Kini,ramai yang sudah menunjukkan minat untuk belajar melabur dengan betul tanpa memberikan modal kepada orang lain.Sepanjang ceramah yang dijalankan semenjak tahun OGOS 2009 berikut adalah antara soalan berkaitan 'futures market' yang saya terima.

  1. Apa yang dimaksudkan dengan 'Futures Market'? Futures market atau pasaran hadapan,adalah perjanjian kontrak (Indeks & Minyak Sawit Mentah) dengan menetapkan harga pada hari ini,tetapi membuat 'penghantaran' pada masa hadapan.Future Market dikenali juga dengan nama Derivatives Market.
  2. Adakah pelaburan ini diiktiraf oleh Kerajaan? Pelaburan Pasaran Hadapan atau dikenali sebagai Future Market ini sememangnya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.Sila rujuk Bursa Malaysia.com untuk maklumat lanjut
  3. Berapakah Modal Untuk memulakan pelaburan? Modal atau Margin yang diperlukan adalah sebanyak RM5000 untuk indeks(FKLI) dan Minyak Sawit mentah(FCPO) adalah RM10000.Margin ini adalah untuk urusniaga ‘overnite’ jika untuk urusniaga intraday marginnya adalah separuh iaitu RM2500 untuk indeks dan RM5000 untuk CPO.Walaupun begitu,pihak zamsaham akan memaklumkan jika ada sebarang perubahan kepada margin.Ini kerana margin ini bergantung kepada ketetapan oleh Bursa Malaysia Derivatives.
  4. Siapakah yang menguruskan pelaburan saya? Anda adalah pengurus kepada pelaburan anda.Oleh itu,anda perlu merekodkan setiap urusniaga yang dibuat dan menyemak posisi yang anda ambil.FBR(Wakil Broker Pasaran Hadapan) bertindak sebagai orang tengah untuk setiap tempahan bagi pihak yang ingin Long dan Short.
  5. Bagaimana saya boleh untung jika harga turun? Inilah uniknya pasaran hadapan.Anda boleh masuk pasaran dengan menjual(short) pada harga mahal dan membeli semula pada harga yang murah(long).Ini dibolehkan kerana anda berada di dalam pasaran hadapan.Harga set sekarang tetapi barang ‘deliver’ kemudian.
  6. Apakah yang dimaksudkan dengan Margin Call? Margin Call adalah kekurangan modal yang perlu ditambah ke dalam akaun anda akibat dari perubahan harga.Duit ‘magin call’ ini perlu dimasukkan segera kerana jika tidak di masukkan pihak broker akan ‘closed’kan posisi anda.Jika untung akan dimasukkan dan rugi akan ditolak dari akaun anda.
  7. Berapa banyak order saya boleh ambil sehari ? Anda boleh mengambil order sebanyak yang anda inginkan.Cuma digalakkan anda merekod setiap posisi dan harga yang anda masuk.Ini bagi mengelakkan kekeliruan dengan pihak FBR(wakil broker anda)
  8. Dimana saya hendak melihat pergerakan harga sebenar 'live' CPO dan Indeks? Kini,pelabur atau trader agak beruntung kerana boleh melihat pergerakan harga saham,Indeks dan CPO dari screen computer sahaja.Anda tidak perlu lagi ke syarikat broker saham.Disamping itu anda boleh melihat 'Chart' dan seterusnya menganalisa arah pasaran.
  9. Mengapa harga semalam dan hari ini dibuka berbeza? Harga semalam atau dikenali sebagai settlement price akan berbeza dengan hari ini kerana terdapatnya perbezaan ‘permintaan dan penawaran’ pada harga pembukaan.
  10. Berapa keuntungan yang saya akan dapat untuk setiap 1point? Keuntungan untuk setiap satu point bergantung kepada FKLI atau FCPO.Jika indeks, untuk setiap turun naik bersamaan RM50.Manakala untuk CPO adalah sebanyak RM25.
  11. Bila saya boleh ambil keuntungan saya? Anda boleh ambil keuntungan anda setiap hari dengan memberitahu Broker anda.Cek anda akan disiapkan dalam masa 1 hari sahaja.
  12. Bolehkah saya jatuh bankrupt dengan melabur di Future Market? Anda tidak akan jatuh bankrup,kerugian maksimun yang akan anda tanggung hanyalah modal yang anda laburkan.Kebiasaannya,modal tidak habis,kerana jika anda tersalah posisi dan terdapat margin call, broker akan ‘closed’kan posisi itu sebelum anda kehabisan semua modal.
  13. Adakah akaun untuk urusniaga Indeks dan CPO sama? Akaun untuk indeks dan CPO adalah sama iaitu di bawah Bursa Malaysia Derivatives
  14. Kenapa penyata urusniaga saya berbeza dengan apa yang saya rekodkan? Penyata urusniaga akan jadi berbeza kerana pihak OSK mengamalkan system First In Last Out(FILO).Sistem ini akan ‘menyimpan’ posisi yang lama dan menutupkan posisi yang paling terkini.(Tujuannya adalah mungkin pelabur ingin menyimpan posisi yang lama dan bermain intraday sahaja).Walaupun begitu pengiraan keuntungan dan kerugian keatas modal adalah sama.
