SAHAM POWER ROOT,ALI CAFE,KACIP FATIMAH

Kali ini saya ingin berbicara tentang satu company yang dimiliki oleh orang Cina tetapi berjaya memikat jutaan pembeli dari kalangan orang-orang Melayu.Company yang saya maksudkan adalah Power Root atau company yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah Natbio(Natural Bio Bhd).Saya kagum dengan strategi yang dijalankan oleh pihak pengurusan dalam proses pengembangan jenama dan produknya.
  1. Hari ini,siapa yang belum pernah minum air Power Root??Dari 10 orang dewasa Malayu yang anda jumpa,pasti 5 orang sudah minum atau bakinya pernah mendengar jenama Power Root Tongkat Ali.
  2. Melalui cerita dari kawan saya yang pernah membina rumah tokey Power Root,sejarah perniagaannya bermula pada tahun 1999.Tokey Power root ini asalnya menjual kopi secara kecil-kecilan dan membuka kedai kopi.Orangnya masih lagi muda,berumur dalam linkungan 30an.
  3. Saham power root diapungkan di Bursa Malaysia dengan nama Natural Bio Resources Berhad pada tahun 2007 dan pernah mencapai paras hampir RM2.30sen seunit.Hari ini sahamnya di jajaran RM50-60sen sahaja.
  4. Produk Power Root tersenarai dalam kategori pengguna.Saham-saham pengguna harganya agak stabil berbanding teknologi dan construction dan memberikan pulangan dividen yang baik.Dengan pengukuhan jenama dan strategi pemasaran yang kreatif dan berterusan,jangkaan pembayaran dividen tahunan yang stabil adalah tinggi.Masalahnya pengguna mempunyai pilihan yang banyak kerana terpaksa bersaing dengan jenama-jenama yang besar .
  5. Apapun,program Jutawan Power Root yang sedang berlangsung dapat memikat hati ramai lagi pengguna orang Melayu.Artis Melayu terkenal Rosyam Noor merupakan duta produk ini.
  6. Saya berharap akan ada syarikat Melayu yang betul-betul menguasai pasaran minuman dan makanan di Malaysia.Setakat ini sudah ada seperti Orang Kampung Tongkat Ali,HPM,Kopi Radix cuma marketing berterusan secara kreatif perlu untuk menaikkan penjenamaan.
  7. Mungkin syarikat ini perlukan modal tambahan dengan cara menyenaraikan syarikat mereka di Bursa Malaysia.Modal dapat untuk buat pengembangan syarikat dan dalam masa yang sama 'branding' akan turut meningkat kerana company sudah tersenarai di Bursa Malaysia.Barulah produk makanan/minuman keluaran orang Melayu setanding dengan bangsa lain.Contoh yang saya respect adalah 'ST', produk perubatan Sendayu Tinggi dan Gamat Healin.
  8. Hal Makanan dan Minuman adalah penting untuk masyarakat kita,kerana hari ini rata-rata kalau anda pergi ke Jusco atau Tesco semua produk yang dijual adalah buatan company luar negara/owner bukan muslim seperti NESTLE,Uniliver,Yee Lee,Hup Seng dll.Kalau ada pun yang menonjol kicap kipas udang dan ketupat Nona.
  9. Berbalik kepada cerita power root.Sahamnya berharga 50-60sen.Sekarang ini saya lihat ada potensi untuk berkembang setanding saham-saham 'consumer' yang lain dalam masa 2-3 tahun mendatang.

Apapun,nasihat saya kepada yang baru berjinak-jinak dengan saham anda perlulah mempelajari teknikal analisis untuk beli dan jual pada harga yang terbaik.

Sekian Zamsaham.JB

8 comments:

It's perfect time to make a few plans for the future and it is time to be happy. I've learn
this post and if I may just I desire to counsel you some
attention-grabbing issues or suggestions. Perhaps you could write subsequent
articles referring to this article. I desire to read even more things about it!


Feel free to visit my blog post - mouse click the next internet page

Anonymous
April 29, 2013 at 4:24 AM comment-delete

#alicafetongkatalipowerroot

Anonymous
July 7, 2022 at 7:21 PM comment-delete

#rosyamnoor

Anonymous
July 7, 2022 at 7:26 PM comment-delete

Zamsaham is just another bigot and a blady racist......a rubbish to our society that we can do without.......he should just stay in a cave and leave the cave.

Anonymous
January 14, 2023 at 1:23 PM comment-delete

Typo....and dont leave the cave forever. So that this world would be more peaceful and harminious

Anonymous
January 14, 2023 at 1:25 PM comment-delete

Shame on you, Zamsahambadam.....so narrow minded and backward thinking.......

Anonymous
January 14, 2023 at 8:19 PM comment-delete

Ali cafe telah dituduh dimahkamah Malaysia kerana memasuki kandungan babi dalam campuran kopi. Semoga menjadi iktibar kepada orang Islam agar hati2 pilih minuman dan makanan yang halal saja dan hukuman berat kepada pengusaha kopi tersebut!.

Anonymous
January 18, 2024 at 9:39 AM comment-delete

Maybe tu cerita 2011 diviralkan semula.

Anonymous
January 18, 2024 at 10:00 AM comment-delete