Ketua Secretariat 'Ekspo Pelaburan & Pasaran Saham Malaysia
Lebih sebulan saya sibuk dengan persiapan MISEE 2013-Malaysia Investment & Stocks Exchange Expo.Penganjurnya adalah Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia dengan kerjasama dari Majlis Belia Felda Malaysia dan juga Dewan Perniagaan Iskandar Malaysia.
EKSPO Pelaburan dan Pasaran
Saham Malaysia 2013 (Malaysia Investment & Stocks Exchange Expo) (MISEE 2013)
dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen PERSADA Johor, Johor Bahru,Johor pada
17 hingga 19 Mei depan.
MISEE 2013
menggabungkan dua segmen iaitu segmen Pelaburan Am dan segmen Pelaburan Pasaran
Saham.Untuk segmen Pelaburan Am,pihak penganjur akan menghimpunkan peneraju
dana amanah seperti Public Mutual ,CIMB
Wealth,Amanah Saham Mara dan dana-dana di bawah pengurusan Permodalan Nasional
Berhad. Disamping itu, pelaburan dalam saham koperasi juga skim kepentingan
yang diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) juga akan
ditampilkan. Kita tidak mahu penipuan
skim pelaburan beras 1 Malaysia di Kuching Serawak yang mengakibatkan kerugian
hampir RM10 juta berulang lagi. Selepas ini, pengunjung akan dapat kesan
samaada pelaburan skim kepentingan seperti Ikan Keli atau Arowana itu sah
ataupun tidak.
Ekspo selama 3 hari
ini akan menampilkan satu segmen yang menarik iaitu pendedahan bagi pelaburan pasaran saham.Pengunjung boleh
mendapatkan maklumat secara terus syarikat tersenarai dari segi maklumat perniagaan,penyata kewangan serta melihat
sendiri produk atau servis yang ditawarkan.Ini akan mewujudkan pemahaman
,apabila membeli saham sebenarnya pelabur adalah sebahagian dari pemilik
syarikat. Pelaburan saham adalah perniagaan dibelakangnyanya yang bermaksud
teras perniagaan dan pencapaiannya adalah antara sebab utama prestasi harga saham dan keupayaan
syarikat membayar dividen tahunan yang konsisten.
Penganjur akan mengumpulkan firma broker saham terkenal
seperti OSK Investment Bank,Hwang DBS,Maybank Investment,CIMB Investment untuk
memudahkan pengunjung terus membuka akaun pelaburan saham atau lebih dikenali
sebagai CDS(Central Depository System) dengan bayaran serendah RM10 sahaja.
Remisier-remisier di
bawah Persatuan Remisier Bumiputra(PRIBUMI)
juga akan diberikan satu ‘booth’ khas untuk memberikan khidmat wakil
niaga bagi proses jual beli saham kepada pengunjung yang hadir.
MISEE 2013 dianjurkan
oleh Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia (PPSMM) dengan kerjasama Majlis
Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Iskandar
Malaysia Johor (DPI) serta Ia diuruskan oleh MISEE Events Sdn Bhd.
Penganjuran MISEE 2013
adalah inisiatif dan komitmen PPSMM dengan sokongan MBFM dan DPI untuk membantu
kerajaan meningkatkan kecenderungan masyarakat kepada pelaburan yang lebih
terjamin, mematuhi undang-undang serta menguntungkan selain meningkatkan kesedaran
mengenai risiko terjebak dengan pelaburan skim cepat kaya yang merugikan.Polis
Diraja Malaysia bahagian Jenayah Komersial juga dijemput untuk mengadakan satu
taklimat khas tentang penipuan skim cepat kaya.
Pelbagai agensi, syarikat
dan koperasi utama dijangka menyertai ekspo itu. Antara yang sudah memberikan
komitmen penyertaan ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Jenayah
Perdagangan PDRM, Public Mutual Berhad,Felda Global Venture Bhd, Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT),
Iskandar Malaysia, Johor Corporation,Boustead Berhad,Kulim Berhad dan OSK Investment
Bank Berhad dan Malaysian
Industrial Development Finance Berhad
Pada masa sama, pihak
sekretariat terus mengalu-alukan mana-mana syarikat, agensi mahupun koperasi
yang berminat untuk menyertai ekspo ini.
