Nabi Muhammad S.A.W merupakan tokoh yang penting dalam sejarah Islam dan disanjung orang Muslim di seluruh dunia setiap tahun. Baginda telah memperjuangkan Islam dengan susah payah dan menghadapi dugaan perit dari Allah S.W.T demi memberi sinar kebenaran kepada umat manusia untuk sujud sembah di jalan yang benar. Dan, setiap saat baginda tidak berputus asa mahupun merungut dengan cabaran yang dihadapi membuktikan baginda merupakan manusia ciptaan Allah yang paling mulia di sisi-Nya.
Orang Muslim di seluruh dunia akan menyambut Maulidur Rasul setiap tahun pada hari ini sebagai tanda terima kasih dan memperingati pengorbanan baginda dengan berselawat dan memuji-muji baginda. Bahkan, perarakan juga dilakukan untuk menghormati hari keputeraan baginda. Dengan sifat Siddiq, Amanah, Tabliq dan Fatanah, baginda telah membawa dan menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia dan menyelamatkan umat dari terpesong dengan godaan dan helah syaitan.
Maka, Ucapkanlah selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dengan hati ikhlas semoga kita mendapat berkat untuk menemuinya satu hari nanti.

1 comments:

Amin,mudah2an kita tergolong dalam orang2 yg beriman

Jayjay
February 6, 2012 at 6:57 AM comment-delete