KENMARK SAHAM JIN TONCIT?!

Seminggu yang lepas pasaran saham Bursa Malaysia dikejutkan oleh penurunan mendadak saham Kenmark Berhad.Penurunan dari Rm8osen sehingga hanya 3.5 sen sahaja dalam 'sekelip mata'.Ini bermaksud modal pasaran susut dari RM160 juta turun sehingga RM6.5 juta sahaja! Bermaksud,sesiapa sahaja boleh jadi pemegang saham ,seterusnya menjadi pemilik syarikat ini jika mempunyai RM6.5 Juta! Semasa saham kenmark kena' sangkut' oleh Bursa Malaysia baru-baru ini.Saya sudah dapat merasakan saham ini boleh dikategorikan sebagai saham jin toncit! Kenapa Jin toncit: berikut adalah teori saya disebalik sejarah saham turun naiknya Kenmark: Sekilas Info perniagaan Kenmark:
  1. Dibuka perniagaan pada tahun 1988 dan disenarikan di Papan kedua BSKL pada tahun 1997.Pada tahun 2001 dipindahkan kepapan pertama Bursa Malaysia.
  2. Selain kilangnya di Port Kelang,kilang dan pejabat Kenmart juga ada di China,Taiwan,Eropah dan juga di US.
  3. Perniagaan Kenmark macam-macam.Kenmark ada buat perabut,Buat TV,barang-barang keperluan lain termasuk sektor pembinaan.
  4. So far akaun syarikat masih lagi stabil dengan Asset tanah sahaja bernilai sekitar RM30 juta dan RM300juta untuk 'Plant and Machinery'.Tak tahulah kalau akaunnya pun 'diauta'
  5. Balance float selepas 30 largest shareholder tidak sampai 20%
  6. 80% saham berada yang dipegang oleh pemegang saham terbesar,rata-rata berada dalam akaun nomineess atau margin financing.

SEBELUM JATUH:Apa cerita disebalik kejatuhan saham Kenmark:

  1. Saham Kenmark jatuh dari RM80sen sehingga 3.5sen dalam masa tidak sampai seminggu.
  2. Punca kejatuhan dari cerita suratkhabar adalah disebabkan oleh Kilangnya di Port Klang di tutup dan di seal.400 orang pekerja kilangnya pening kepala!
  3. Directornya tidak dapat dihubungi ..'missing in action'
  4. Meeting tidak dapat diteruskan sebab tidak cukup korum.
  5. Eon Bank' seal' kilang sebab tak bayar hutang.
  6. Akaun syarikat sudah 3 bulan tidak dihantar mengikut jadual.

Akibat berita ini,saham syarikat telah disuspend oleh Bursa Malaysia.Apabila sudah kena suspend,pastinya semua orang akan fokus kaunter ini.Laman web syarikat http://www.kenmark.com.my/ tiba-tiba sesak.Semua orang yang sudah beli saham ini pastinya panik! Manakan tidak panik,dulu beli harga 80sen sekarang harganya RM10.5sen(mula-mula kena suspend).

Untuk pengetahuan semua,yang SUPER PANIC adalah saham yang berada didalam akaun margin dan juga nominees.Saham ini ada harga capping.Jika turun kepada sesuatu tahap,dan tiada 'top up' dibuat.Investment bank atau syarikat broker yang mempunyai saham ini akan menjual secara terdesak atau Force Selling!

Saham ini dari RM80sen boleh turun kepada 3.5sen disebabkan saham ini adalah saham yang tiada volume.Bayangkan semua panik dan semua orang ingin menjual dan dalam masa yang sama, saham ini tidak aktif.Akibat tidak pembeli,bukanlah sesuatu yang mengejutkan harganya boleh turun sampai 3.5sen.

Jadi semasa perkara ini berlaku saya perhatikan,seakan-akan ada orang yang sedang collect(harga murah) dari pasaran. SELEPAS DAH JATUH: Hari ini,berita kartun berkenaan saham kenmark pun keluar,Apa beritanya:
  1. Direktor sudah dapat dihubungi.Alasan semasa tak dapat dihubungi -Tidak sihat katanya.
  2. Kilang di Vietnam beroperasi macam biasa.
  3. Pekerja kilang mendapat gaji semasa kilang ditutup.
  4. Director baru dilantik mengangotai lembaga pengarah yang baru.
  5. Munculnya pemegang saham terbaru.Ini cerita menarik,munculnya Dato' Ishak Ismail,seorang YB dari Sembilan yang pernah menjadi director KFC satu masa dahulu.Tidak silap saya,Dato Ishak menjadi pemegang saham terbesar untuk kali kedua.Ini bermaksud,Dato Ishak adalah seorang yang bijak,kerana beli semula pada harga yang betul-betul murah.
  6. Kalau dikirakan modal untuk membeli semua saham Kenmark( jika pada harga 5sen)pun hanyalah seseorang itu perlu keluarkan lebih kurang 12 juta.Asset hartanah sahaja sudah bernilai 30 juta.Jadi asset ini boleh di'magikkan' untuk menjadi harta pemegang saham terbaru.
  7. Selepas,berita ini dikeluarkan,harga saham naik semula dari sekitar 5 sen menjadi 28 sen!

Itulah sebahagian cerita saham kenmark,sebelum dan selepas. Begitu mudah untuk membeli saham pada harga murah dengan merekacipta cerita atau drama yang boleh menakutkan pelabur...yang rugi siapa,dan yang untuk siapa?Walaupun begitu,ini hanyalah teori dan pandangan saya sahaja.Wallahuwalam.

Zamsaham, George Town PENANG

5 comments:

rasanya saham ini boleh naik lagi ker en zam..

Anonymous
June 4, 2010 at 11:41 AM comment-delete

semalam semasa market nak tutup company ni dah dapat 'selendang merah'.. silap-silap boleh kena suspend lepas ni...

Anonymous
June 5, 2010 at 11:01 PM comment-delete

SAHAM DATO ISHAK DILUAR JANGKA KADANG-KADANG BRO

June 7, 2010 at 9:26 AM comment-delete

SAHAM DATO ISHAK DILUAR JANGKA KADANG-KADANG BRO

June 7, 2010 at 9:27 AM comment-delete

rasanya da seminggu dua ni selendang merah.. tapi ramai tumpu kat kaunter kenmark.. ratusan ribu lot setiap hari... boleh tahan.. tapi harga still jatuh bawah dari harga par.. sekarang sekitar RM 0.085.. naik turun kot situ je la..

Anonymous
June 21, 2010 at 5:45 PM comment-delete