Beli Saham Tanpa Ilmu
Kurangnya pendedahan rakyat terhadap pelaburan di Bursa Malaysia adalah salah satu daripada faktor masyarakat melayu lebih tertarik untuk melabur di skim cepat kaya yang nyata mempunyai ejen dan pendedahan yang lebih banyak. Ini menyebabkan mereka tidak mengambil kisah mengenai kaedah jual beli saham disebabkan ketidakfahaman mereka terhadap proses pelaburan di Bursa Malaysia ditambah lagi dengan kejadian yang berlaku pada tahun 1997.
Sementara, kaedah ejen skim cepat kaya dalam menggunakan kaedah 'face to face' dalam menerangkan skim mereka ditambah lagi dengan janji-janji mereka untuk mengkayakan pelanggan mereka semestinya adalah satu cara yang lebih memberi kesan dan mampu meyakinkan mereka yang kurang pengetahuan dan lebih tinggi kemungkinan untuk ditipu dan dimanipulasi.
Pendedahan yang kurang ini dapat dibuktikan menerusi jumlah orang melayu yang membuka akaun CDS dan berjual beli di pasaran saham. Fakta menunjukkan jumlah orang melayu yang membuat pelaburan di Pasaran Saham adalah lebih sedikit berbanding mereka yang bukan melayu dengan nisbah 1:10, lantas menunjukkan bahawa orang melayu harus membuka langkah alternatif sekiranya tidak ingin ketinggalan.
Kesimpulannya, dengan lebih pendedahan dan ilmu yang diterima menerusi kaedah yang betul dalam teknik membuat duit, orang melayu akan lebih sedar akan penipuan dan tipu helah skim cepat kaya dan mampu untuk mengelakkan diri mereka dari ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dan pada masa yang sama, berkebolehan untuk terlibat dengan pelaburan di Bursa Malaysia seterusnya menaikkan potensi orang melayu dalam memajukan diri untuk wawasan yang lebih produktif dan berjaya.
1 comments:
nak faham lebih lanjut mengapa peneroka bantah penyenaraian FGVH, cuba la tonton video2 ni... http://www.youtube.com/watch?v=wDoYtHn79zY&feature=mfu_in_order&list=UL
Post a Comment