FELDA GLOBAL VENTURES HOLDING(FGVH) -Akan disenaraikan di Bursa Malaysia tahun 2012
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberikan keamanan dan ketenangan kepada bumi bertuah, bumi Malaysia. Kali ini saya hendak mengulas sedikit isu penyenaraian Felda Global Ventures Berhad.
Berikut adalah pandangan dan coretan peribadi saya tentang penyenaraian Felda:
- Perancangan penyenaraian FELDA bukan isu baru yang dibawa oleh Dato Seri Najib. Ianya satu perancangan oleh bekas perdana menteri Malaysia yang ke-empat iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad semasa pembentangan belanjawan tahun 2004..(Ketika itu saya baru bekerja di Pasaran Saham Bursa Malaysia). Idea Tun Dr Mahathir memang banyak orang yang mempertikaikan pada awalnya tetapi akui 'kehebatannya' pada akhirnya. Itulah dia idola pemimpin Melayu yang lantang berani mempertikaikan Yahudi di sidang utama dunia!
- Idea Tun Mahathir pada tahun 2004 tergendala untuk proses susun semula syarikat dalaman Felda dan beberapa isu yang memang saya tidak tahu.Yang saya tahu kini ianya dicadangkan semula untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.Katanya pada awal tahun 2012!
- Sekilas pandang sejarah Felda :
- FELDA atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, pastinya tidak dapat dipisahkan dengan negarawan ulung, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Perdana Menteri yang kedua. FELDA berperanan menyalurkan peruntukan kewangan kepada Rancangan Kemajuan Tanah Kerajaan negeri. Projek pertama di bawah pembiayaan FELDA ialah Projek Rancangan Kemajuan Tanah, Air Lanas, Tanah Merah, Kelantan seluas 1680 hektar pada Mac 1957. Rancangan-rancangan awal pembangunan tanah oleh FELDA ini meliputi tempoh Rancangan Malaya Pertama, iaitu dari 1956 hingga 1960. Bagi memastikan projek ini berjaya, Tun Abdul Razak telah turun padang merentas kampung dan desa bagi meninjau dengan lebih dekat setiap projek yang dilancarkan oleh kerajaan. Tun Abdul Razak sanggup berhujan, berpanas, mengharung belukar, lumpur, titi dan jambatan untuk berjumpa dengan penduduk luar bandar.
- Selepas berakhirnya darurat pada 1960.Tun Abdul Razak meneruskan matlamat menyusun semula ekonomi bangsa Melayu yang bergantung kepada sektor pertanian. Sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tun Abdul Razak telah membentangkan dengan jelas idea-ideanya tentang konsep pembangunan luar bandar dan rancangan kemajuan tanah dalam tempoh Rancangan Lima Tahun (1961-1965), FELDA telah berjaya membuka 60 rancangan tanah, menanam sejumlah 129 369 ekar getah, 9255 ekar kelapa sawit dan menempatkan sebanyak 9255 keluarga peneroka di tanah-tanah rancangan.
- Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Kedua pada 22 September 1970. Tun Abdul Razak terus memacu ekonomi luar bandar dan membela rakyat miskin terutama yang tinggal di luar bandar dengan mengemukakan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru yang diumumkan ketika pelancaran Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Program ini telah dirangka dengan memasukkan strategi yang bermatlamat untuk menyusun semula masyarakat Melayu di luar bandar yang bergantung semata-mata kepada bidang pertanian. Berikutan itu, konsep baharu dalam rancangan-rancangan tanah berdasarkan kepada pembangunan wilayah baru mula diperkenalkan seperti Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
- Dalam usahanya yang tidak mengenal penat lelah membangunkan negara dan membantu rakyat, telah kedengaran suara-suara sumbang mengatakan Tun Abdul Razak hanya mementingkan kaumnya sendiri. Walaubagaimanapun perkara ini telah diperjelaskan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Thong Yaw Fong (dipetik dari buku Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot) bahawa, “Secara kebetulan kemiskinan berada di kampung-kampung dan yang miskin adalah orang Melayu. Matlamat Tun Abdul Razak pula adalah untuk pembangunan nasional yang memerlukannya untuk membetulkan ketidakseimbangan”. Oleh hal itu, tumpuan terpaksa diberikan kepada kumpulan ini dengan memasukkan mereka ke dalam rancangan pembangunan tanah seperti FELDA.
- Jadi, syukurlah kita mempunyai Felda,ramai kawan saya dan sebahagian saudara mara saya masih tinggal di Felda yang dahulunya pada awal penerokaan kawasan susah kini sudah boleh tersenyum merasai hasilnya. Jalan-jalan bertar,rumah yang besar serta mempunyai tanah.
- Jika dibandingkan pendapatan gaji orang Felda adalah lebih tinggi dari orang yang bekerja di bandar-bandar besar! Orang bandar, gaji mungkin besar, tolak hutanh-piutang, pendapatan orang bandar jauh lebih kecil berbanding peneroka. Rumah-rumah orang bandar jauh lebih kecil dan tiada ruang untuk anak-anak bermain di halaman rumah.
- Majoriti orang dahulu yang berhijrah ke bandar-bandar mempunyai nasib yang tidak sebaik orang-orang kampung yang berhijrah mengikuti program penerokaan kawasan ladang anjuran Felda ini.
- Sekadar renungan ,jika FELDA belum ada lagi dan sekarang ini barulah idea penubuhan FELDA baru hendak dilancarkan, adakah idea ini akan diterima oleh semua bangsa?!..pastinya idea ini akan ditentang habis-habisan oleh bangsa Ultra Kiasu dan segelintir melayu yang sudah lupa akan jati diri melayunya. Lebih-lebih lagi bangsa melayu bercakaran sesama sendiri dan tidak boleh bersatu dalam kepentingan agama mahupun hal berkaitan ekonomi. Bersatu baru kita maju..
- Sebelum itu, saya suka untuk pembaca blog saya menilai semula isu penyenaraian saham Tabung Haji Plantation Bhd di Bursa Malaysia. Ketika itu ramai ahli politik dan 'cendekiawan' yang tidak bersetuju kerana mereka rasa ianya bertentangan dengan idea asal cadangan kertas kerja Prof Di Raja Ungku Aziz pada tahun 1959! Mereka takut orang bukan Islam akan menggugat pegangan saham TH dan beberapa isu yang membuatkan pendeposit TH resah akan penyenaraian saham Tabung Haji Plantation. Hakikatnya setelah lebih 5 tahun tersenarai di Bursa Malaysia berikut adalah kesannya kepada Tabung Haji:
- Tabung Haji Plantation disenaraikan pada tahun 2006 dengan harga RM1.25 dan setelah diambil kira bonus issue dan lain-lain dividen sahamnya sudah meningkat lebih 260%. Harga sekarang Th Plantation adalah pada harga jajaran RM2.20-Rm2.50 dan berdasarkan kepada Teknikal Analisis saham THP dalam trending menaik.
- Pegangan saham THP berdasarkan 10 pemegang saham terbesar adalah terdiri dari entiti orang Melayu Islam.Pemegang saham terbesar masih lagi Tabung Haji dengan pegangan 324,354,000 atau 63.34% dengan modal pasaran sebanyak RM800 juta dan diikuti oleh KWSP sebanyak 5.74% dan lain-lain entiti Islam lebih kurang jumlah kesemuanya lebih 80%! Berdasarkan jumlah pegangan ini, saya lihat ianya membantu meningkatkan nilai perniagaan TH Plantations dan seterusnya mengangkat ekonomi dan imej orang Islam itu sendiri.
- Untuk makluman,saya ada client yang dapat diperuntukkan saham TH Plantation melalui 'pink' form TH Plantation dan tidak menjualnya sampai sekarang. Kaut untung dividen tiap-tiap tahun!
- Kini idea penyenaraian saham Felda ditentang pula oleh orang melayu sendiri. Bangsa Ultra kiasu menambahkan rasa 'cili' untuk memanaskan dan melaga-lagakan bangsa melayu sendiri. Mereka mempertikaikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi dan isu tanah peneroka akan tergadai bila disenaraikan. Ada juga isu 'permainan' saham akan membuatkan peneroka jatuh miskin dan sebagainya. Apapun, saya bersyukur ada ramai yang menyokong penyenaraian saham FGVH ini.
- Saya pun sependapat dengan rakan-rakan yang tidak suka akan pengerusi KPF. Isa Samad ada jasa dan 'problem'nya tersendiri. Walaupun begitu, jangan kerana isu ini, hasrat untuk memajukan Melayu dan khususnya untuk memajukan dan mengangkat martabat Felda terbengkalai lagi!
- Bertuah rasanya kita mempunyai PETRONAS yang diusahakan oleh tangan-tangan orang melayu. Tetapi yang memperlekehkan keupayaan orang melayu adalah orang melayu itu sendiri. Contohnya semasa penyenaraian saham Petronas Chemical pada tahun lepas ada ramai orang termasuk segelintir staf anak syarikat Petronas sendiri yang memperlekehkan keupayaan saham Petronas Chemical Bhd naik pada hari penyenaraiannya. Malaysia Heavy Enginering Berhad, pun ada yang mempertikai.Paling terbaru saham ialah saham Malaysia Sugar Manufacturing (MSM) yang diragui keupayaan keuntungan perniagaannya kerana harga gula dikawal oleh kerajaan. Hakikat yang kita perlu ketahui selepas Felda membeli saham dari Rubert Kuok pada nilai RM1.30billion, tahun lepas adalah antara banyak tahun isu bekalan gula tidak mencukupi pada hari raya tidak lagi kedengaran. InsyaAllah, isu gula disorok dan tidak cukup stok kat pasaran mungkin tidak timbul lagi.
- Sebagai selingan, saham MSM kini bermain dalam jajaran RM4.50-RM5.00 iaitu kenaikan hampir 33% tidak sampai setahun tersenarai di Bursa Malaysia. Penyenaraian MSM ini juga pastinya akan memberikan kesan positif kepada Koperasi Felda.
- Pulangan dividen kepada ahli koperasi Felda pastinya akan lebih baik jika saham FGVH disenaraikan kerana selepas penyenaraian, penjalanan perniagaan akan lebih telus dan pastinya akan lebih tersusun. Pengurusan yang 'lebih' profesional dan melahirkan generasi peneroka berwawasan bukan sahaja bertani tetapi mengembangkan sektor perladangan kepada perniagaan yang menguntungkan.
- Penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia mengukuhkan organisasi Felda kerana ianya terikat dengan syarat ketat penyenaraian awam.Bukan mudah untuk tersenarai.Bukan semua syarikat milik melayu boleh mudah-mudah diterima tersenarai di Bursa Malaysia.
23 comments:
Baguslah pergi senarai di Bursa Malaysia..macam diceritakan la...bukan mudah nk tersenarai..boleh tingkatkan mutu FELDA jgk...kalau company bagus,mestilah bonus lagi bagus..KELEBIHAN BERGANDA memang sesuai dengan penyenaraian FELDA ke Bursa Malaysia.
org felda generasi lama mmg susah..yg baru2 punya genrasi nie je yg lebih2..hidup dah senang..sy pun bekas anak peneroka..ada jga kebaikan masuk pasaran saham..
saya setuju dgn Budin...org-org yg selesa xnak melangkah satu perubahan...kan bagus pergi listing.
penyenaraian felda dalam pasaran saham boleh memberikan impak besar terhadap ekonomi negara. Natijahnya, bila sesuatu itu ditentang keras, ia akan mendapat kejayaan setaraf dengan kekerasan yang ditentang. Ironi dunia :)
kan bagus kalau felda pergi listing. sape lg yg nk tolong org melayu kalau bukan org melayu sndr..
sapa2 ada duit boleh terjun nie.
listing saham felda mesti ambik..
peluang buat duit kat ipo...kayoo org felda ..aku nak carik awek felda lepas ini
good info bro thank for sharing is other
Felda dengar khabar memang jadi lisnting sebelum bulan 4 tahun ini..semoga tidak ditunda lagi.
Felda dengar khabar memang jadi lisnting sebelum bulan 4 tahun ini..semoga tidak ditunda lagi.
Memang tengah tunggu FGV ni listing...akan jadi salah satu bluechip company..untung kalau dapat.
listing tu bagus tapi janganlah sampai pajakkan tanah felda.
anda faham tak apa isu sebenar??? FGVH tak cukup aset utk disenaraikan, so, nak ambil aset KPF.. itu yg peneroka bantah.. kalau nak senraikan FGVH tanpa libatkan harta KPF, tiada sape pun nak bantah.. mcm2 cara Isa buat.. sampai sanggup rampas kuasa sbg pengerusi KPF.. dia bukan ahli KPF pun sebenarnya, tp tiba2 jadi pengerusi KPF... byk lagi la isu pasal FGVH ni.. anda sila la buat research lagi... tq
Pada hemat saya, Tanah atau aset yang Peneroka Felda adalah unik...Jika tanah felda dikatakan aset kepada peneroka,sudah tentulah ianya boleh dijual kepada orang lain. Ini tidak mungkin berlaku kerana Akta Tanah Berkelompak 1960 yang motif diberikan hanya untuk sebagai kawasan hakmilik pengurusan tanaman pertanian.
Matlamat awal kena faham..membantu penduduk luar bandar meningkatkan taraf ekonomi dari miskin kepada lebih baik.Dan sekarang majoriti sudahpun nampak perubahannya...
Tanah peneroka felda tidak boleh dijual dan bukannya mudah untuk dipindahkan ke waris apabila meninggal.
Jika senarai,nilai tanah ini dapat diterjemahkan kepada harga pasaran saham. ini akan memberikan kesan positif kepada saham terbesar FGV iaitu KPF..surelah untung dividen dan keuntungan dari harga saham..
Apa cerita banyak...Kerajaan dah tolong dari susah sampai sekarang dah senang...ko kutuk balik kerajaan!...apa cerita bro!..
aku balik felda Air penawar ..peneroka felda hidup lebih senang dari bapak aku yang berhijrah ke KL nie!!...tiap2 bulan ada duit poket!!..
Felda di ditubuhkan atas kuasa politik...! Felda tu juga buah tangan UMNO!!..
Jadi,biarlah NAJIB pilih siapa dia suka!...yang penting niat dia nak majukan dan kayakan orang Felda!..kan bapak dia-razak yang buat..tak kanlah Najib punya bangang nak rosakkan!!!
faham tak pasal isu defisit 1.5 bilion tu?? kalau tak faham (atau buat2 tak faham), biar saya terangkan.. tanah felda plantation mampu bg hasil dlm 2 bilion setahun.. tanah tu nak dipajakkan kpd felda global dgn harga 250 juta setahun.. selain tu, felda global juga akan beri 15% keuntungan setahun kpd felda (anggaran dlm 250 juta juga) ... so, pendapatan felda skrg hanya tinggal 500 juta je setahun... peneroka yg kurang waras je yg setuju dgn cadangan penyenaraian tu.. nak listing boleh, tp jgn libatkan harta KPF... faham tak???
Kalau dah bodo bangang tu mana diorg paham.jadi cam pak kaduk.
korang p buat research sape tansri isa tu pengerusi felda skrg.p bukak mata sikit..baca rekod bangkai tuh.
Kerajaan dah byk bantu org melayu seblom ni.. bila dah rasa pandai skit mulalah nak membangkang... semua serba tak kena.. Kita tggu dan lihat saja.. kalau dah ilmu di dada pun tak sedalam mana..tak payah nak menunjukkan pandai..
Ayah saya pernah jadi peneroka felda awal tahun 1972 dulu, waktu itu elaun ayah sebagai upah kerja rm75 sebulan. Beberapa bulan kemudian saya dapat tawaran belajar di ting 6, ayah terpaksa menoreh getah di kampung, lepas itu bila pulang cuti penggal saya kene jalan kaki hampir 10km kerana tiada kenderaan masuk, ayah ambil keputusan keluar felda, ayah tetap rajin buat kebun tetapi tidaklah sehebat felda, alhamdullilah pengorbanan ayah saya balas dgn belajar sungguh2 hingga dapat ijazah dan dapat kerja yang baik. Saya lihat felda hari ini begitu kukuh, saya percaya kepada prestasi felda. Saya mahu tumpang nikmat kejayaan felda maka saya beli saham FGV waktu tengah murah ini di pasaran terbuka, ingat beli saham pakai duit sendiri, elakkan meminjam. Nampak dah naik sikit.
SO APA CITER SAHAM FGVH SKRG??
Post a Comment