PESERTA BJS DARI BRUNEI...!

Setelah berehat hampir 2 bulan kerana sibuk dengan hal-hal peribadi, minggu lepas (23 dan 24 April) berjaya sudah mengadakan ceramah Bengkel Jutawan Saham dan FCPO di PWTC Kuala Lumpur.
Peserta datang dari pelbagai negeri termasuk Penang, Kedah dan paling jauh Brunei!..Ini adalah kali kedua peserta dari Brunei datang selepas kali yang pertama pada tahun lepas March 2010-Dr Borhan. Sememangnya saya lebih selesa mengajar dalam jumlah peserta bawah 40 orang kerana bidang saham dan FCPO memerlukan pemahaman dan konsep yang mendalam terutama dalam bidang menganalisa. Lebih-lebih lagi ada yang pertama kali melihat harga saham di surat khabar The Star dan carta saham melalui platform canggih OSK Investment Bank Berhad!
  • Peserta kali ini ada yang sudah berpengalaman 'main' saham dan jumlah peserta baru pula lebih meminati FCPO. (FCPO ini bermaksud Future Crude Palm Oil atau bahasa melayunya, Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah Malaysia). Saya percaya, pelabur baru meminati FCPO kerana modal yang kecil dan keupayaan mencipta untung dalam 2 arah pasaran.Naik boleh untung,turun pun boleh untung!( begitu juga sebaliknya!)
  • Semoga ilmu yang dikongsi,diberkati Allah S.W.T dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh semua peserta yang hadir dalam mencari keuntungan dalam pasaran saham dan FCPO yang penuh dengan cerita dan rahsianya tersendiri...
Sekian zamsaham # 14-15 May 2011 akan berceramah di Persada Johor Pula. #Nak tengok gambar-gambar yang lepas boleh clik link ini http://www.zamsaham.com/galeri.php

4 comments:

orang suka main cpo sebab boleh untung masa harga turun...

Anonymous
May 3, 2011 at 6:27 AM comment-delete

rasa macam pendek ceramah tu.. klu dapat buat 2 hari utk cpo shj pun lg baik.. senang sikit masuk kepala utk org2 yg baru!

Anonymous
May 3, 2011 at 6:29 AM comment-delete

cpo ini mcm forex ker?

Anonymous
May 3, 2011 at 6:30 AM comment-delete

kalau nak 2 hari ceramah utk CPO,boleh aje...masuk kelas Personal Coaching dgn En.Zam...
@ hari belajar full tentang selok belok dunia FCPO

May 4, 2011 at 9:59 AM comment-delete