DATO ISHAK PART 2
Dato Ishak Ismail adalah seorang 'market player' yang tidak asing bagi pasara saham Malaysia.Seorang yang begitu sinonim dengan saham Idris hydraulic(antara saham terawal yang saya beli semasa baru belajar main saham),Aokam Perdana Bhd,kemelut pemilikkan saham KFC dan QSR Brands.
Ini hari jam 8 malam tadi ,saya mendengar dengan penuh teliti dari Buletin Utama TV3 cerita 'injuksi' oleh SC untuk penjualan saham Kenmark oleh Dato Ishak. Beliau juga diminta untuk mengistiharkan semua harta didalam dan luar negara kepada SC dalam masa terdekat.Siasatan menyeluruh ke atas 'hero market player' ini pastinya adalah kemuncak kepada kes saham Kenmark Industrial Berhad yang turun dari harga 80sen ke 10 dalam masa 2 hari!
- Seperti yang saya khabarkan, cerita direktor hilang dan tidak dapat dihubungi adalah berita pelik dan tidak dapat diterima oleh akal yang sihat.Orang sakit nak meninggal pun akan memastikan telefon sentiasa dapat dihubungi untuk memudahkan orang mencari atau sebagainya.Almaklumlah,orang sakit pastinya lebih suka untuk dikunjungi(walaupun ada katakan tak boleh ganggu orang sakit).
- Saya percaya 'drama' ini direka cipta untuk memudahkan pihak Dato Ishak membeli semula saham yang beliau jual pada tahun 1997 (sudah tentu tinggi) pada harga yang lebih murah.
- Setelah berjaya membeli semula pada harga 'super diskaun' iaitu bawah 5sen beliau diumumkan pemegang saham terbesar kenmark dengan pegangan 32% saham.Ramai pemerhati pasaran beranggapan beliau ingin mengambil dan menerajui kenmark semula.
- Sudah namanya 'market player' apapun perubahan dilakukan last minit dengan menjual semula saham pada harga yang lebih tinggi secara berperingkat.Selepas saham kenmark dibuka semula dari suspend,harganya shoot up sampai 29sen dari situ harganya turun perlahan-lahan sehingga hari ini 10sen.
- Jika anda perasan,walaupun harga sekarang 10sen ianya masih menjana keuntungan 100% kepada Dato' Ishak kerana beliau beli pada harga 5 sen sahaja!
Ini hanyalah sedikit fakta yang dicampurkan teori yang belum tentu ceritanya. Sepertimana pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim oleh Dr Mahathir pada tahun 1998 dahulu.Hanya Dr Mahathir sahaja tahu samaada ianya direka atau betul-betul berdasarkan fakta.
Oleh itu,tindakan SC untuk menyiasat Dato Ishak Ismail mungkin tepat kerana Dato Ishak sahajalah yang tahu akan cerita sebenarnya.
Wallauham..
Zamsaham
Skudai Johor 5.30am
#(Sudah biasa kena tipu dengan saham syndicate dulu,tetapi sekarang suka sebab ianya rancak dan boleh buat untung segera)
0 comments:
Post a Comment