KELAS CPO DAN INDEKS-Beza Saham dan CPO/Indeks

Ada beberapa perbezaan yang agak ketara bagi pelaburan saham dan Pasaran Hadapan(FCPO/FKLI).
  1. Antara perbezaan yang utama adalah modal.Jika anda ingin ‘bermain’ saham,modalnya bergantung kepada harga dan kuantiti sesuatu saham yang ingin dibeli.Kita ambil contoh saham Sime Darby yang harganya adalah RM7.00 seunit.Untuk membeli(melabur) Seribu Unit saham Sime Darby anda memerlukan modal sebanyak RM7000. Manakala untuk ‘bermain’ Indeks modalnya adalah kecil iaitu RM3000 dan CPO RM5000 untuk setiap satu lot.Modal atau margin ini berubah-rubah mengikut kepada pergerakkan pasaran dan ditetapkan oleh Bursa Malaysia Derivatives Berhad.
  2. Lagi satu yang menariknya ‘main’ FKLI atau FCPO adalah pasarannya agak fleksibel berbanding saham.Kenapa Fleksibel? Ini kerana anda hanya boleh menjana keuntungan ketika pasaran saham naik,tetapi ianya berbeza dengan pasaran hadapan kerana anda boleh menjana keuntungan ketika pasaran naik mahupun turun(Asalkan jangkaan anda tepat-Long harganya naik,Short harganya turun).Mungkin kepada yang baru,akan tertanya-tanya bagaimana harga yang turun kita boleh menjana keuntungan? Jawapannya mudah,kita boleh untung dengan cara menjual pada harga yang mahal dan membeli semula pada harga yang murah.Inilah uniknya pasaran hadapan kerana anda boleh menjual dahulu tanpa ada barang tersebut(Indeks atau Minyak Sawit).Kenapa pula boleh jual dahulu tanpa ada barang? Jawapannya kerana anda sekarang berurusniaga dalam ‘pasaran hadapan.
  3. Antara perbezaaan lain adalah jika anda membeli saham,anda dikira sebagai pelabur.Sebagai pelabur anda adalah pemilik kepada syarikat bergantung kepada jumlah kuantiti yang ada.Anda akan mendapat dividen dan juga kenaikan harga saham.Tiada istilah dapat dividen dalam ‘bermain CPO/indeks’ kerana matlamat anda hanya untuk mengaut untung dari perbezaan harga.Orang yang ‘main’ pasaran hadapan boleh juga disamakan sebagai spekulator.Spekulator adalah orang yang penting bagi’kecairan’ pasaran kerana ianya mengambil risiko bagi pihak pembeli dan penjual.Antara spekulator yang berjaya adalah George Soros! Beliau bijak melihat potensi naik atau turun sesuatu aset dan membuat untung dengan ‘hit and run’ strategy.
  4. Untuk benar-benar untung dalam pasaran saham dalam jangka masa yang singkat,modal yang agak besar diperlukan.Tetapi jika anda ‘bermain CPO atau Indeks’ modalnya adalah kecil iaitu RM3000(indeks) CPO (RM5000).Walaupun begitu adalah digalakkan mula dengan Rm5000 untuk indeks dan RM10000 untuk CPO.Ini adalah supaya margin anda agak selesa untuk berurusniaga.Modal yang ada ini akan diletakkan dalam trust akaun anda.Jika anda tiada mengambil apa-apa posisi,duit pelaburan anda selamat dan akan mendapat interest.Duit pelaburan juga boleh dikeluarkan bila-bila masa tanpa ada sebarang halangan.
  5. Kepada sesiapa yang pernah naik "Roller Coaster" pastinya seronok tetapi mendebarkan! Ini boleh disamakan apabila anda bermain pasaran hadapan.Ianya juga seronok tetapi mendebarkan.Untuk mengelakkan debaran,anda perlulah bersiap sedia dengan strategi dan mental yang mantap.
  6. Tidak seperti melabur saham,banyak perkara yang bersangkut paut seperti untung rugi syarikat,siapa pengarah,jenis perniagaan,prospek syarikat dan bermacam-macam lagi dalam menganalisa untuk membuat pembelian saham.Untuk pasaran hadapan tidak banyak issue yang mempengaruhi pergerakan turun naik indeks ataupun CPO.Anda hanya perlu bijak mentafsir trend dan mempunyai ‘skill’ melihat carta teknikal analisis.

Matlamat utama adalah untuk mencipta keuntungan.Jadi mungkin ada yang selesa dengan saham boleh main saham sahaja.Kepada yang mahir,boleh main kedua-duanya sekali...

Semoga Long-harganya akan naik.Short-harganya akan turun.

Happy Trading From

Zamsaham & Team.Johor Bahru 5pm 10 July 2010

2 comments:

Wah..RM5000 untuk indeks dan RM10000 untuk CPO..kena kumpul duit dulu ni.. pastu cepat2 masuk seminar Zamsaham..
ingatkan beberapa ratus je..

July 11, 2010 at 2:05 PM comment-delete

Orite
...Margin atau deposit ditetapkan oleh Bursa Malaysia

July 12, 2010 at 2:03 PM comment-delete