadi mereka pun beli.Tidak lama selepas membuat pembelian harga saham transmlile turun lagi sehingga RM3.00.
  6. Pada harga RM3.00.mereka merasakan harga rasa sudah turun terlalu banyak dan mulai panik.Tetapi mereka tidak berani jual kerana menjangkakan harganya pasti akan naik semulasetidak-tidaknya boleh naik ke Rm5.00 semula.
  7. Ada sesetengah yang 'bengong' membuat pembelian kerana membaca dan mengikuti teknik 'DOLLAR COST AVERAGING! Melalui teknik ini, mereka diajar membeli lagi jika harga nya turun.jadi mereka yang beli pada harga RM5.00 akan beli lagi RM3.oo.Tidak lama selepas itu harganya turun sehingga RM2.00.Mereka beli lagi untuk 'puratakan' kos pelaburan.
  8. Sayangnya,harga turun lagi sehingga RM1.00.Mereka yang ikut teknik SENGAL ini,terus membuat pembelian lagi.Saya percaya ketika ini,modal pelaburan mereka sudah habis!
  9. Modal pelaburan telah atau hampir habis disebabkan pembelian berterusan semasa harga turun.TRANSMILE dari RM15.00 turun ke RM10(beli), turun RM5(beli), TURUN RM3(beli) ,turun RM2(beli), dan turun sampai RM1.00 pun beli lagi. Inilah dinamakan averaging.
  10. Ketika ini mereka berdoa supaya harga saham transmile akan naik semula!.
  11. Sayangnya harga saham transmile,bukannya naik tetapi terus'terjun' sehingga 50 sen pada hari ini! Anda boleh rujuk dan perhatikan betul-betul carta pergerakkan saham sebenar saham Transmile diatas.
  12. Kita janganlah buat sebarang pembelian ketika harga atau pasaran saham sedang turun.TETAPI ANDA PERLU MENGAMBIL INI SEBAGAI PELUANG KEEMASAN UNTUK MEMBELI PADA HARGA YANG MURAH.(Walaupun begitu perlu ada system)
Kesimpulannya,seorang pelabur jangan membuat sebarang pembelian apabila harga sedang turun.Beli semula bila:
  1. Pelabur panik sudah boring dengan saham
  2. Apek-apek sudah tiada di gallery saham.(tips pelik zamsaham)
  3. Harga dah oversold atau terlebih jual...Harga akan statik.Kepada 'technician' anda boleh lihat pada RSI berada pada parasa 20-30%.
  4. Emosi pelabur boleh dilihat pada carta..biarkan harga mendatar
  5. Masuk hanya apabila adanya golden STZC.
  6. Catitkan maklumat yang dirasakan perlu sebelum membuat pembelian.Boleh rujuk teknik 3 serangkai Zamsaham.
  7. Relax dan disiplin dengan setiap keputusan yang telah dibuat.
Ingatlah selalu,harga saham bukan sahaja digerakkan oleh perniagaan sebenar syarikat,Tetapi memahami kenapa naik dan turun dari perspektif 'Tangan Ajaib' perlu juga diambil kira(Anda boleh rujuk jenis sendiket pada ruagan yang lepas-lepas untuk lebih pemahaman ) Hajat dihati nak cerita panjang lebar,tetapi telalu kontroversi untuk diceritakan umum. So,laburkan wang anda dengan system dan janganlah takut untuk belajar dari kesilapan yang sudah dilakukan. Ini kerana orang yang berjaya adalah orang yang pernah gagal dalam bidang yang diceburi.

Sekian, Zamsaham Masjid India KL

2 comments:

Kalau ada ilmu kebal boleh la sambut pedang yang dicampakkan tu..

Kalau ada duit poket tebal boleh la sambut harga saham yang tengah terjunam tu..(khas untuk mereka- mereka yang dah bosan dengan duit banyak)

Peace, No War!

May 28, 2010 at 3:52 PM comment-delete

ada orang dah bosan duit banyak...

Mungkin Juga...
Agak-agak apa rasa Sultan Kelantan bila tengok anak beranak gaduh sama sendiri(sampai ke Court) untuk tahta dan Duit Royalti bila jadi penganti Sultan?

May 31, 2010 at 2:27 PM comment-delete