  15. Contract apa yang paling aktif untuk indeks dan apa akan jadi jika saya tidak ‘closed’ posisi saya? Kontrak yang paling aktif untuk indeks adalah Spot Month atau bulan yang terkini.Biasanya awal bulan agak perlahan dan semakin rancak sehingga hujung bulan.Tetapi,semakin dekat dengan ‘expiry’, kontrak urusniaga akan menjadi perlahan semula.Untuk FKLI posisi yang tidak ditutup akan ditutup secara automatik oleh ‘Exchange’.Jika anda dapat untung akan dimasukkan ke dalam akaun anda,manakala jika rugi akan ditolak dari akaun anda.
  16. Contract apa yang paling aktif untuk CPO dan apa akan jadi jika saya tidak ‘closed’ posisi saya? Kontrak yang paling aktif untuk CPO adalah bulan ke 3 dari hari ini bermula dengan 15 haribulan.Setiap kontrak CPO yang hampir kepada expiry date perlu di'closedkan’ untuk mengelakkan anda dikenakan penalti .Jika anda SHORT anda perlu menghantar minyak sawit,dan jika LONG anda perlu membeli keseluruhan Minyak Sawit Mentah.Inilah yang dipanggil sebagai ‘physical delivery’.
  17. Apakah strategi yang paling utama sebelum saya mengambil posisi long atau short? Strategi paling utama adalah anda perlu mengetahui trend major atau intermediate dan masuk mengikut arah trend tersebut.Bukan masuk arah yang ‘small-small’ trend.Jika anda tidak dapat melihat arah trend jangan masuk pasaran.
  18. Jika saya sedang dalam keadaan posisi rugi,apa yang perlu saya lakukan? Perkara yang paling utama anda perlu lakukan adalah bertenang dan jangan panik! Tarik nafas dalam-dalam sambil melihat adakah arah trend masih kekal ataupun sudah berubah.Jika trend sudah berubah keluar dan ‘closed’ posisi anda secepat mungkin.Ingatlah selalu dan anggaplah kerugian tadi sebagai adat orang berniaga dan percayalah jika ada disiplin,kerugian anda akan cepat dapat di ‘cover’ semula.
  19. Pasaran hadapan berubah dengan pantas berbanding saham,jika saya membuat tempahan dengan menelefon harga pastinya akan berubah dan saya tidak dapat untung banyak? Berdasarkan pengalaman,tiada perbezaan ketara orang yang masuk awal dan lambat kerana mungkin orang yang masuk awal harganya lebih mahal berbanding yang masuk lambat.Ini kerana faktor emosi dan perasaan kelam kabut perlulah dikawal sebelum masuk dan keluar dari pasaran.Walaupun begitu,pihak OSK sedang dalam proses untuk menyediakan ‘online order’ platform untuk kesenangan pelanggannya.
  20. Adakah pasaran hadapan ini sesuai untuk orang yang bekerja macam saya? Boleh jadi sesuai,boleh jadi juga tidak.Yang dikatakan sesuai jika anda memahami konsep pelaburan pasaran hadapan yang fleksibel dan mengetahui trend pergerakan indeks/CPO.Skill lain yang anda mesti ketahui adalah memahami teknik teknikal analisis untuk mendapatkan arah trend.Jika anda sudah tahu arah trend,harga walaupun ada turun naik,pastinya ianya akan mengikuti arah trend tersebut.Oleh itu,anda boleh buat kerja anda sambil bermain pasaran hadapan. Pasaran hadapan tidak sesuai kepada anda jika,anda tidak memahami konsep pelaburan CPO atau Indeks dan tidak mengetahui arah trend.Jika sudah tersalah masuk trend,anda tidak tahu untuk ‘closed’ dan keluar dari posisi tersebut.
  21. Bagaimana saya ingin melihat statement pelaburan saya? Statement pelaburan anda akan dihantar ke email.Pihak OSK menggalakkan anda mempunyai akaun Gmail.Penyata juga boleh dihantar melalui pos.Jika anda adalah pelabur yang aktif,posmen akan menghantar penyata posisi anda hampir setiap hari.Jika anda tidak berminat dengan penyata yang dihantar ke rumah, anda boleh membatalkan dengan memaklumkan pihak kami.
  22. Kenapa En Zam kata petua main CPO/Indeks untung yang pertama perlu dikeluarkan? Ini adalah petua zamsaham,lumrah manusia biasanya akan mengingati perkara pertama dalam hidup.Jadi keluarkanlah keuntungan anda,walaupun hanya untung RM25.00 dan duit tersebut perlulah di beli barang yang anda nampak.Lebih baik juga disedekahkan 5% kepada orang yang memerlukan dan niatkan supaya anda akan untung lebih banyak lagi.

Ini adalah sebahagian antara soalan yang ditanya kepada saya sepanjang berkecimpung dalam pasaran 'Future Market' dari tahun 2008.Walaupun saya masih baru dengan future market tetapi ianya tidak banyak berbeza dengan saham(berkecimpung dari 1999).Cuma yang pasti Future market anda boleh berurusniaga dengan lebih fleksibel tanpa mengira pasaran hendak naik ataupun turun.

Kepada yang ingin mempelajari selok belok 'future market' dengan betul dan sistematik, silalah daftar di laman web www.zamsaham.com/pendaftaran.php .

Sekian.

Zamsaham.JB

1 comments:

Maksud Margin Call
http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/07/maksud-margin-call.html

July 18, 2015 at 1:29 AM comment-delete