Isu: Forex Haram -Peluang melabur di Pasaran Hadapan Indeks Bursa Malaysia dan Minyak Sawit Mentah Malaysia.
Forex sudahpun difatwakan haram di Malaysia.
- Pemain - pemain Forex boleh menggunakan kemahiran dan 'skill' yang ada diaplikasikan dalam Pasaran Hadapan Indeks Bursa Malaysia atau FKLI. Menariknya bermain FKLI setiap satu point pergerakkan naik atau turun adalah RM50.00!
- Skill yang sama juga boleh digunakan dalam pasaran minyak sawit mentah malaysia atau dikenali sebagai FCPO. 80% klien saya meminati FCPO ini kerana ianya lebih dekat dengan sawit dan memahami sedikit sebanyak faktor asas yang mempengaruhi harga sawit. So, mudahlah mereka membuat analisa sama ada harga diramal akan naik ataupun turun.
- Untuk pelaburan dalam FCPO, majoriti mengatakan ianya Harus dan tiada masalah untuk anda menceburinya. Ini kerana asas penubuhan FCPO dalam Bursa Malaysia Derivatives adalah untuk tujuan Hedging atau lindung nilai bagi Tokey ladang Sawit dan juga Pengilang yang mengunakan bahan asas dari Minyak Sawit. Ringkasnya, Tokey ladang sawit takut harga sawit TURUN manakala tokey kilang sabun (bahan asas nak buat sabun minyak sawit) takut harga Kos NAIK. Disinilah lindung nilai berlaku apabila mereka memasuki pasaran hadapan minyak sawit mentah Malaysia. Penerangan bagaimana proses ini berlaku biasanya saya terangkan di KLINIK FCPO.
- Berbalik kepada Isu forex yang diharamkan, pada saya ianya bukan satu masalah kerana pencinta forex boleh memasuki pasaran yang tidak kurang hebatnya dengan pasaran forex.
- Hampir 100% cara analisa dari fundamental dan teknikal dan termasuk 'terms' seperti margin call, market order Long dan Short adalah sama!
- Pengetahuan dan pemahaman tentang trend itu adalah segalanya .Ini kerana jika anda sudah faham tentang trend, untuk untung dalam pasaran forex mahupun FCPO bukanlah satu yang mustahil. Ini kerana hampir 90% klien saya termasuk diri saya sudah merasai kemanisan keuntungan dalam pasaran FCPO mahupun FKLI.
- Apapun, uniknya semua client saya diajar untuk tidak agresif dan terlalu kerap memasuki pasaran. Ini kerana teknik kawalan emosi dan strategi mengenal trend dari mid term ke short term amatlah dititikberatkan.
- Lagi satu yang menarik, majoriti klien saya dapat info samada pasaran hendak naik atau turun dengan paras jangkaan sokongan dan rintangan setiap hari sebelum pasaran berlangsung. Maklumat ini diberikan dalam 'Group Facebook Tertutup Zamsaham FKLI & FCPO Trader'. Dan untuk pengetahuan semua, ramalan Team Zamsaham adalah hampir 90% tepat!...
- Bukan mendabik dada, tetapi segala usaha yang dilakukan berdasarkan kajian dan latihan pastinya akan membuahkan hasil!
- Saya percaya, tidak kira anda melabur dalam pasaran Forex ataupun FCPO/FKLI rajin berusaha dengan penuh sabar serta disulam dengan disiplin adalah kata kunci kejayaan dalam bidang ini. Ingat, ianya adalah pasaran berkonsepkan 'ZERO SUM GAME' jika ada pemenang pasti ada yang kalah. Jadi yang membezakan pemenang adalah orang yang paling bijak mengawal emosinya!!
15 comments:
jangan biarkan diri anda diselubungi misteri halal/ haram FOREX...
CEBURkan diri ke dalam pasaran FCPO,tiada misteri lagi..hehehe
haha...selamat menaiki roller coaster buatan Malaysia dengan tenangnya!
Mana satu betul ni bro?
Fatwa Malaysia Je kata Forex ni Haram,tapi Fatwa Arab Saudi dan Fatwa Dunia kata halal.mana satu kita nak ikut ni?
kita ikut waktu puasa di arab saudi walaupun duduk di Malaysia.
berkiblatkan kaabah di Mekah walaupun kita duduk di malaysia
apapun,semoga kita semua berada jalan yang lurus..
Kawan baik saya sendiri pun masih main forex dan dalam masa sama main FCPO juga.
yang penting hati mahu happy dan ending profit.
haram ke tak terpulang pada pandangan masing sama ada nak ikut Fatwa ini atau tidak.
fatwa berlandaskan BNM kot? wallahu'alam.
Pokok pangkal hati, klu rasa cara haram ,tinggalkan..jgn biarkan diri anda dilanda was-was ,kelak diri akan tewas .
ape lagi..ini la peluang utk mencari yang halal....
Jangan salah sangka, FCPO dan Index Futures pun apa kurang risikonya dan halal haramnya belum tentu lagi. Kalau kita bermain dengan cara berjudi maka jadi judilah ia dan jatuh haram.Bagi aku yang pernah jadi dealer's rep dah sangat faham fcpo dan Index Futures, aku lebih senang bermain forex kerana kita main forex kita sendiri yang control game terutamanya pakai mt4. Kalau ada sofware untuk FCPO dan Index Futures macam mt4 atau 5 mungkin aku percaya peluang untuk buat duit lebih cerah lagi, kalau tidak jangan harap...Dan lagi satu forex pun ada urusniaga yang bercirikan Islam,tidak ada swap dan lain2 yang berunsurkan riba, tunggu apa lagi jom main forex.
masta taknak komen ke??
Asam garam kehidupan sahaja ni...jika forex haram, baru ada "balance" of life, jika siang ada malam, pagi ada petang, maka halal mesti ada haram, siapa yg mengharamkan...?? sudah tentu bukan Allah, tetapi manusia yg suka dan taksub dgn mazhab2 yg sudah pasti bukan mazhab orang2 Melayu...kihkihkhi...lantak pi hangpa lah, pagi halal, ptg haram, malam halal balik....pi mai pi mai tang tu jugak...
Bodoh la ko, nk ajak orang jgn condemn org lain..Bingai.. Ko tu takde ilmu mmg la bodhoh iut sgt Fatwa keraajaan, kalau kerajaan kata babi halal pon ko makan. Gov sekat forex coz takut institusi bank lingkup.. Tak leh pikir ke? jgn jd bangang la..
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO di: 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D
saya baca hadis nabi .s.a.w soheh - saya faham bahawa "forex nasiah" tu haram, forex spot tu halal, soheh berdasar dalil dan ilmu. Jangan cakap sesuatu dlm.kadaan jahil.
Post a Comment