TERAJU-Unit Peneraju Agenda Bumiputera
- memastikan hasil dicapai dalam jangka waktu terdekat.
- meningkatkan keberkesanan institusi dan mengkaji sama ada terdapat pertindihan dengan pelbagai badan dan institusi pada masa ini dan melihat keberkesanan institusi itu serta segala program yang sedang dilaksanakan.
- bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk mengenal pasti program baru supaya segala tindakan yang dilaksanakan dapat diselaraskan
- menentukan penilaian dari segi hasil dan prestasi.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif berkenaan akan dapat menyelaraskan usaha untuk menyenaraikan lebih banyak syarikat Bumiputera ke Bursa Malaysia menerusi sekretariat yang diletakkan di bawah TERAJU.Tahun ini, dijangka lima syarikat Bumiputera akan disenaraikan.Empat daripada lima syarikat yang dijangka disenaraikan di Bursa Malaysia itu ialah Ascendsys Sdn Bhd, Pelasari Corporation Sdn Bhd, Taiace Engineering Sdn Bhd dan FASK Capital Group Sdn Bhd. Inisiatif meningkatkan ekuiti Bumiputera menerusi penyenaraian syarikat milik golongan itu di Bursa Malaysia adalah agenda Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2007.SJJB mengenal pasti 30 syarikat Bumiputera yang mempunyai kemampuan dan kebolehan dalam perniagaan masing-masing yang mana sebahagian besar sudah memenuhi kriteria penyenaraian yang ditetapkan Suruhanjaya Sekuriti.
Bagi tujuan penyelarasan program yang lain, urusan SJJB akan dipindahkan kepada TERAJU tetapi jawatankuasa kerja SJJB akan kekal dipengerusikan Dr Awang Adek manakala Datuk Seri Najib akan terus mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif bersama ahli jawatankuasa yang sama.TERAJU juga akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan lain termasuk dewan perniagaan, badan bukan kerajaan dan sebagainya supaya pelaksanaannya mirip kepada program transformasi GLC yang diperkenalkan kerajaan.TERAJU akan mempunyai bajet operasinya sendiri tetapi pembiayaan program yang dilaksanakan melalui agensi tertentu. TERAJU juga akan mempunyai sasaran tertentu yang akan diumumkan kemudian.Bagi menentukan penilaian inisiatif yang berkesan, TERAJU akan melengkapkan pangkalan datanya dan membuat pemantauan terhadap program yang dilaksanakan. Sumber Berita Harian 9 Feb 2100
Komen Zamsaham: Menyokong sepenuhnya TERAJU kerana kekayaan negara haruslah dimiliki secara seimbang.Ini kerana jika ada 'gap' terlalu jauh di antara yang kaya dengan yang miskin,ditakuti akan mewujudkan hal-hal yang tidak baik sepert yang berlaku 'Krisis Mesir' baru-baru ini.Majoriti rakyat berpendapatan rendah tertekan dengan ketidakseimbangan policy kerajaannya.Yang kaya,super kaya..yang miskin tiada ruang untuk menjadi kaya!
Semoga TERAJU mencapai Objektifnya....bukan sekadar glamour sahaja!...amin
zamsaham, JB 10 FEb 2011
1 comments:
sy sokong komen TT, mmg betoi, biar jurang tidak terlalu jauh antra yg miskin dan kaya, klu x huru hara la negara
Post a Comment