Dewan MISEE 2013 dibuka
mulai jam 10 pagi sehingga jam 6 petang dan masuk adalah percuma.
Penyertaan organisasi
utama seperti ini dijangka menarik lebih 50,000 orang pengunjung sepanjang
ekspo itu termasuk dari kalangan pelabur runcit, pelabur baru yang berpotensi
serta pelabur asing terutama dari Singapura dan Indonesia,staff syarikat
tersenarai terutama yang mempunyai ESOS, dan juga pelajar institusi pengajian
tinggi . Satu taklimat khas juga akan diberikan kepada
sebilangan besar peneroka Felda kawasan Johor untuk diterangkan proses
pelaburan sebenar.Mereka juga akan dibawa melawat ruang-ruang pameran syarikat
tersenarai selain dari Felda Global Ventures Bhd.
Di samping mendapat
pelbagai maklumat, pengunjung turut berpeluang membawa pulang 3 Tablet Apple
Ipad melalui segmen cabutan bertuah yang akan diumumkan jam 4 petang setiap
hari.
Ekspo ini adalah
langkah yang menggabungkan strategi dan sinergi iaitu menjadikan MISEE 2013
sebagai wadah untuk mendedahkan orang ramai termasuk pelabur runcit kepada
maklumat tepat mengenai pelaburan yang mematuhi undang-undang serta diluluskan
oleh kerajaan.
Dari sudut sinerginya,
peserta ekspo dapat mendampingi pengunjung dan peluang ini boleh digunakan untuk
menyalurkan pelbagai maklumat mengenai pelaburan sekali gus orang ramai akan
mendapat jawapan berhubung kekeliruan dan ketidakpastian mereka terhadap
pelbagai perkara mengenai dunia pelaburan.Lebih-lebih lagi dengan pelbagai isu
skim cepat kaya yang sedang melanda sekarang seperti skim pelaburan Geneva Gold
yang melenyapkan duit pelabur hampir RM10 billion!.
MISEE 2013 juga adalah
medan bagi menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai
pelbagai kesilapan menyertai pelaburan skim cepat kaya yang akhirnya
menyebabkan pelabur menanggung kerugian serta hutang. Mangsa skim itu turut
mengalami tekanan dalam menghadapi kehidupan seharian mereka.
Di samping itu, pengunjung
boleh mengenal pasti pelbagai produk dan perkhidmatan pelaburan yang boleh
mereka pilih. Masyarakat juga boleh memahami proses pelaburan dalam skim
kepentingan dengan SSM selain mengetahui proses serta mekanisme pelaburan dalam
dana amanah.Seminar dan bengkel tentang teknik dan strategi pelaburan akan
dibentangkan oleh penceramah berpengalaman.Satu pertandingan Debat Saham di
antara universiti akan dibuat untuk mendedahkan pelajar universiti akan dunia
pelaburan beserta teknik yang sesuai digunapakai dalam penilaian pelaburan
berkualiti.
Selain satu proses
penjenamaan, ekspo ini turut mendedahkan peserta kepada potensi pelabur, selain
menjadi platform untuk memperkenalkan produk serta perkhidmatan masing-masing di
samping membuka peluang menjalin kerjasama dan membina rangkaian hubungan
sesama mereka.
MISEE 2013 yang
bermula di Persada Johor ini akan meneruskan aktiviti pendekatan syarikat
pelaburan dibawah satu bumbung kepada umum di PWTC,Kuala Lumpur pada penghujung
tahun 2013.
Selepas ini, masyarakat Malaysia akan dapat memilih dan membuat pelaburan dengan lebih yakin! Jangan lepaskan peluang mendapat info terkini di www.misee2013.com
Norizam Tukiman
Ketua Sekretariat
MISEE 2013
4 comments:
info yang bermanfaat... apa saya bisa konsultasi ?
sangat berguna kepada pelabur2 di malaysia.....info yang boleh diambil dlm bisnes saham.
good info. Sangat berguna utk org2 seperti aku ni. ;p thanks!
info yg baik.. sapa2 ada kelagapangan leh la pegi.. :)
Post a Comment