SAHAM CEMERLANG DARI SABAH

Minggu lepas saya ada kongsikan 7 saham pilihan saya. CYPARK dari 1.40 dan kini harganya sudah melepasi RM2.00 Selain dari kaunter ini yang dikongsikan di facebook saya,saya ada juga kongsikan kaunter OLYMPIA. Berikut adalah sekilas info berkenaan company ini:
  1. Company ini terlibat dengan business LOTTO88,iaitu company yang terlibat dengan perjudian lotteri di Sabah.
  2. Memulakan perniagaan dari tahun 1988 sehingga kini.
  3. Untuk pengetahun semua,lesen judi nombor ekor ini bukanlah mudah untuk diperolehi.
  4. Dimiliki oleh Dato' Yap dengan pegangan 30%
  5. Lim Kok Tay,anak mendiang Lim Goh Tong(Genting) mempunyai pegangan hampir 2% saham Olympia dan 6% warrantnya.
  6. Warrant Olympia expired tahun 2012.
  7. Pejabat besar syarikat ini adalah di hadapan bangunan Bursa Malaysia.

Kenapa saya kongsikan counter judi ini?

  1. Saya hanya kongsikan untuk kajian bersama.Ini kerana saya mula 'mengekori ' saham ini dari tahun 2009.Pada tahun lepas,saya ada mencadangkan kepada pelabur 'tegar' dan beberapa chinese client untuk 'mengumpul' saham ini. Ketika itu harga mother sharenya berlegar dalam jajaran bawah 25sen dan anaknya(warrant) dibawah 10sen!
  2. Saya menggunakan sepenuhnya teknik olahan saya iaitu SGZC(Super Golden Zamcross) pada Monthly dan juga Weekly chart.
  3. Saya juga melihat pattern sebelum-sebelumnya.
  4. Fundamentally cash flow ada improving.
  5. Lesen judi bukan senang hendak diperolehi kerana tertakluk kepada pelbagai syarat ketat dari kerajaan Malaysia.

Hari ini,OLYMPIA sudah naik dari 25sen ke paras 45sen,warrantnya pula sudah menjana 'profit'hampir 100%.

Jadi,kepada bekas peserta BJS,gunakan sepenuhnya teknik 3 serangkai yang diajar.Emosi,Teknikal dan Fundamental.Olahkan kajian ini kepada saham pilihan anda.

Sekian,

Zamsaham 26 Jan 2011

0 comments: