TAHUN NAGA Menghembuskan "API" nya ke pasaran saham ?!

CORETAN Sebelum Tahun NAGA-2012

  1. Beberapa bulan lepas (Jun -Disember 2011) pasaran saham berada dalam mood 'volatile' . Ada sesetengah penganalisis pasaran yang begitu panik dengan mencadangkan jual dan meramalkan yang tahun 2012 akan menjadi lebih teruk. Saya pula melihat dari kaca mata berbeza. Melihatnya sebagai peluang keemasan untuk membuat pilihan dan pembelian pada harga super diskaun! Terdapat beberapa saham yang jatuh menjunam seperti Petronas Chemical yang turun dari harga RM7.50 sehingga RM5.20!. 9.00 turun sampai 6.70sen..dan begitu banyak saham lain yang turun diantara 20
  2. Anda mungkin masih ingat, saya ada mencadangkan untuk membuat pembelian dengan tafsiran yang pasaran tidak akan turun jauh lagi dan hanya akan seketika 'sideway' sebelum meneruskan perjalanan trend menaiknya. http://zamsaham.blogspot.com/2011/11/komen-zamsaham-akan-peluang-beli-saham.html Saya juga ada kongsikan kepada rakan facebook closed group"Zamsaham Private Client"supaya 'pick up' saham yang dicadangkan. Antaranya UNISEM (1.00) UNISEM-WA (0.235), Proton (2.64), Supermax (2.80), Hibiscus (0.50sen) dan banyak lagi. Kepada yang pickup saham-saham yang dicadangkan,rata-rata sudah mula menampakkan senyuman! Alhamdulillah..Syukur!
  3. Pada bulan masa tersebut(Jun -Disember 2011) saya ada berpesan ,"jangan kontra ketika market sideaway kerana pasaran sideway adalah antara pasaran yang paling susah buat duit untuk pemain kontra". Jika hendak masuk pasaran, 'pick up' adalah yang terbaik.
Coretan selepas masuk Tahun Naga 23 Jan 2012

  1. Malam tadi tepat jam 12.00, kawasan kejiranan saya main mercun macam seperti pihak kerajaan atau pertunjukkan bunga api Jom Heboh!. (ada yang habis lebih 30K untuk semalam permainan mercun). Mereka semua bergembira kerana masuknya meraikan Tahun Baru Cina yang tahunnya adalah tahun NAGA.
  2. Bangsa Cina percaya tahun ini adalah tahun ONG!..tahun tuah bagi yang berniaga!..Ekonomi pula akan pulih pada tahun Naga ini.
  3. Itu pandangan berdasarkan 'Fengshui', pandangan saya dari kaca mata analisa pasaran saham nampaknya seiring dengan pendapat mereka! Ini kerana saya nampak dari 'Long Term Chart' terdapat begitu banyak saham yang 'baru sahaja' hendak masuk semula arah trend menaiknya.
  4. Untuk makluman, trend baru hendak naik ramai pelabur yang agak tidak percaya, lebih-lebih lagi sentimen berita pasaran yang tidak baik seperti masalah ekonomi sebahagian negara Eropah dan juga masalah ekonomi US. Ada masa dan ketika sebagai pelabur kita perlu melihat berita yang buruk itu baik ,dan berita yang baik itu mungkin boleh jadi berita buruk.
  5. Oleh itu semoga kajian saya dengan meramalkan yang pasaran saham akan meneruskan trend menaiknya dari paras Indeks Bursa Malaysia 1400 ke 1600 mungkin akan tercapai dalam masa terdekat. Jika NAGA menghembuskan 'Apinya' penanda aras Bursa Malaysia mungkin mencecah 2000 mata dalam masa kurang 3 tahun dari tahun ini iaitu Tahun NAGA!..
  6. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan " GONG XI FA CHAI" kepada semua client saya yang berbangsa Cina.

Zamsaham,KULAIJAYA-23 Jan 2012

#Tahun ini tak kurang 20 kotak Limau dapat..ermm mari ramai2 makan limau sampai bulat perut..Seronok tengok Malaysia aman damai.Semoga sikap toleransi dan saling hormat-menghormati berterusan sampai anak cucu!

4 comments:

itu hari dah komen pasaran saham akan naik menjelang tahun 2012!
http://zamsaham.blogspot.com/2011/11/komen-zamsaham-akan-peluang-beli-saham.html

January 23, 2012 at 10:57 PM comment-delete

Huhu, Supermx sentiasa dalam radar saya kerana fundamental nya yang kukuh, tapi encik Zam punya cadangan kat private client berdasarkan TA semata kah?

Cambest n terasa nak join wshop lah kalau camtu, sebab saya cuma pakai sense jer untuk collect Supermx bawah rm3. Kalau ada specific indicator bagus juga...

GBuddy
January 23, 2012 at 11:35 PM comment-delete

tahun baru tahun 'ONG' !

Zakry
January 24, 2012 at 6:53 PM comment-delete

minggu raya cina kurang pergerakan indeks
mungkin minggu depan pelabur dah mula masuk semula lepas cuti panjang tempoh hari

Jay Futures
January 29, 2012 at 4:21 PM comment-delete