Melayu Mudah LUPA & Kajian Pasaran Hadapan Minyak Sawit Malaysia untuk awal tahun Feb-April 2013

MELAYU MUDAH LUPA?

Ini adalah statement dari Tun Mahathir yang saya ingin tambahkan...sebenarnya bukan MELAYU mudah lupa sahaja tetapi semua PELABUR SAHAM termasuk spekulator kecil MUDAH lupa apa yang pernah menimpa mereka. Lupa yang mereka pernah susah dahulu berdasarkan sering buat tindakan berdasarkan emosi...(suka Long di pucuk-pucuk disetiap 'wave kenaikan' dan SHORT di paras terendah di setiap 'wave penurunan)

Berbalik kepada kajian saya dahulu yag mengatakan harga FCPO akan turun..ketika itu harga berlegar-legar pada jajaran 2950-3050 adalah tepat 100%. Ini kerana harga terus berdesup turun kebawah 2500 dalam masa tidak sampai sebulan!..ramai ahli ZPC yang buat duit dengan menembak SHORT KETIKA harga sedang senyap dan hasilnya banyaklah testimoni kejayaan.Terima kasih saya ucapkan dan doakan kejayaan kepada yang sudah berikan testimoni ikhlas ini.

Tetapi kejayaan akan memberikan berita duka jika TERLUPA akan pesanan untuk kekal buat semakan dan kajian dan kekal kurang keluar masuk pasaran.

SPEKULATOR KECIL LUPA MEREKA BERADA DI PASARAN HADAPAN
Pemain lupa yang mereka berada di pasaran hadapan dan kontrak FCPO yang mereka ambil paling cepat pun adalah 3 bulan jarak masa dari sekarang..Oleh kerana masanya adalah 3 bulan ke hadapan kita perlu berfikiran 3 bulan ke hadapan dan jika boleh lebih dari itu seperti TUN Mahathir yang jauh sampai ke tahun 2020!..

Dari pengalaman saya, hampir kesemua buku teknikal analisis mengatakan TREND adalah rakan baik kita dan mesti masuk ikut arah trend. Saya setuju 100%!..
TETAPI saya hanya BERSETUJU jika kita masuk Di permulaan trend dan bukannya di penghujung trend!
Ini kerana ramai pelabur saham dan pemain pasaran hadapan yang suka masuk di penghujung trend. Jika trend itu naik mereka akan LONG di penghujung trend manakala jika trend itu turun mereka akan SHORT dengan ghairahnya ketika penghujung trend-trend tersebut. Mereka percaya kepada berita ketika itu dan lupa mereka berada di pasaran hadapan.
Mereka LUPA yang mereka sudah berkali-kali KENA perangkap ini dan sering tidak berubah!...untuk berubah sebenarnya MUDAH asalkan anda ingin berubah dari melihat carta dan HARGA secara live kepada membuat kajian secara bertulis!
 
KAJIAN KENAIKAN TEPAT 100% di TUISYEN FCPO.
Berbalik kepada kajian saya semasa TUISYEN FCPO baru-baru ini saya mengatakan SHORT SUDAH TIDAK SESUAI pada harga ketika itu 2300-2350 kerana menjangkakan harga akan naik ke 2500 dan tak mustahil akan mencecah 2600 2650!. Syukur kepada ALLAH, jangkaan berdasarkan RASA dengan KAJIAN tepat 100%!. Harga tertinggi pada 25 Oct 2012 adalah 2615.

Oleh kerana harga bergerak dalam ZIGZAG, jika naik maka ramai spekulator KECIL konfiden harga akan NAIK, KETIKA itulah RASA mereka salah! dan harga akan turun!..Walaupun begitu kajian saya kali ini, penurunan sebenarnya adalah satu RAHMAT kepada anak-anak kapal SEMUA untuk menambah LONG positon yang ada atau yang belum ada untuk menembak dengan PELURU LONG sahaja.


KENAPA PERLU MENCARI 'BEST ENTRY' LONG SAHAJA?

Berikut adalah sebab musababnya!
Anda boleh rujuk lampiran carta dan lihat apa yang berlaku pada setiap Nov dan Desember setiap tahun.
  1. Berdasarkan kajian saya dari tahun 2007 sehingga sekarang..setiap tahun pada bulan October adalah bulan terendah dan diikuti dengan bulan yang confuse "doji' pada bulan November.
  2. Selepas November - iaitu sekarang dan pada bulan depan-DISEMBER harga dijangka akan NAIK. Lihat carta Monthly anda akan temui jawapan tepat!
  3. Dari sudut teknikal, emosi dan keghairahan untuk SHORT sudahpun melampau dan pastinya akan 'dibetulkan' sebanyak mana penurunan yang sudah berlaku!. Kepada semua anak-anak kapal anda boleh lihat pada harga yang sudah keluar dari 'Standard Deviation' pada Bollinger Band!
  4. Harga juga jauh dari kebiasaan seperti yang digambarkan oleh Moving Average 7 yang bernilai pada 2950!. Jika based kepada situ sahaja, harga sekarang 2450-2500 ini boleh menjanjikan pulangan bernilai lebih RM5000 untuk satu lot sahaja.
  5. Seperti digambarkan pada carta Long term chart dari 2007 sehingga sekarang 2012, anda akan lihat major trendnya adalah 'SIDEWAY' dan untuk kajian ketika sideway  indikator Storsi  nampaknya sudah stabil  dengan Ratio 16.8: 38. Ini sudah cukup untuk mengatakan trend turun sudah sampai kepada kemuncaknya dan paling berbahaya untuk SIMPAN SHORT!
  6. Saya adalah orang yang percaya Teknikal Analisis menggambarkan fundamental atau perkara yang memberi kesan logik kepada harga untuk Spekulator besar memastikan teori pasaran hadapan ini terus LOGIK dikekalkan.
  7. Oleh yang demikian, harga sekarang 2400-2500 adalah rendah jika diambil kira kesan musim hujan lebat yang mungkin akan memberikan kesan banjir kepada banyaknya ladang sawit di Malaysia.
  8. Dari maklumat ladang ..saya dengar buah sememangnya akan kurang pada awal tahun depan atau dikenali sebagai musim melawas yang pastinya akan memberikan kesan positif harga untuk NAIK kerana kurangnya hasil pengeluaran.
  9. Ekonomi Malaysia pastinya akan berubah dari terkesan dengan kegawatan tahun 2008-2009 kepada ekonomi yang lebih cemerlang pada tahun kelima kegawatan 2013 nanti. Cuba anda fikirkan, "Mana mungkin tiap-tiap tahun ekonomi hendak gawat seperti yang berlaku di US dan negara Eropah yang lain?!"
 Berikut adalah pandangan kajian berdasarkan kajian Jangka masa sederhana panjang dan sesuai bagi trader yang tidak aggresive. Saya lebih suka untuk melihat trader yang tidak aggresive dan jarang keluar masuk pasaran kerana mereka inilah sebenarnya pemenang dalam peperangan yang berkonsepkan 'Zero Sum Game' ini. Mereka menang kerana dapat berfikiran lebih waras dan bijak mengawal emosi yang merupakan tonggak kejayaan dalam FCPO.

Sekian,

Zamsaham, Setia Tropika,JB
# petikan atas adalah dari Nota yang dpetik dari Facebook tertutup Zamsaham FKLI& FCPO trader.

0 comments: